[Terbaru 2019 + Gambar] cara menginstal google chrome di laptop Windows 7/8/10

Panduan bergambar terbaru 2019 cara menginstal google chrome di laptop windows 7, 8 dan 10.

Tidak berjaya menginstal google chrome di laptop anda ? inginkan panduan terperinci ? Berikut merupakan langkah demi langkah beserta gambar bagaimana cara menginstal google chrome di laptop untuk Windows 7, 8 dan 10.

Pastikan… sambungan internet anda dalam keadaan baik kerana proses menginstal memerlukan anda untuk muat turun google chrome drive terlebih dahulu.

Langkah-langkah cara menginstal google chrome:

  1. Buka browser internet anda, apa-apa sahaja jenis browser seperti Firefox, Chromium dan sebagainya. Dalam tutorial ini, saya menggunakan browser Firefox. Kemudian, buka enjin carian google.com.

2. Dalam ruangan enjin carian, sila taip perkataan “download chrome browser“.

3. Kemudian anda akan dibawa ke hasil carian seperti dalam gambar dibawah. Kemudian, terus sahaja klik “Download Now” seperti yang dibulatkan dengan warna merah.

4. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman seperti dalam gambar berikut:

5. Langsung sahaja klik “Download Chrome” seperti dalam gambar berikutnya:

6. Kemudian anda akan dibawa ke paparan berikutnya seperti dalam gambar dibawah:

7. Langsung klik perkataan “Accept and Install” seperti dalam gambar dibawah:

8. Seterusnya anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar di bawah :

9. Langsung sahaja klik perkataan “Save File” seperti yang dibulatkan dengan warna merah seperti dalam gambar dibawah. Tunggu sehingga proses “download” Chrome Setup.exe selesai.

10. Kini proses muat turun installer google chrome sudah selesai. Sekarang anda perlu menginstalnya di laptop anda pula.

Dalam fasa ini, anda perlu mengetahui di manakah fail  ChromeSetup.exe yang telah berjaya dimuat turun tadi. Biasanya fail ini disimpan di bahagian Download file atau This PC->Download, atau My Computer->Download

lebih jelas, rujuk gambar dibawah:

11. Masuk sahaja ke fail Downloads tadi. Fail yang telah ditandakan dengan nombor 2.

12. Setelah masuk ke fail Download, cuba cari installer “Chrome Setup” seperti dalam gambar dibawah:

Sila double click pada file “Chrome Setup“.

13. Langsung anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut. Sila klik perkataan “Yes” seperti yang dibulatkan dengan warna merah.

14. Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar dibawah.

Pada waktu ini, anda tunggu sahaja sehingga proses “downloading” selesai. Proses ini mengambil masa kurang daripada 5 menit, bergantung kepada kelajuan internet anda.

15. Apabila paparan seperti dalam gambar dibawah muncul, ini menunjukkan proses menginstal google chrome di laptop anda sudah selesai. Anda hanya perlu klik ( X ) seperti yang ditandakan dalam bulatan merah.

16. Anda kini sudah berjaya menginstal google chrome jika anda melihat terdapat icon “Google Chrome” di laptop anda.

Anda boleh double click untuk mencuba browser google chrome tersebut.

 

Leave a Reply