[Update 2019] Arnab Village Ranau: Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah

Tarikan terbaru di Arnab Village Kundasang, Ranau 2019. Hamster World, Cat Mania, Anggur Village dan Landscape Arnab Village terbaru.

Lokasi yang strategik iaitu di perantaraan jalan Ranau dan Kundasang, menjadikan “perkampungan Arnab” yang terletak di Daerah Ranau, Sabah semakin dikenali dan dikunjungi oleh masyarakat setempat.

Kini, Arnab Village ditambah baik dimana beberapa tarikan lain diwujudkan selain daripada arnab iaitu, Cat Mania, Anggur Borneo, Hamster World serta landskapnya yang ditambah baik.

Penulis akan menyediakan petunjuk lengkap untuk anda sampai ke tempat ini dalam perenggan berikutnya memandangkan masih ramai masyarakat diluar sana yang masih belum menyedari akan kewujudan salah tempat menarik di Kundasang, Sabah ini.

TIPS: Harga tempat tinggal di Kundasang Ranau MAHAL? Dapatkan harga hotel terbaik daripada laman seperti Trivago.com, Booking.com, Expedia.com.my atau Agoda.com. Lebih MURAH daripada harga asal!

Lokasi Arnab Village

Disebabkan baru beroperasi, maka amat sukar untuk mengetahui lokasi sebenar Arnab Village ini. Ini disebabkan, pihak pengurusan taman belum meletakkan papan tanda sebagai petunjuk di simpang jalan utama.

Untuk makluman para pembaca, untuk sampai ke taman arnab ini, anda perlulah memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang seperti dalam gambar berikut. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.

Selepas itu, anda perlu melalui jalan separuh berturap yang agak berlubang. Kereta yang diubahsuai menjadi lebih rendah akan mengalami kesukaran apabila melalui jalan ini. Gambar dibawah merupakan gambar yang sempat diambil oleh penulis semasa dalam perjalanan balik dari Arnab Village ini.

 

Jarak daripada jalan utama iaitu Jalan Kibaas ke Kampung Purakagis dimana terletaknya Taman Arnab adalah lebih kurang 1.4 km. Apabila anda melihat papan penunjuk dengan perkataan “Selamat Datang Ke Kg. Purakagis Ranau” seperti yang ditunjukkan pada gambar berikutnya, maka anda berada di jalan yang betul.

 

Tempat Letak Kenderaan

Jangan risau tentang tempat letak kenderaan. Ianya amat luas seperti dalam gambar berikut. Ada beberapa lokasi letak kenderaan yang dikhaskan pada kawasan yang berdekatan dengan taman ini.

 

Peraturan Untuk Pengunjung Arnab Village

Setiap lokasi yang selalu dikunjungi orang ramai mempunya peraturan masing-masing. Taman Arnab di Kampung Purakagis juga mempunyai peraturan seperti yang dinyatakan dalam gambarajah dibawah. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.

Yuran Masuk Terbaru

Untuk masuk melihat arnab sahaja yuran yang dikenakan adalah seperti beikut:

Dewasa: RM6.00

Kanak-Kanak Atas 6 tahun: RM4.00

Bagi pelawat yang ingin masuk ke semua tempat iaitu Cat House, Arnab, Anggur Village dan hamster World, harga pakej adalah seperti berikut:

Dewasa: RM15.00

Kanak-Kanak: RM10.00

Percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah dan warga emas 60 tahun dan keatas.

Berikut merupakan tarikan baru di Arnab Village:

1: Arnab Village

Gambar Candid Taman Arnab

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini.

Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Bagi makluman pembaca, arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.


2:Restoran & Kedai Runcit

Juga terdapat restoran dan kedai runcit dalam kawasan Taman Arnab ini. Mungkin anda ingin membeli sesuatu sebagai tanda ingatan atau memori bahawa anda pernah berada di taman ini atau ingin berehat sebentar bagi melepaskan penat.

3:Anggur Borneo

Ingin melihat lebih dekat lagi akan bagaimana rupa bentuk pokok dan buah anggur ? Anda boleh melihat dan mengalaminya di sini.

3:Cat House

Anda gemarkan kucing ? Pelbagai spesis kucing boleh diperolehi di sini. Anda boleh membelai, bergambar dengan kucing selama mana yang anda mahu. Disebabkan kucing-kucing ini sensitif terhadap jangkitan, anda perlu memastikan tangan anda disteril terebih dahulu. Jangan risau, cecair anti bakteria disediakan di sini.


cat house arnab village ranaugambar kredit: Arnab Village Facebook Page

4:Hamster World Ranau

Hamster world merupakan salah satu tarikan yang ada di Arnab Village Ranau. Pelbagai spesis hamster boleh didapati di sini.

Sila klik butang kongsi. Sebarkan mengenai tempat menarik ini kepada rakan-rakan anda.

 

10 thoughts on “[Update 2019] Arnab Village Ranau: Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah”

  1. Salam Sejahtera admin, sedikit info baru (2018) untuk admin tentang Arnab Vilage Ranau,
    1. keadaan jalan raya sudah dinaik taraf. jalan masuk ke Arnab Village telah disimen
    2. Terdapat tarikan baru di Arnab Village Ranau (KG.PURAKAGIS) Seperti The Robbit House, Hamster World, Cafe dan sebagainya.

    Jika tidak keberatan, bole berikan email atau nombor whatsapp supaya bole saya hantar gambar2 terkini Arnab Village Ranau 🙂

Leave a Reply