14 Tips YouTube Yang Perlu Anda Ketahui Sebagai Pengguna

Jika anda menggunakan YouTube, anda adalah salah seorang daripada 1 bilion lebih pengguna aktif pada setiap hari. Untuk melengkapkan diri anda sebagai pengguna YouTube yang tegar, berikut merupakan tips, trik dan teknik yang boleh anda praktikkan.

Tips trik dan teknik hebat Youtube

Original Foto kredit : YouTube.com

1. Ada boleh membuat GIF dari YouTube

 

Apa itu GIF? GIF adalah gambar beranimasi atau bergerak seperti diatas.  Bagaimana anda boleh membuat GIF daripada YouTube? tambah perkataan ‘gif’ di depan url YouTube seperti ini:

https://www.gifyoutube.com/watch?v=SF3RSxiWd6M

Selepas anda menekan butang ‘enter’ anda akan dibawa ke gif.com dimana anda boleh mengedit gif anda.

cara membuat gif dari youtube

Untuk memuat turun GIF anda anda perlu mendaftar terlebih dahulu.  Alternatif lain, anda boleh menggunakan link yang terletak di sebelah kiri selepas anda siap mengedit GIF anda.

2. Anda boleh mendengar atau melihat album penuh artist pilihan anda

Jika anda ingin mendengar kumpulan lagu artist kegemaran anda di youtube, anda hanya perlu menambah simbol ‘#’ didepan nama artist pilihan anda (#artistpilihananda) dan tekan search.  Album lengkap disusun dalam bentuk ‘playlist’ pada bahagian album.

Alum penuh artist di youtube

 

3. Kenal pasti lagu latar dalam video YouTube

Jika anda sedang menonton video YouTube dan tertarik kepada muzik atau lagu latar tetapi anda tidak mengetahui apakah tajuk lagu tersebut anda boleh menggunakan MooMa.sh. Copy url YouTube tersebut dan paste di MooMa.sh. MooMa.sh boleh mengenal pasti lagu dalam setiap video YouTube untuk anda.

Cara mengenal pasti lagu latar dalam video youtube

 

4. Cara mematikan ‘Autoplay’ di YouTube

Autoplay berfungsi untuk memainkan terus video yang disarankan oleh YouTube tanpa interaksi pengguna. Kadang-kadang kita tidak mahu fungsi ini.

Cara mematikan fungsi autoplay dalam youtube

Untuk mematikan fungsi autoplay, cari butang autoplay pada bahagian atas kanan YouTube dan klik. Status aktif berwarna biru dan tidak aktif berwarna kelabu.

5. Keyboard short-key untuk YouTube

Semasa anda memainkan video dalam YouTube anda boleh menggunakan butang keyboard berikut:

K – Pause atau play
J – Kedepan 10 saat
L – Ke belakang 10 saat
M – Mematikan bunyi
Nombor 0 – Balik ke permulaan video
Nombor 1 hingga 9 – Pergi ke bahagian-bahagian tertentu dalam video

Jika video youtube mempunyai subtitle:

= : Membesarkan tulisan
: Mengecilkan tulisan

Keyboard shortcut key untuk youtube

6. Kongsikan Video Secara Spesifik

Tidak semua orang mahu menonton video penuh. Anda boleh membuat link yang mana akan memainkan video dalam youtube pada bahagian yang menarik sahaja. Anda boleh melakukannya dengan 2 cara:

Ketika sampai ke bahagian yang menarik dalam tekan pause. Right-click video anda dan pilih ‘get URL at current time’.

cara memainkan youtube pada masa spesifik

Anda boleh memasukan masa secara manual dalam url video anda dengan menambah masa pada hujung url asal video YouTube tersebut dalam format seperti ini “#t=xxmxxs” .

Contohnya untuk video x bahagian yang menarik bermula pada 4:20 (4 minit 20 saat). Url asal adalah seperti ini:

Memainkan Youtube spesifik masa 1

Tambah masa tersebut pada hujung url asal akan menjadi seperti ini.

Memainkan Youtube spesifik masa 2

 

7. Kekalkan Privasi Anda

Jika anda tidak mahu semua orang tahu video apa yang anda lihat anda boleh mengekalkan privasi anda dengan mengubah setting pada bahagian berikut.

Pastikan anda sudah masuk/sign-in dalam akaun youtube anda, pergi ke url ini youtube.com/account_privacy dan pastikan semua kotak ada tick seperti ini:

Mengekalkan privasi dalam youtube

 

8. Video popular terkini

Jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini video-video popular di internet anda boleh melawati laman Popular on YouTube

9. Siaran langsung di YouTube

Selain daripada video yang dimuatnaik oleh pengguna, youtube juga memberi khidmat siaran langsung seperti sukan, berita, permainan komputer, muzik, pelajaran dan banyak lagi.

Lawati Youtube Live untuk menonton siaran langsung.

10. Trik YouTube – Use The Force Luke

Cuba anda taip Use The Force Luke  pada ruangan pencarian (search) dalam YouTube dan tekan enter. Selepas anda menekan enter animasi ‘kembang kucup’ akan terjadi. Taip dan tunjukkan pada rakan anda.

Nota : Trik ini tidak berkesan jika anda melayari YouTube dengan menggunakan aplikasi YouTube untuk telefon bimbit.

11. Trik Youtube – Doge meme

Cuba anda taip Doge meme  pada ruangan search dan tekan enter. Senarai video dengan perkataan yang berwarna-warni akan keluar.

Nota : Trik ini tidak berkesan jika anda melayari YouTube dengan menggunakan aplikasi YouTube untuk telefon bimbit.

12. Trik YouTube – Do the harlem shake

Cuba anda taip do the harlem shake  pada ruangan pencarian (search) dalam YouTube dan tekan enter.

Trik ini memerlukan sedikit masa untuk loading. Pada mulanya anda tidak melihat apa-apa. Selepas beberapa ketika anda akan melihat lambang YouTube pada sebelah kiri atas akan bergerak ke kiri dan ke kanan disertai dengan muzik Harlem shake.

Nota : Trik ini tidak berkesan jika anda melayari YouTube dengan menggunakan aplikasi YouTube untuk telefon bimbit.

12. Cara Senang Untuk Download Video YouTube

Terdapat pelbagai cara untuk memuat turun video dari youtube. Cara yang peling senang adalah? Tambahkan huruf ‘ss‘ dalam url video youtube anda sebelum perkataan youtube seperti ini.

Download video youtube

Halaman baru akan muncul yang mana anda boleh memilih jenis video yang anda mahu:

 

 

Download video youtube 1

13. Layari YouTube Dengan Hanya Menggunakan Keyboard

Jika anda berasa malas untuk menggunakan tetikus (mouse) komputer anda boleh melayari YouTube dengan hanya menggunakan keyboard komputer anda.

Youtube Tv

Pada url utama youtube (www.youtube.com) tambah perkatan /tv pada bahagian akhir seperti ini www.youtube.com/tv.

14. Video Youtube 360 Darjah

Pernahka anda video yang mana anda boleh mengubah perspektif mengikut kemahuan anda? Anda boleh melihat ke bawah, atas, kiri kanan, depan dan belakang.

Youtube 360Pergi ke YouTube 360 degree untuk mencuba. Sewaktu video dimain anda boleh melihat butang pada sebelah kiri video. Cuba tekan butang tersebut.

Jika anda menggunakan aplikasi YouTube telefon bimbit anda, butang seperti gambar diatas tidak muncul. Anda boleh mengubah perspektif dengan menyentuh paparan screen telefon bimbit anda.

Jika anda mempunyai cadangan lain kemukakan cadangan anda melalui ruangan komen dibawa. Jika ianya menarik penulis akan memasukkan kedalam artikel diatas dengan kredit kepada penyumbang.

Jangan lupa kongsikan pada teman se-YouTube anda melalui butang perkongsian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *