4 Sebab Anak Gadis Jangan Mula Pakai Pencuci Muka

  • 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    18
    Shares

Ramai di kalangan anak gadis mula memakai produk kecantikan seperti pencuci muka
dan krim pencerah sebelum waktunya. Faktor keberkesanan iklan produk kecantikan
di media sosial menumbuh keperluan dan kehendak yang kita tidak ada. Pertumbuhan jerawat di usia remaja adalah normal dan jika masalah jerawat anda itu hanya wujud sebulan sekali, setiap kali minggu datang bulan, maka berikut adalah 6 sebab anda tidak perlu terus memakai produk kulit lagi.

1.MENJIMATKAN WANG

Kebanyakan remaja bergantung kepada wang saku dari ibubapa, biasiswa dan pinjaman pendidikan. Dengan tidak membeli produk kecantikan anda dapat berjimat dalam purata RM20 ke RM100 sebulan.

2.MENJIMATKAN MASA

Ramai di kalangan anak kita menghabiskan masa antara 10 minit ke 30 minit sehari
untuk mencuci muka sebelum mandi. Jika amalan ini tidak ada, anda bukan sahaja
dapat menggunakan masa tersebut untuk aktiviti lain malah anda dapat mengelakkan
diri daripada terlambat ke kelas.

3.MENGELAKKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA SESUATU PRODUK KECANTIKAN

Pernahkan anda mendengar kisah di mana seseorang memiliki kulit yang cantik
selepas menggunakan suatu produk tetapi kulitnya menjadi berjerawat dan kusam
apabila dia berhenti menggunakan produk tersebut. Anda dapat menyelamatkan diri
anda dari masalah ini dengan jangan mula menggunakan mana-mana produk dari
awal.

4.MENGELAKKAN KULIT DARI BAHAN KIMIA YANG BERIMPAK NEGATIF

Sesetengah pencuci muka dan krim kecantikan mengandungi bahan kimia yang tidak
sesuai untuk kulit. Selepas anda mencuci muka, kulit anda menjadi kering dan kusam
dan anda perlu mengeluarkan modal untuk membeli pelembab wajah untuk mengatasi
masalah ini.

“Ukur baju badan sendiri” – Peribahasa Melayu. Jadilah pengguna yang bijak dan sayangilah wajah anda. Jangan sesekali mula memakai mana-mana produk kecantikan tanpa keperluan. Kemungkinan anda akan menjadi hamba produk kecantikan seumur hidup. Rajin-rajinlah menjaga kebersihan wajah tidak kira sesibuk mana pun kita. Seminggu sekali, buatlah petua tradisional seperti masker timun dan buah-buahan di rumah atau setahun sekali pergilah membuat bekam muka.

Artikel ini Disumbangkan Oleh Norhaniza Romzan.


  • 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    18
    Shares

Leave a Reply