[2019+Bergambar] Tutorial Cara Membuat Slime Dengan Gam Kertas Dan Tepung Penaik

  • 8
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares

Pelajari cara membuat slime paling mudah hanya dengan menggunakan tepung penaik dan gam kertas sahaja.

Sebut sahaja perkataan “Slime” kanak-kanak memang sukakannya. Namun harganya yang sedikit mahal serta hanya boleh diperolehi di kedai-kedai tertentu sahaja. Akhirnya, niat untuk membeli “slime” pun terbantut. Maka, merajuk dan kecewalah anak-anak anda.

Bagaimana jika anda “ibubapa” cuba mempelajari cara membuat slime sendiri ? Lagi seronok jika anda membuat slime bersama-sama dengan anak-anak di rumah.

Pihak infosantai ingin berkongsi cara membuat slime yang memang tersangat mudah dimana memerlukan gam kertas dan tepung penaik sahaja.

Hasilnya……

Seperti slime yang dijual di kedai…

Kelebihannya…..

Lebih selamat, kerana bahan yang digunakan ialah bahan yang tidak memudaratkan kulit tangan anda dan anak anda…..tak perlu guna borax.

Mari kita pelajari cara-cara membuat slime dengan gam kertas dan tepung penaik:

 

Bahan- bahan untuk buat slime:

  • Gam kertas cecair
  • 1/2 Cawan tepung penaik
  • Pewarna makanan (gunakan apa-apa jenis pewarna cecair)
  • Bekas untuk melarutkan tepung penaik
  • Bekas untuk gam kertas cecair
  • Sudu atau garfu
  • Air suam

Langkah 1

Masukkan tepung penaik ke dalam bekas dan larutkan dengan sedikit air suam. Gunakan kira-kira 1/4 gelas air suam. Kacau sehingga serbuk tepung penaik larut sepenuhnya.

Biarkan selama 5-10 minit sehingga buih yang terhasil sedikit berkurang.

Langkah 2

Tuangkan gam kertas cecair ke dalam bekas. Semakin banyak gam, semakin banyak slime yang terhasil nanti.

Langkah 3

Masukkan cecair perwarna, gunakan apa-apa sahaja warna kegemaran anda.

Langkah 4

Kemudian, bancuh cecair gam beserta warna tadi sehingga warna sebati dengan gam cecair.

Langkah 5

Masukkan tepung penaik yang telah dilarutkan dengan air suam tadi. Sambil kacau, masukkan tepung penaik yang telah dilarutkan sedikit demi sedikit.

Penting: Sila uji daya lekatan campuran gam cecair dan larutan serbuk penaik setiap kali penambahan larutan tepung penaik dilakukan.

Langkah 6

Slime anda hampir siap jika terdapat air berwarna putih yang terpisah daripada slime yang terhasil.

Slime tersebut juga tidak akan melekat pada jari apabila disentuh.

Langkah 7

Asingkan air berwarna putih tadi daripada slime yang terhasil.

Kini “homemade” slime untuk anak anda sudah siap…

Penting: Pastikan anda sentiasa menyimpan slime anak anda selepas bermain, di dalam bekas yang bertutup atau kedap udara.


  • 8
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares

Leave a Reply