7 Tempat Menarik Di Bukit Kokol Menggatal, Sabah

Bukit Kokol, Menggatal sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tempatan khasnya di Sabah. Tempat ini semakin terkenal disebabkan keunikannya dimana ianya merupakan salah satu tempat menarik yang ada berhampiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Mengapa Bukit Kokol atau Kokol hill ini menjadi begitu menarik ?

Jika anda pernah pergi ke tempat ini, anda tidak akan dapat melupakan panorama senja menikmati pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dan di sekelilingnya beserta dengan warna lautan yang keemasan serta udaranya yang sejuk dan nyaman disebabkan tempat ini terletak di kawasan tanah tinggi.

Disebabkan kawasan yang sangat strategik, maka tidak hairanlah jika tempat ini berkembang pesat menjadi tempat pelancongan dan pelbagai tempat menarik dibina dan dibuka kepada pengunjung di kawasan ini.

Jika anda ingin berkunjung ke tempat ini maka anda wajib membaca artikel ini kerana pihak infosantai akan cuba berkongsi beberapa tempat menarik yang terdapat di sekitar Bukit Kokol, Menggatal Sabah. Berikut merupakan tempat menarik di sekitar Bukit Kokol yang boleh anda kunjungi.

Kasih Sayang Resort

Kasih Sayang Resort merupakan pusat kesihatan yang terletak di Bukit Kokol Menggatal, Sabah. Selain menyediakan pakej kesihatan untuk pengunjung, tempat ini juga menyediakan pelbagai pakej seperti honeymoon, pakej pelajar dan juga tempat untuk bermesyuarat. Kasih Sayang Resort juga mempunyai restoran yang sangat menarik dimana anda boleh melihat suasana pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu. Jika anda ingin berhibur, maka tempat ini juga menyediakan pusat karaoke untuk anda.

Tempat yang tinggi juga menjadikan tempat ini menjadi sangat sejuk terutamanya pada waktu malam. Jika anda inginkan suasana sejuk, nyaman dan pemandangan yang indah terutamanya pada waktu petang dan malam, maka inilah tempat yang paling sesuai. Dengan ketinggian 2400 meter dari paras laut menjadikan suhu di sekitar tempat ini dalam lingkungan 18 hingga 23 darjah celsius. Perjalanan lebih kurang 45 minit daripada Kota Kinabalu diperlukan untuk sampai ke tempat menarik ini. Kasih Sayang Resort juga menyediakan 20 bilik bagi pengunjung yang ingin bermalam di tempat ini.

Kokol Farmstay

Kokol Farmstay juga merupakan salah satu tempat peranginan menarik yang mesti dikunjungi jika anda berada di Bukit Kokol. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, mungkin tempat ini sesuai untuk anda. Tempat ini menyediakan restoran dan pusat penginapan khas untuk pengunjung. Tempat ini terkenal disebabkan ianya terletak di kawasan yang tinggi, mempunyai udara yang sejuk dan nyaman dan daya tarikan utamanya ialah pemandangan yang indah terutamanya menjelang senja dan malam. Kebanyakan pengunjung yang datang menginap di tempat ini menghabiskan masa dengan menikmati pemandangan yang indah semasa waktu senja sambil minum petang.Kokol Farmstay juga menyediakan restoran. Oleh itu, anda tidak perlu tercari-cari restoran terdekat untuk mencari alas perut. Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke tempat ini, sila kunjungi pautan ini untuk panduan lokasi.

Kokol Haven Resort

Kokol Haven Resort merupakan pusat peranginan yang paling terkenal di Bukit Kokol, Menggatal. Tempat ini sudah tentunya menjadi buah mulut pengunjung yang pernah datang ke tempat ini. Kawasannya yang luas dan mampu menampung ramai pengunjung menjadikan tempat ini menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang datang berkunjung ke Bukit Kokol. Jika anda berada di tempat menarik ini, anda berpeluang untuk melihat pemandangan dan panorama indah terutamanya pada waktu senjakala menjelang, dengan warna-warni lampu di Bandaraya Kota Kinabalu serta sinaran matahari senja yang sangat mempersona.

Pelbagai kemudahan disediakan di tempat ini, ini termasuklah penginapan yang menghadap ke Bandaraya Kota Kinabalu dan juga Gunung Kinabalu. Dengan udara yang sejuk, segar dan nyaman maka pastinya tempat ini amat sesuai untuk anda mengambil angin serta mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang melibatkan upacara perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya. Jika anda mencari kelainan dalam sambutan hari jadi anda, maka di sinilah tempat yang sesuai.

Kira-kira 50 minit masa diperlukan untuk sampai ke Kokol Haven Resort daripada Bandaraya Kota Kinabalu atau sejauh 30 km perjalanan melalui jalan Kokol Poring-Poring. Walaupun jarak hanyalah 30 km, masa pemanduan mengambil masa hampir sejam disebabkan keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbukit. Sila kunjungi pautan berikut untuk panduan lokasi tempat ini.

Mr Muscle Burger

Jika anda berada di sekitar Bukit Kokol atau menginap di mana-mana pusat penginapan di kawasan ini, bagaimana jika anda mencuba pula makanan yang terdapat di restoran Mr. Muscle Burger ? Menu utama restoran ini ialah pelbagai jenis burger yang digabungkan dengan makanan tempatan masyarakat Sabah, khasnya. Selain itu, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan yang lain seperti, nasi lemak special, chezzy wedges, chezzy fries dan lain-lain.

Restoran ini terletak di Kampung Lampugo, Batu 6, Jalan Bukit Kokol. Berikut merupakan pautan bagi panduan anda untuk sampai ke tempat ini

Bukit Kokol Paragliding

Bagi anda yang meminati aktiviti lasak maka anda wajib mencuba aktiviti paragliding yang terdapat di sekitar Bukit Kokol. Aktiviti Paragliding merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan kerana anda berpeluang melihat alam semulajadi dari angkasa seperti burung. Di Bukit Kokol, Kokol Paragliding memberikan peluang kepada pelawat untuk menikmati keseronokan melakukan aktiviti ‘terbang seperti burung’ pada waktu biasa dan pada waktu senja. Dataran perlepasan bagi aktiviti ini adalah berdekatan dengan Kokol Haven Resort dan dan berketinggian lebih kurang 822 meter dari paras laut. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti sukan lasak ini, sila kunjungi pautan ini.

Sinamalai Waterfall

Sinamalai Watefall Trekking Adventure juga merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di sekitar Bukit Kokol, Menggatal. Sinamalai Waterfall Trekking Adventure menyediakan aktiviti lasak kepada pengunjung termasuklah berjalan kaki ke Air Terjun Sinamalai. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Sinamalai selain daripada aktiviti yang melibatkan air terjun. Bagi mendapatkan info terkini anda boleh menghubungi pihak pengurusan Sinamalai melalui pautan ini.

New Camp Site Kampung Kokol

Gambar Kredit: Sabah Info

New Camp Site merupakan tempat menarik terbaru yang terdapat di Kampung Kokol , Menggatal. Ianya berdekatan dengan N.G Santai-Santai Cafe.

Tempat ini menjadi tumpuan para penggemar aktiviti luar seperti berkhemah. Di sini, anda berpeluang berkhemah, bersantai sambil menikmati pemandangan menarik Bandaraya Kota Kinabalu pada waktu malam.

Apakah pendapat anda dengan perkongsian diatas ? Atau ada lagi tempat menarik di sekitar Bukit Kokol yang tidak disenaraikan ? sila kongsikan pendapat anda melalui ruangan komen dibawah. Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan anda melalui butang kongsi dibawah.

2 thoughts on “7 Tempat Menarik Di Bukit Kokol Menggatal, Sabah”

Leave a Reply