Benda Pelik Di Internet : 12 Produk Aneh Yang Dijual Di Amazon

Pada masa kini, penjualan barang secara online menjadi menjadi kebiasaan hampir pada semua orang dan menjadi salah satu bisnes yang menguntungkan. Saingan membuatkan idea barang jualan begitu kreatif sekali sehinggalah benda pelik yang tidak pernah terlintas difikiran anda juga dijual.

1. Air Kencing Serigala

Air Kencing Serigala

Air kencing serigala 100% asli dijual oleh Deerbuster. Bahan ini dijual sebagai penghalau apa-apa makhluk yang tidak di ingini daripada menceroboh kawasan rumah. Komen daripada pembeli? Sangat efektif!

2. S.E.P

SEP

S.E.P adalah kata singkatan bagi Stop Eating Poop yang bermaksud ‘berhenti makan najis’. Produk ini adalah khas untuk anjing yang mempunyai kebiasaan memakan najis sendiri. Produk ini mengandungi glutamic acid yang mana membuatkan najis menjadi pahit – bagaimana mereka tahu najis menjadi pahit?

3. Kereta Kebal JL421

Kereta Kebal

Kereta Kebal JL421 ini boleh memuatkan 5 penumpang termasuk seorang pada bahagian bumbung. Kereta kebal ini boleh bergerak sehingga kelajuan 60km/h.  Kereta kebal ini dilengkapi dengan 6hp Tecumseh enjin, lampu depan dan belakang, lampu bawah kereta, kamera luaran dan juga sound system hebat berkuasa 400watt.

4. Penyembur bau kentut

Penyembur Bau kentut

Jangan silap! Penyembur bau kentut ini bukan menghilangkan bau busuk tetapi memberikan bau busuk! Satu semburan cukup untuk mengosongkan ruangan pejabat anda.

5. Pengesan UFO

Pengesan UFO

Anda percaya kewujudan UFO? Jika ya pengesan UFO ini khas untuk anda. Produk ini akan mengeluarkan kelipan lampu dan juga bunyi jika terdapat UFO berhampiran.

6. Dari lelaki untuk lelaki – Semburan penarik pasangan homo

Semburan penarik pasangan

Dipetik daripada penerangan produk ini :  Sukar ditolak, sukar dilupai, hot, sexy. Dapatkan lelaki impian anda. Aromaterapi. Penulis tidak dapat meneruskan. Bacala sendiri di sini.

7. Dr. John Pee Pee

Air kencing Dr. John

Dr. John Pee Pee sedia membantu anda lulus ujian air kencing. Air kencing sintetik ini memastikan ujian air kencing anda normal.  Komen daripada salah seorang pembeli : “ Sila perbaiki rasa produk ini, saya hampir termuntah ketika menggunakanya”.

8. Punggung dan Ekor Rusa

Punggung rusa

Ini adalah koleksi rusa yang asli. Bezanya? Kebiasaan orang menggunakan bahagian kepala. Koleksi ini sesuai untuk dijadikan pameran di ruang tamu anda.

9. Lady Bugs

Lady bug

Orang kata, jika seekor lady bug hinggap pada anda ianya bermaksud tuah. Jika 1,500 ekor? Kumbang ini sebenarnya dijual sebagai alternative pada racun serangga perosak. Kumbang ini digunakan di kebun untuk mengawal ulat perosak, belalang dan sebagainya.

10. Uranium

Uranium di jual

Anda boleh mendapatkan sumber radioaktif secara online. Jika anda mempunyai cita-cita membina janakuasa menggunakan radioaktif dapatkan sumber anda dari amazon.

11. Baju Pengesan Wi-Fi

Baju Pengesan Wifi

Setiap kali anda menghampiri kawasan yang mempunyai Wi-Fi baju ini akan mengeluarkan cahaya.

12. Periuk Nasi Berharga $41,523.51

Periuk Nasi termahal

Menurut pengalaman pembeli yang sudah membeli periuk nasi ini, bezanya dengan periuk nasi biasa adalah nasi yang dimasak sangat sedap sehingga mereka sanggup mengadaikan rumah mereka untuk membeli satu lagi periuk nasi yang sama. $41,523.51 ditukarkan kepada ringgit Malaysia bersamaan dengan kira-kira RM166,094

Kongsikan jika anda terhibur :D.

(Foto kredit : Amazon.com)

Leave a Reply