Arnab Village Ranau: Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah

 

Lokasi yang strategik iaitu di perantaraan jalan Ranau dan Kundasang, menjadikan “perkampungan Arnab”¬†yang terletak di Daerah Ranau, Sabah semakin dikenali dan dikunjungi oleh masyarakat setempat. Walaupun baru beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016 lalu, taman arnab ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat khasnya.¬†Bagi anda yang ingin menghabiskan cuti di daerah Ranau, kawasan Kundasang khasnya, luangkanlah masa anda untuk meninjau tempat ini. Arnab Village Ranau merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Kundasang selain Taman Kinabalu, Desa Dairy Farm, Ladang Strawberry dan sebagainya. Penulis akan menyediakan petunjuk lengkap untuk anda sampai ke tempat ini dalam perenggan berikutnya memandangkan masih ramai masyarakat diluar sana yang masih belum menyedari akan kewujudan salah tempat menarik di Kundasang, Sabah ini.

Lokasi Arnab Village

Disebabkan baru beroperasi, maka amat sukar untuk mengetahui lokasi sebenar Arnab Village ini. Ini disebabkan, pihak pengurusan taman belum meletakkan papan tanda sebagai petunjuk di simpang jalan utama.

Untuk makluman para pembaca, untuk sampai ke taman arnab ini, anda perlulah memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang seperti dalam gambar berikut. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.

 

 

Selepas itu, anda perlu melalui jalan separuh berturap yang agak berlubang. Kereta yang diubahsuai menjadi lebih rendah akan mengalami kesukaran apabila melalui jalan ini. Gambar dibawah merupakan gambar yang sempat diambil oleh penulis semasa dalam perjalanan balik dari Arnab Village ini.

 

 

Jarak daripada jalan utama iaitu Jalan Kibaas ke Kampung Purakagis dimana terletaknya Taman Arnab adalah lebih kurang 1.4 km. Apabila anda melihat papan penunjuk dengan perkataan “Selamat Datang Ke Kg. Purakagis Ranau” seperti yang ditunjukkan pada gambar berikutnya, maka anda berada di jalan yang betul.

 

Tempat Letak Kenderaan

Jangan risau tentang tempat letak kenderaan. Ianya amat luas seperti dalam gambar berikut. Ada beberapa lokasi letak kenderaan yang dikhaskan pada kawasan yang berdekatan dengan taman ini.

 

Yuran Masuk

Yuran untuk masuk yang dikenakan adalah percuma bagi kanak-kanak manakala orang dewasa pula hanya perlu membayar RM 3.00 setiap orang. Tiket perlu diperolehi daripada kaunter tiket sebelum masuk ke taman ini.

 

Peraturan Untuk Pengunjung Arnab Village

Setiap lokasi yang selalu dikunjungi orang ramai mempunya peraturan masing-masing. Taman Arnab di Kampung Purakagis juga mempunyai peraturan seperti yang dinyatakan dalam gambarajah dibawah. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.

 

Gambar Candid Taman Arnab

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini. Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Bagi makluman pembaca, arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.

 

Kedai Cenderamata

Juga terdapat kedai cenderamata dalam kawasan Taman Arnab ini. Mungkin anda ingin membeli sesuatu sebagai tanda ingatan atau memori bahawa anda pernah berada di taman ini atau ingin berehat sebentar bagi melepaskan penat. Jangan lupa tekan butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *