8 Panduan Beli Handphone Baru (Tips Bijak)

panduan beli handphone baru

Agar anda mendapat smartphone yang terbaik dengan bajet yang anda rancang.

Ini merupakan panduan sistematik dibuat khas untuk sesiapa yang berkeinginan membeli handphone @ smartphone baru.

Anda ingin beli handphone dalam masa terdekat?

Teruskan membaca, fahamkan bahagian-bahagian penting, kemudian akhir sekali buat survey untuk tentukan pilihan terakhir anda.

1. OS: Nak pilih Android atau iPhone?

iPhone atau android

Pertama sekali, jika bajet anda kurang daripada RM1500, maknanya handphone Android untuk anda.

Android adalah operating sistem untuk smartphone yang paling popular di dunia. Samsung, Huawei, HTC, P30 Pro, S10 hinggalah ke Abu phone – Semua guna Android.

Jika anda pengguna product Google (gmail, Google drive…) pilihlah android.

Android dikategorikan sebagai OS yang…kita tak tahu sampai mana dia boleh pergi. Dari Cupcake ke jelly bean, kitkat, Lollipop hinggalah menjadi Pie…

(versi android seterusnya adalah versi nasi lemak)

Apps free, berbayar, berguna dan yang tak berguna ada berlambak dekat Google Play.

Selain itu android ada banyak murah.

Kenapa perlu bayar RM1500 untuk iPhone jika kita boleh dapatkan handphone android spesifikasi yang sama dengan harga RM500?

Soalan tu hanya kipas susah mati (aka die hard fan) iPhone sahaja boleh jawab.

iPhone atau iOS mungkin tidak popular di dunia, tetapi ia merupakan pilihan utama di negara barat.

Sebab utama orang pilih iPhone kerana ‘dia’ Apple – Bergaya, ada kelas dan amat mudah digunakan.

Lagi satu, jika anda sudah sedia mempunyai barangan Apple seperti Mac atau iPad, pilihlah iPhone. Senang nak urus perkara seperti iCloud dan sebagainya.

Nota: Smartphone terbaru daripada Apple, iPhone XS Max berharga kira-kira RM5K.

So, anda nak iPhone atau Android?

2. Processor, RAM dan Internal storage

Sebelum tu nak tanya sikit. Anda nak guna handphone untuk apa?

Jika sekadar untuk buat panggilan, hantar msg, guna beberapa apps sekali sekala (whatsapp, facebook dan internet) anda tak perlu ambil berat sangat pasal 3 benda ni.

smartphone untuk gamer

Tapi jika anda suka games, tengok video (movie), tak mahu ada lagging kalau nak buka apa-apa apps, then bahagian ni penting – Processor, ram dan juga internal storage.

Kita fahami 3 benda ni terlebih dahulu:

Processor yang baik membolehkan anda buat apa-apa benda dalam handphone dengan lancar, tiada lagging (stuck) dan isu lain (seperti crash).

Menurut techrankup.com, 3 processor yang terbaik pada masa kini adalah A12 Bionic >, Exynos 9820 > dan juga snapdragon 855.

Anda boleh lihat rangking 40 processor terbaik disini: 40 ranking teratas processor smartphone.

Atau senarai yang lebih banyak disini: Jadual rangking processor smartphone

RAM memory menyimpan apps yang anda buka untuk kegunaan processor.

RAM membolehkan anda bertukar @ berpindah-pindah antara apps yang anda buka tanpa perlu restart balik apps tersebut.

Contohnya anda tengah tengok youtube, tiba-tiba mesej whatsapp sampai. Anda buka whatsapp kemudian reply mesej tersebut. Siap reply anda buka balik youtube dan sambung balik apa yang anda tengok tadi tu.

Ia berlaku kerana RAM ‘menyimpan’ (atau ingat) maklumat apps yang anda buka. Anda tak perlu buka balik youtube, kemudian cari balik video tadi tu.

Lagi besar RAM lagi banyak apps yang dia boleh handle.

Standard sekarang kena ada 3GB RAM untuk penggunaan tanpa stress.

Internal storage pula adalah ruang untuk anda simpan apps, video dan juga foto. Lagi besar lagi baik.

Balik kepada soalan utama:

Bagaimana nak buat pilihan untuk processor, RAM dan internal storage?

Jika anda guna smartphone hanya sekadar untuk buat panggilan, hantar msg, sekali sekala buka internet, mana-mana smartphone murah yang dijual diluar sana sesuai untuk anda.

Tak perlu buang duit, pilih sahaja smartphone yang paling murah. Smartphone HOMTOM S12 RM105 pun dah cukup untuk anda.

Jika anda mahu senang rujuk sahaja post ini: 12 Smartphone murah terbaik bawah RM500

Jika bajet bukan masalah anda pilih salah satu daripada smartphone berikut:

Jika anda ada bajet tertentu, contohnya bajet nak beli hp harga bawah RM1000, maksimakan apa yang kita boleh dapat daripada jumlah tersebut.

Bagi kebanyakkan pengguna (normal) spesifikasi seperti processor Kirin 710, 4GB RAM dan 32 Internal storage dah ok.

Cukup untuk elakkan lag ketika buat aktiviti seperti games, youtube, movie dan sebagainya.

Tapi kena pertimbangkan bahagian lain juga. teruskan membaca.

3. Saiz dan kualiti Skrin

Untuk saiz dan kualiti skrin ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira:

  • Saiz tangan anda – Besar atau kecil tapak tangan, terutama untuk para wanita/gadis.
  • Cara anda guna hp
  • Tujuan utama penggunaan hp – Games, tengok movie, msj atau apps sahaja.

Untuk saiz skrin (saiz handphone), kita boleh kategori kan kepada 3 bahagian:

1. Saiz kecil, 4.5 inch atau kurang: Sesuai untuk tapak tangan kecil dan yang selalu guna hp sebelah tangan sahaja.

Sesuai untuk orang-orang yang sentiasa sibuk. Senang nak pegang sebelah tangan. Tak jatuh.

2. Saiz besar, 4.5 – 5.5 inch: Saiz seimbang dan pengunaan yang seimbang. Boleh pegang sebelah tangan (bagi kebanyakkan orang) dan masih sesuai untuk tengok movie serta games.

3. Saiz besar, atas 5.5 inch: Sangat sesuai untuk movie, permainan games dan juga pengambilan foto. Oleh kerana saiz besar, mungkin kena pegang dua tangan.

Jika anda seorang yang amat sibuk, yang tangan tak pernah free, pilihlah saiz yang kecil.

smartphone kecil

Jika anda memang kaki game atau handphonelah satu-satunya tempat anda tengok movie, ambil saiz yang paling besar.

Jika anda mahu pengunaan yang seimbang dan flexible pilih saiz yang sederhana. Pilihan ini tak pernah silap untuk semua orang.

Untuk kualiti skrin pula sentiasa pilih resolusi yang paling tinggi. Lagi tinggi resolusi, lagi cantik paparan skrin.

Ada 3 kategori untuk resolusi skrin:

  1. Quad HD = 2560 x 1140 pixel
  2. Full-HD = 1920 x 1080 pixel
  3. HD = 1280 x 720

4. Kapasiti Battery – Minimum 3000mAh

Bila beli handphone kalau boleh pilih bateri yang kapasitinya atas 3000mAh. Lagi besar lagi baik.

Kadar ketahanan bateri bergantung pada tahap penggunaan anda. Kalau bateri standard 3000mAh, anda buka 4G sepanjang masa, main games, tengok youtube memang kena cas setiap hari.

5. Cara Nilai Kamera

kamera smartphone

Untuk kamera handphone, perkara yang paling penting untuk dinilai adalah MP (Megapixel) – berapa MP kamera.

Makin besar MP makin baiklah kamera untuk smartphone tersebut.

Jika anda suka mengambil gambar atau video dan mahukan kualiti yang cantik 13-megapixel tak cukup.

Jika nak bincangkan secara terperinci terlalu luas bahagian ini (Kamera handphone).

Oleh itu kita bincangkan berdasarkan maklumat yang selalu diberikan oleh penjual handphone dalam risalah mereka.

Kita ambil contoh dari lazada Xiaomi Redmi 4x:

produk kamera detail xiaomi redmi 4x lazada

Maklumat yang diberikan pada bahagian kamera adalah seperti berikut:

Rear camera: 13MP, f/2.0 aperture, phase detection autofocus; 1080p/30fps video recording

Lihat lagi satu contoh: Sharp A2 Lite

foto produk kamera detail Sharp A2 Lite

Maklumat kamera:

Camera type: Three cameras (one front one back). Back camera: 13MP + 5MP, f/2.0 with LED and AF Rear Camera. Front camera: 8MP, Front Camera with Single-LED Flash

Ok, maklumat yang biasa diberikan adalah MP dan juga f/nombor (f/2, f/2.2…).

Untuk MP (megapixel) seperti yang saya nyatakan tadi, lebih besar lagi baik.

f/nombor (f/2, f/2.2) adalah ‘Aperture’. Ini selalunya standard dalam lingkungan f/1.8, f/2, f/2.2… Cukup untuk mengambil gambar yang menarik.

Aperture merupakan ruang untuk laluan cahaya masuk (dalam konteks ini cahaya masuk ke handphone kita).

Dalam bahasa yang mudah difahami, makin besar aperture makin terang gambar yang kita perolehi ketika mengambil gambar.

Nota: Aperture f/1.8 lebih besar daripada f/2.2. Lebih kecil nombornya lebih besar ruangan untuk cahaya masuk.

Nak pergi lagi dalam sikit, kita cerita pasal lensa kamera handphone.

Mungkin anda jumpa maklumat pasal lensa baik tahu juga sedikit apa maksudnya.

Jenis lensa handphone selalunya adalah standard / wide angle (27mm ~ 28mm).

Jenis-jenis lensa:

  • Ultra wide-angle – Membolehkan anda mengambil gambar lenbih luar (Berguna untuk ambil gambar group ramai-ramai dan ruang tak cukup untuk undur).
  • Wide-angle / standard (27mm ~ 28mm) – Standard untuk handphone.
  • Telephoto – Untuk ambil gambar jarak jauh dan fokus. Contoh ambil gambar burung atas pokok.
  • Depth camera – Untuk buat efek seperti background blur atau bokeh. Sebenarnya guna software sahaja pun boleh buat efek ni.

Nota: Huawei P30 adalah contoh handphone camera yang terbaik yang mana mempunyai lensa wide angle/standard, ultra wide dan juga telephoto.

Selain itu mungkin anda akan jumpa beberapa maklumat lain seperti berikut:

  • OIS (Optical Image Stabilization) – Agar foto tidak blur. Mengurangkan kesan gegaran ketika mengambil gambar.
  • HDR (High Dynamic Range) – Agar gambar lebih jelas terutama jika anda mengambil gambar berhadapan dengan punca cahaya.
  • PDAF atau AF – singkatan untuk phase-detect auto focus / auto focus. Ketika ambil gambar anda boleh fokus bahagian tertentu dengan menyentuh bahagian tersebut dalam skrin.

Balik kepada panduan anda ketika pilih handphone:

Pertama, lihat MP. Lagi besar lagi baik. Kemudian barulah lihat yang lain-lain sebagai bonus (jika anda buat pilihan antara 2 handphone yang mana mempunyai harga yang sama).

6. Reka bentuk Badan

Yang ini bergantung pada anda. Setiap orang ada citarasa tersendiri.

Bentuk asas handphone adalah segi empat. Ada yang nipis, ada yang lebih tebal, bucu tajam dan sebagainya.

7. Tambahan fungsi lain

Fungsi tambahan pada handphone adalah bonus untuk anda terutamanya jika anda membuat pilihan antara beberapa handphone pada harga yang sama (selepas semua perkara diatas).

Antara fungsi tambahan adalah seperti fingerprint security, wireless charging, kalis air dan sebagainya.

Bila anda jumpa beberapa smartphone yang sama dalam semua kategori diatas barulah anda pilih berdasarkan fungsi tambahan ini.

8. Buat Survey, tentukan pilihan anda!

Bahagian yang paling menarik, akan menentukan pilihan terakhir anda.

Setelah faham bahagian diatas tiba masanya untuk anda buat survey untuk tentukan apakah hp paling sesuai untuk anda.

Kita gunakan Lazada untuk survey ini.

Lawati pautan berikut: Lazada kategori Mobiles

paparan kategori mobile lazada

Soalan Utama: Berapakah bajet anda?

RM500? RM600? RM1000? RM1500?

Masukkan bajet maksima anda pada ruangan filter yang terletak di sebelah kiri paparan lazada tersebut.

Contoh bajet saya adalah RM900:

masukan bajet maksima dalam max price

Kemudian klik pada butang berwarna oren yang terletak disebelahnya.

Soalan berikutnya adalah seperti berikut:

  • Berapa RAM memory? Contoh: 6GB
  • Berapa Screen Size? Contoh: Saiz medium 5.1-5.5 inch
  • Berapa MP Kamera? Contoh: 11 to 15MP

Masukkan semua maklumat tersebut satu persatu, pada ruangan filter (sebelah kiri paparan lazada).

Mana dahulu nak masukkan bergantung pada pilihan anda.

Contohnya anda mahu handphone yang boleh buka banyak apps dan tak akan lagging, masukkan dahulu RAM. Mungkin anda pilih RAM 8GB…

Jika kamera penting, dahulukan dulu kamera. Contoh Kamera 16 ke 20MP.

Jika nak saiz besar, dahulukan dulu saiz skrin.

Ini untuk memastikan pilihan yang anda dapat bersesuaian dengan hasrat utama pembelian handphone.

Kerana untuk kekalkan harga (profit) dalam range tertentu, pembuat handphone biasanya bila lebihkan satu bahagian (contoh naikkan RAM ke 8GB) dia akan kurangkan bahagian lain (contoh bagi kecil sedikit kamera).

Dalam contoh ini untuk bajet RM900, saya nak yang RAM 6GB. Lepas keluar result saya pilih lagi kamera 16-20MP.

Hasilnya terdapat 54 pilihan:

smartphone 6GB good kamera

Dalam 54 pilihan ni, saya nak pastikan smartphone yang benar-benar baik.

Untuk ini, saya nak yang ratingnya atas 4 bintang. Klik ‘4 bintang and up’.

lazada rating filter

Akhirnya result yang saya dapat ada 7 biji handphone.

keputusan akhir handphone terbaik

Untuk keputusan akhir ni kenalah lihat satu persatu untuk lebih terperinci spesifikasinya.

Lihat apa processor digunakan dan juga fungsi-fungsi lain agar anda dapat yang terbaik.

Tips: Utamakan pilihan yang bertanda ‘LazMall’ atau ‘Fullfilled by Lazada’

Akhir sekali, bila anda jumpa beberapa handphone dengan spesifikasi yang sama, balik semula ke asas – lihat mana satu lebih murah.

Bila dah dapat pilihan terakhir anda boleh buat keputusan sama ada nak beli terus dekat lazada atau pergi ke kedai hp berdekatan.

(selalunya harga lazada jauh lagi murah, cuma kena tunggu…)

Diharapkan post ini dapat membantu anda.

Kongsikan jika post ini berguna.


Leave a Reply