10 Senarai Manusia Paling Cantik Di Dunia

Siapakah manusia paling cantik di dunia ? Kecantikan merupakan idaman setiap setiap manusia di muka bumi ini. Seseorang itu cukup dikatakan cantik jika mempunyai rupa paras yang menawan serta bentuk tubuh badan serta ketinggian yang ideal. “Manusia cantik” boleh jadi ianya seorang perempuan dan mungkin juga lelaki. Anda tahu siapakah manusia yang bertuah dan mempunyai semua kriteria yang membolehkan mereka dilabelkan sebagai orang yang cantik ?. Berikut merupakan 10 senarai manusia yang paling cantik di dunia menurut laman web wonderlist.

Tempat Ke 10: Megan Fox

sumber: threepullpa

Siapa yang tidak mengenali wanita ini. Megan Fox tehah disenaraikan sebagai celebriti cantik yang menduduki tangga ke 10 oleh Wonderlist. Dengan mempunyai bentuk tubuh badan yang paling indah dan ciri-ciri kecantikan wajah yang sempurna sudah pasti menyebabkan mana-mana lelaki yang memandangnya akan jatuh hati.

Tempat Ke 9: Nathan Fillion

sumber: upi

Jatuh di tangga yang ke 9 ialah Nathan Fillion. Beliau adalah seorang pelakon dan suara pelakon Kanada-Amerika yang paling terkenal kerana peranannya sebagai Richard Castle pada siri ABC Castle, serta sebagai Captain Malcolm Reynolds dalam siri televisyen Firefly dan kesinambungan filem itu, Serenity. Wajahnya yang kacak menjadikan beliau layak menduduki tempat ini.

Tempat Ke 8: Halle Berry

sumber: taddlr

Beliau merupakan seorang pelakon yang memenangi anugerah Oscar serta berambut seperti seorang lelaki. Walaupun umurnya telah menjangkau dalam lingkungan 40-an, namun Halle Berry tetap kelihatan muda dari usia sebenarnya. Beliau menduduki tempat ke 8 dalam senarai manusia tercantik di dunia.

Tempat Ke 7: Zooey Deschanel

sumber: pinterest

Zooey Deschanel mempunyai wajah yang unik serta keupayaan dalam bidang lakonan yang luar biasa. Dia merupakan watak utama dalam siri New Girl dengan berambut coklat yang menarik perhatian semua dalam persembahannya. Bakat dan penampilan yang menakjubkan menjadikan beliau dalam senarai orang yang paling cantik.

Tempat Ke 6: David Boreanaz

sumber: craveonline

David Boreanaz lahir 16 Mei 1969, merupakan seorang pelakon Amerika dimana telah bercita-cita tinggi untuk menjadi pelakon sejak berumur seawal 7 tahun. Semangatnya yang kental menjadikan beliau mencapai cita-citanya disamping berusaha keras untuk menjadikan tubuh badanya seperti seorang atlit.

Tempat Ke 5: Gwyneth Paltrow

sumber: famousface

Gwyneth Paltrow mempunyai ciri-ciri wajah lembut dan mempunyai sentuhan elegan tertentu dalam personalitinya dan lakonannya. Dia sememangnya cantik sama ada di layar skrin ataupun secara langsung.

Tempat Ke 4: Jennifer Lawrence

sumber: inquisitr

Jennifer Lawrence semakin popular baru-baru ini selepas memenangi anugerah Oscar tahun lepas. Walaupun beliau masih muda beliau adalah seorang yang berkeyakinan tinggi. Kenyataan beliau yang bersifat berani dan lucu menjadikan personalitinya yang menarik dan sempurna.

Tangga Ke 3: Mila Kunis

sumber: buzz.ie

Mila Kunis adalah pelakon muda dari keluarga ahli akademik. Beliau mempunyai ciri-ciri wajah yang unik dan susuk tubuh yang dicemburui. Beliau adalah seorang pelakon yang berbakat dan juga seorang wanita yang sangat baik dari segi paras rupa.

Tempat Ke 2: Christina Hendriks

sumber: wallpapersafari

Christina Hendricks adalah pelakon “Smoke Get In Your Eyes“. Ayahnya merupakan seorang pakar perhutanan manakala ibunya pula adalah seorang pakar psikologi, wanita muda ini memilih profesion yang sama sekali berbeza daripada ibubapanya. Beliau sangat menyukai professionnya. Dengan wajah yang menarik menjadikan beliau menduduki tangga kedua sebagai wanita yang paling cantik.

Tempat Pertama: Ryan Gosling

sumber: listchallenges

Ryan Thomas Gosling adalah seorang pelakon Kanada dan juga seorang pemuzik. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak di Mickey Mouse Club Disney Channel serta muncul dalam program hiburan keluarga termasuklah “Are You Afraid of the Dark ?” dan Goosebump. Wajah beliau yang sangat menarik menjadikan beliau berada di tangga teratas dalam senarai manusia tercantik di dunia.

Walaubagaimanapun, penilaian seseorang individu mungkin tidak sama mengenai kecantikan seseorang itu. Ianya bergantung kepada diri kita dan sememangnya kecantikan adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai. Jangan lupa klik butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.

Leave a Reply