[Terbaru 2019+Gambar ] Cara Buat Email Google Yang Baru

Panduan bergambar terbaru 2019 cara membuat email google yang baru langkah demi langkah.

Perlukan panduan lengkap cara buat email Google ? Berikut merupakan langkah terperinci beserta gambar akan cara membuat account google (gmail) bagi pemula atau anda yang ingin membuat email baru.

Kenapa perlu buat email google ?

  1. Mungkin anda terlupa login id atau password email yang sedia ada.
  2. Untuk menyimpan maklumat, boleh diakses di mana-mana.
  3. Digunakan untuk membuat akaun facebook, instagram, twitter atau akun sosial media yang lain.
  4. Menghantar maklumat ? dan mungkin pelbagai kegunaan lagi !

Langkah-langkah bergambar cara membuat akun gmail:

  1. Buka browser internet anda.

2. Pada bahagian search engine, taip perkataan “gmail

 

3. Sila klik “Gmail-Google

4. Sila Klik “Create an account

5. Masukkan:

  • Name: Nama penuh anda
  • Username: Contoh: balabek856 (sila ubah username anda jika “not available”)
  • Password: (terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contoh: Alibaba87&*)
  • Confirm: masukkan sekali lagi password anda.

Kemudian, klik “Next

  1. Masukkan nombor telefon anda kemudian klik “next

 

7. Tunggu sehingga nombor 6 digit dihantar ke sms telefon anda. Kemudian, masukkan nombor 6 digit tadi. Kemudian klik “Verify”.

 

8. Sila masukkan:

  • Phone Number: Nombor telefon sekali lagi
  • Date of Birth: Tarikh lahir anda, Contoh: 12 March 1988
  • Gender: Jantina anda

Kemudian, klik “Next”.

  1. Klik “Skip”.

10. Tolak ke bawah (Scroll Down) pada bahagian yang dibulatkan dengan warna merah.

11. Klik “I agree

12. Proses buat email google anda hampir selesai. Klik “Next”.

13. Klik “OK

14. Tahniah, kini anda mempunyai email google yang baru.

Penting ! sila simpan atau rekodkan username dan password anda. Anda mungkin akan ingat untuk sehari dua. Fakta: 95% manusia akan lupa username dan password email mereka selepas sebulan.

Paling mudah, snap sahaja gambar username dan password menggunakan telefon pintar anda.

Adakah tutorial ini bermanfaat kepada anda ? Anda berjaya membuat email gmail pertama anda ? Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda melalui butang media sosial dibawah.

 

Leave a Reply