Cara Daftar CIMB Click Dengan Kad Debit/Kredit 2021

Cara daftar CIMB Click dalam talian dengan debit atau kad kredit cimb anda!

Ingin mempunyai akaun CIMB clicks dalam talian ?

Tercari-cari bagaimana cara untuk membuatnya?

Teruskan membaca, kami sediakan tutorial untuk anda!

Sememangnya mempunyai akaun bank dalam talian sangat penting bagi memudahkan pelbagai transaksi dalam talian anda!

Paling penting..anda tidak perlu lagi bersusah pergi ke bank untuk urusan yang remeh-temeh.

Semuanya dihujung jari!

Untuk memudahkan anda,

Kami sediakan panduan akan cara daftar cimb click yang lengkap dengan gambar langkah demi langkah sehingga selesai!

Khas untuk anda yang masih tercari-cari dan sangat-sangat memerlukannya.

Sebelum itu, anda perlu mengetahui apa yang perlu disediakan sebelum membuat akaun ini secara online:

  1. Mempunyai Akaun CIMB serta Kad Debit/Kredit CIMB Bank.
  2. Daftarkan nombor telefon anda terlebih dahulu di mana-mana Mesin ATM CIMB berhampiran.

Penting: Anda perlu ada kad debit/kredit dan daftar nombor telefon di mana-mana mesin ATM CIMB!

Cara daftar no telefon di ATM CIMB

Sekali lagi, untuk daftar nombor telefon anda, anda perlu pergi ke mana-mana ATM cimb.

Proses mendaftar nombor telefon adalah seperti berikut:

  1. Masukkan kad debit ke mesin ATM
  2. Masukkan password (nombor 6 digit) kad ATM anda
  3. Pilih “Others” @ lain-lain
  4. Pilih CIMB clicks” 
  5. Kemudian pilih “TAC Registration”
  6. Daftarkan (masukkan) nombor telefon anda
  7. Klik “Proceed”

* Nombor 6 digit ialah password kad debit CIMB anda untuk buat pengeluaran wang.

Kenapa perlu daftar no telefon?

Apabila anda melakukan transaksi oline menggunakan Cimbclicks, sistem perbankan CIMB akan menghantar nombor TAC ke “peti pesanan@message” nombor telefon yang telah anda daftarkan.

Kemudian, anda perlu menggunakan nombor yang dihantar untuk melengkapkan transaksi online anda!

Langkah Daftar CIMBclicks

Berikut merupakan panduan bergambar untuk mendaftar perbankan online CIMB.

1CIMBClicks Malaysia

Pergi ke laman web cimbclick malaysia : Cimbclick Malaysia

Kemudian, Klik “Register for Clicks”

2Pendaftaran

Pilih CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.

3Nombor Kad & Pin ATM

Pada bahagian ini (rujuk gambar diatas) anda perlu masukkan:

  • Debit/Credit Card Number: Nombor kad debit/kredit anda (sila rujuk nombor 16 digit kad debit anda)
  • ATM PIN: Masukkan 6 nombor password ATM anda.
  • Enter text as per above: Masukkan perkataan dan nombor yang dipaparkan dalam kotak
  • Tekan butang “Next

4Authentication

Selepas tekan butang “Next” pada langkah 3, One Time Activation Code akan dihantar ke SMS telefon anda. (Ini sebabnya kenapa anda perlu mendaftar no telefon anda terlebih dahulu)

Masukkan nombor One Time Activation Code yang diperolehi melalui sms tadi

Klik butang “Continue“.

5ID, Password & Lain-Lain

Masukkan :

  • ID: Contoh – gagakhitam88
  • Password: Perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Re-enter Password: Masukkan sekali lagi password yang sama ( Contoh: Abu142@!0 )
  • Mother’s Maiden Name: Nama Ibu-Contoh: Kamisah Kassim
  • Email Address: Email anda, contoh: [email protected]
  • Create your Secure Word: -Apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem

Penting ! Anda perlu simpan atau rekodkan semua maklumat diatas.

Nota: Bahagian “Enter your introducer’s details (optional)” tidak perlu diisi atau dibiarkan kosong sahaja.

6Hantar

Klik “I agree & submit

 

Proses pendaftaran kini telah selesai !

Anda boleh mencuba untuk login ke akaun cimbclick online anda melalui panduan berikut:

Cara Login Ke Akaun

Cuba login ke akaun CIMB dalam talian anda dengan menggunakan maklumat ID dan password pada langkah 5 tadi.

Anda boleh gunakan pautan berikut:

Login ke Akaun CIMBClicks Dalam Talian

Berjaya login?

kini anda bolehlah melakukan pelbagai transaksi seperti pemindahan wang, pembelian online dan pembayaran bil-bil hanya dari rumah sahaja.

Jika informasi ini bermanfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda melalui laman sosial berikut.

5 thoughts on “Cara Daftar CIMB Click Dengan Kad Debit/Kredit 2021”

Leave a Reply