3 Cara Membuka Kunci Iphone Jika Lupa Password Edisi 2019

  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares

Iphone anda terkunci ? Ketahui cara membuka kunci iphone jika terlupa password dengan 3 cara.

Apabila tidak menggunakan telefon pintar Iphone dalam jangka masa yang panjang, kemungkinan terlupa password memang ada. Tenang dan jangan risau, masih ada cara untuk membuka id apple yang terkunci.

Namun, anda mungkin akan kehilangan semua fail-fail yang ada. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda masih boleh menggunakan iphone anda seperti sediakala.

Bagi memastikan hal ini tidak berulang, anda perlu melakukan proses back-up data iphone secara rutin. Ianya boleh digunakan menggunakan aplikasi iCloud yang biasanya ada dalam telefon pintar anda.

Anda sudah bersedia ?

Berikut merupakan tiga cara membuka kunci iphone jikalau terlupa password atau kata laluan.

Cara 1: Buka Kunci Iphone Melalui Kaedah Recovery Mode

Cara utama membuka kunci iphona jika anda terlupa password adalah dengan menggunakan kaedah RECOVERY.

Sebelum memulakan proses recovery, anda perlu sediakan:

  • Kabel sambungan iphone ke komputer riba (Jenis Apple)
  • Komputer riba (Apple)
  • Aplikasi itunes pada computer anda. Tidak mempunyai aplikasi itunes? Anda boleh mendapatkannya di sini: Apple iTunes

Mari kita mulakan:

1. Hubungkan iPhone anda ke komputer dan buka aplikasi iTunes menggunakan kabel penyambung.

2. Force restart iPhone anda.

Bagi pemilik iPhone 8 dan yang terbaru: Tekan dan tahan tombol meningkatkan volume dan kemudian tekan tombol kecilkan volume. Selanjutnya, tekan dan tahan tombol power di sisi telefon pintar. iPhone anda akan menjadi mode recovery.

Untuk pemilik iPhone 7: Tekan dan tahan tombol sisi dan tombol menurunkan volume serentak. iphone akan menjadi Mode recovery.

Untuk iPhone 6 dan sebelumnya: Tekan dan tahan home dan tombol power di atas pada saat bersamaan sehingga muncul mode recovery.

3. Paparan recovery mode itu akan menampilkan teks “There is a problem with the iPhone that requires it to be updated or restored.” Pilih Restore.

kemudian, iPhone akan melakukan restore dalam masa beberapa minit. Pastikan proses ini akan mengambil masa sehingga 20 minit. Jangan tanggalkan kabel iPhone yang disambung ke komputer Apple anda sehingga proses recovery selesai sepenuhnya.

Setelah selesai, kamu boleh menggunakan iPhone tanpa password.

Cara 2: Buka Kunci Iphone Menggunakan iTunes

Hanya perlu ikuti langkah mudah berikut:

  1. Sambungkan iPhone dengan komputer anda.
  2. Benarkan iTunes “sync” atau berhubung dengan iPhone anda dan seterusnya membuat “backup”
  3. Apabila sesi sync dan backup selesai, pilih “Restore” untuk iPhone anda.

4. Dalam paparan berikutnya, pilih “Restore from iTunes backup” dan pilih “backup” yang paling sesuai.

Penting:

  1. Jika anda diminta “password”, maka pilih kaedah alternatif seperti “recover mode”
  2. Komputer yang anda gunakan untuk proses sync dan backup merupakan komputer yang anda selalu gunakan untuk iTunes sebelum ini.

Cara 3: Buka Kunci iPhone Menggunakan “Siri”

Kaedah buka kunci iphone ini tidak memerlukan sambungan ke komputer. Walaubagaimanapun, cara ini hanya berfungsi terhadap iPhone versi iOS 10.3.2 dan 10.3.3 beta. Berikut merupakan langkah-langkah membuka kunci iPhone menggunakan kaedah “Siri”.

  1. Aktifkan “Siri” dengan menekan butang “Home”
  2. Katakan “Cellular Data”, kemudian matikan akses wi-fi network telefon anda (Matikan fungsi internet).
  3. Kemudian tekan butang “Home” untuk kembali semula ke skrin utama.

Walau bagaimanapun, kelemahan kecil ini telah disekat oleh iOS 11, ini bermakna jika versi iPhone anda adalah iOS 11 dan kemudian, anda tidak boleh menggunakan kaedah ini lagi.

Untuk lebih jelas, anda boleh tontoni video tutorial berikut:

 


  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares

Leave a Reply