Buat Duit Online: Cara cari duit tambahan di malaysia

Cara jana duit online di malaysia

Pernahkah anda mendengar cerita tentang kejayaan saudara kita diluar sana untuk buat duit online tanpa modal? Cerita tersebut memang benar. Terdapat banyak cara untuk cari duit tambahan. Kita boleh buat duit dengan blog, jual barangan online, dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk mengetahui cara menjana pendapatan sampingan dimana anda boleh buat duit dari rumah, luangkan sedikit masa anda untuk menbaca cara buat duit online ini.

Nota: Post cara cari duit tambahan di Malaysia ini juga boleh digunakan dimana-mana negara lain seperti Indonesia, Brunei atau Singapura.

Buat Duit Online: Peluang pekerjaan secara online

Anda menjadi ahli pada sesebuah syarikat dan bekerja secara online untuk mereka. Anda dibayar berdasarkan kerja yang anda selesaikan.

CrowdSource

jana duit online dari crowdsource
Foto kredit : CrowdSource.com

CrowdSource juga dikenali sebagai OneSpace adalah syarikat antarabangsa yang memberikan khidmat kepada pelanggan dalam bentuk penulisan, analisis data, kerja mengedit dan banyak lagi. Bagaimanakah anda boleh berkerja dengan CrowdSource? Selain daripada mempunyai pekerja tetap CrowdSource mengambil pekerja dari seluruh dunia – Kerja secara ‘online’!. Dengan syarat anda mempunyai kemahiran dan lulus ujian yang mereka berikan. Jika anda berminat anda boleh mendaftar di Onespace.

CrowdSource Job Listing
Foto kredit : CrowdSource.com

Kebaikan : Kerja mengikut masa anda. Pendapatan lumayan jika anda betul-betul berusaha. Pembayaran terus selepas hasil kerja anda diterima dengan syarat anda mendaftarkan akaun PayPal yang sudah disahkan.

Cabaran : Memerlukan akaun PayPal untuk pembayaran terus. Memerlukan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Ujian kelayakan menentukan kadar bayaran ataupun kerja yang anda boleh anda ambil. Jangan bimbang ujian kelayakan tidaklah sebegitu sukar. Tahap seterusnya mungkin memerlukan ulangkaji.

Clickworker

jana duit online dari Clickworker Logo
Foto kredit : Clickworker.com

Clickworker beroperasi sama seperti CrowdSource. Mengambil pekerja dari seluruh dunia dan bekerja secara online. Anda mungkin berpeluang untuk mendapat pendapatan lebih dengan membuktikan kemahiran anda melalui ujian kemahiran yang terdapat dalam ruangan pekerja clickworker. Sertailah Clickworker sebagai tenaga pekerja!

Foto kredit : clickworker.com
Foto kredit : clickworker.com

Kelebihan : Bayaran dalam bentuk EURO – kadar tukaran yang agak bagus untuk MYR?. Anda boleh merancang masa pekerjaan anda dan boleh memilih kerja yang anda mahu lakukan. Clickworker juga akan memberi anda saguhati jika anda dapat menarik lebih banyak pekerja yang berkebolehan berkerja dengan mereka.

Cabaran : Memerlukan akaun PayPal yang berbayar untuk tujuan pembayaran. Memerlukan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Kadar bayaran ditentukan oleh kemahiran anda.

Jobboy

jana duit onlie dari jobboy
Foto kredit : jobboy.com

Kerja-kerja yang ditawarkan di Jobboy agak berbeza sedikit berbanding dengan syarikat yang penulis nyatakan sebelum ini. Di Jobboy antara kerja-kerja yang ditawarkan termasuklah ‘Like’ facebook, daftar akaun, kongsi artikel dan berbagai-bagai lagi. Bayaran yang ditawarkan untuk kerja-kerja yang mudah tersebut adalah daripada 0.01 hingga 1usd.

Kelebihan : Kerja yang senang bagi mereka yang menggunakan internet setiap hari. Terdapat banyak kerja ditawarkan setiap hari. Minima pengeluaran ‘gaji’ adalah serendah USD10 melalui PayPal atau Payza. Masa dan jenis kerja adalah ditentukan oleh diri anda sendiri.

Cabaran : Terdapat pelbagai jenis kerja. Kadang-kadang masa yang diperlukan untuk membuat sesuatu kerja itu tidak berbaloi dengan kadar bayarannya. Terpulang kepada anda mahu melakukannya atau tidak. Memerlukan akaun Paypal dan Payza yang disahkan.

Kerja Online: Pilihan-pilihan lain

Ada beberapa lagi laman web yang ingin penulis nyatakan sini yang mana menawarkan peluang untuk anda membuat pelbagai kerja-kerja kecil dengan kadar bayaran yang berbeza-beza mengikut kerja yang ditawarkan atau pun kemurahan hati orang yang menawarkan kerja tersebut. Kesemua laman web ini menawarkan kadar bayaran dalam bentuk matawang USD. Antaranya termasuklah:

  1. InfiniteWorkers
  2. Global Web Workers
  3. ShortTask
  4. microWorkers
  5. rapidworkers

Kelebihan : Anda mempunyai pelbagai pilihan kerja. Bergantung kepada anda bagaimanakah strategi anda supaya seimbang antara masa dan upah.

Cabaran : Terdapat kerja-kerja yang meminta anda memasukkan nombor telefon bimbit anda. Nasihat penulis jika anda tidak yakin atau tidak mahu telefon bimbit anda dibanjiri dengan SMS iklan jangan berikan nombor anda atau abaikan jenis kerja yang meminta anda memasukkan nombor telefon.

Blogging

Jika anda melakukanya dengan betul blogging merupakan punca pendapatan yang lumayan. Blogging memerlukan masa dan kerja keras. Kunci utama untuk blogging adalah minat anda dalam bidang yang anda pilih sebagai tema utama blog anda.

Dengan adanya minat, anda dapat menghasilkan artikel atau post yang menarik. Post yang menarik akan membawa traffic ke blog anda. Daripada traffic tersebut anda berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui google adsense, affliate dan lain-lain. Jika blog anda benar-benar berjaya dan terkenal syarikat-syarikat tertentu akan cuba mendekati anda untuk menjadikan blog anda tempat pengiklanan.

Secara ringkasnya untuk mendapat pendapatan daripada blogging, anda perlu ada minat, berterusan dan kepakaran. Jika anda ada semua ini, jangan tunggu, buatlah blog anda sendiri. Anda boleh merujuk pada Panduan Lengkap Cara Membuat Blog Dengan Domain Sendiri .

Menyertai Online Survey

Secara terus terang penulis ingin nyatakan bahawa untuk mendapatkan atau menyertai survey online bukanlah semudah yang disangka. Kebanyakkan antara kita akan tersingkir atau terkeluar semasa peringkat soalan tapisan. Tipsnya? Jawabla soalan-soalan yang dikemukakan dengan jujur. Berikut merupakan senarai laman web yang boleh digunapakai di negara Malaysia.

mobrog.com

cara jana duit online dari mobrog
Foto kredit : mobrog.com

Mobrog adalah perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kajiselidik pasaran semasa. Mobrog membuat survey di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia. Bayaran agak untuk survey yang berjaya agak lumayan dan dibayar terus pada akaun paypal.

Kelebihan : Bayaran lumayan. Tidak ada ‘cas’ pendahuluan seperti yang ditawarkan oleh perkhidmatan ‘survey online’ yang lain.

Cabaran : Soalan penapisan yang mencabar (jika anda ingin berbohong sekadar ‘menjawab’ demi mendapatkan bayaran, peluang adalah agak tipis).

SoftwareJugde.com

cara jana duit online dari softwarejudge
Foto kredit : softwarejudge.com

SoftwareJudge.com akan membayar setiap ulasan anda terhadap software (perisian) tertentu yang disenaraikan dalam laman web mereka dengan syarat ulasan anda tersebut adalah benar-benar jujur dan ‘original’. Jika ulasan anda diterima oleh softwareJudge.com anda akan dibayar – tidak kira ulasan positive atau negative.

Kelebihan : Bayaran agak lumayan. Setiap komen yang diterima akan dibayar minimum 1USD. Semakin baik kerja anda semakin tinggi kadar bayarannya. Anda juga boleh menggunakan duit yang anda perolehi untuk membeli apa-apa software

Cabaran : Kadar minimum untuk pengeluaran agak tinggi, USD200. Untuk memastikan komen anda diterima, anda perlu mencuba setiap software yang ingin dikomen.

GiftHunterClub

cara jana duit online dari Gifthunterclub
Foto kredit : Gifthunterclub

Gift Hunter Club lebih kepada bayaran dalam bentuk hadiah daripada bayaran dalam bentuk wang/duit. Sistem Gift Hunter Club adalah kumpul mata dan tukar kepada bentuk hadiah. Point dikumpul melalui pelbagai tugasan yang ditawarkan oleh Gift Hunter Club. Antaranya ialah Survey Online.

Kelebihan : Banyak variasi yang anda boleh temui yang ditawarkan oleh Gift Hunter Club. Point boleh anda tukarkan dalam bentuk hadiah. Terdapat banyak pilihan yang disenaraikan oleh Gift Hunter Club dalam katalog mereka. Selain itu mereka juga menawarkan boucher.

Cabaran : Survey online memerlukan para peserta benar-benar jujur menjawab – bukan sekadar menjawab untuk mendapatkan upah. Terdapat beberapa tugasan yang meminta detail peribadi anda. Nasihat penulis, jika anda tidak mahu atau berasa tidak selamat sila abaikan tugasan yang melibatkan data-data peribadi anda.

Seterusnya, semua dalam satu…

Sesetengah website di luar sana menawarkan banyak aktiviti dalam ruangan mereka. Antara website yang saya ingin perkenalkan dan yang mungkin terbaik setakat ini adalah seperti berikut.

InstaGC

InstaGC

Terbaik dan menawarkan had pengeluaran terendah. Nilai point pada InstaGC adalah 1 point = 0.01USD = 0.04MYR. Anda boleh mendapat antara 2 point dan ke atas untuk setiap tugasan. 2 point adalah tugasan seperti like facebook atau follow twitter. Lawati InstaGC jika anda berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Cashcrate

cara jana duit online dari CashCrate
Foto kredit : Cashcrate.com

Cashcrate menjadi orang tengah untuk syarikat dan pengguna. Menurut Cashcrate terdapat banyak syarikat yang sentiasa mencari pengguna baru untuk mencuba produk dan servis mereka. Anda boleh mendapatkan duit daripada Cashcrate melalui survey, membeli barang online, dan banyak lagi.

TreasureTrooper

cara jana duit online dari treasuretrooper
Foto kredit : Treasuretrooper.com

Sama seperti Cashcrate, TreasureTrooper membolehkan anda mendapatkan duit melalui pelbagai aktiviti dan tugasan yang mereka tawarkan. Segerala mendaftar di Treasuretrooper.

Penulis akan mengemaskini senarai website terbaik yang boleh menjana duit secara online di Malaysia dari masa ke semasa. Jikalau artikel ini bermanfaat kepada anda, sila kongsikan dengan menekan butang kongsi pada bahagian bawah atau tepi artikel ini.

11 thoughts on “Buat Duit Online: Cara cari duit tambahan di malaysia”

  1. Memang tak mustahil untuk buat duit online ni. Dan peluang untuk buat duit online juga memanglah sangat banyak. Yang lebih penting lagi, bila nak buat duit online ni kena sabar dan rajin. Lain cara buat duit, lain cabarannya. Usaha dan terus usaha insyaAllah berjaya 😉

  2. Banyak juga peluang buat duit online nie yer. Kalau paid survey tu memang banyak saya dah dengar tetapi tak pernah cuba berusaha betul-betul sampai dapat hasil. Biasa sekerat jalan.

    Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi.

    1. Yes, it is one of my favorite. But the job available there is getting less and less..need more participant both employer and employee.

  3. tentang crowdsource tu, macam mana ya kita nak join dan dapatkan training? sebab saya tak berapa jelas dengan kehendak dia.. bole tolong terangkan pada saya steps dia> thank you 🙂

    1. Saudara luqman, untuk mendaftar terus ke https://work.onespace.com kemudian ikuti sahaja turutan – isi butiran. Crowdsource memerlukan akaun paypal yang telah disahkan untuk memudahkan proses pembayaran. Link kan dengan akaun paypal. Setelah berjaya link barulah saudara di iktiraf penuh sebagai member crowdsource. Tentang qualification, terdapat beberapa ujian. Makin banyak ujian lulus maka makin banyak kerja yang boleh dibuat. Untuk training, penulis cadangkan saudara membuat beberapa akaun sampingan (hanya boleh digunakan untuk 2 ujian yang pertama).
      Tips : Gunakan kaedah print screen dan buat kajian awal terhadap soalan.(shhhh..)

Leave a Reply