[Terbaru] Cara Daftar Bank Islam Online 2020

Ingin tahu cara pendaftaran perbankan internet Bank Islam secara online ?

Ini langkah-langkahnya:

Dengan mempunyai akaun Bank Islam secara online, ianya akan memudahkan urusan anda seperti, pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu beratur di ATM lagi.

Syarat-syarat untuk layak mendaftar:

    • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
  • Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
  • Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM BANK ISLAM
  • Mempunyai No Pin ATM untuk kad ATM/Kad Debit

Berikut merupakan langkah bergambar pendaftaran perbankan internet Bank Islam secara dalam talian:

Langkah 1

Pergi ke laman web Bank Islam iaitu : bankislam.biz. Sila rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas:

Langkah 2

Kemudian klik “FIRST TIME USER”. Sila rujuk gambar dibawah:

Anda kemudian akan dibawa ke halaman berikutnya seperti dalam langkah 3.

Langkah 3

Sila baca “term and condition” kemudian tandakan ( / ) pada petak yang disediakan. Selepas itu klik butang “Continue”. Sila rujuk gambar berikut:

Langkah 4

Anda kemudian dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut:

Sila klik butang “Continue”.

Langkah 5

Pada paparan ini, anda diminta untuk memasukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN KAD ATM/DEBIT anda.

  • ATM Card/ Debit Card No: Masukkan Nombor 16 Digit Kad ATM/Debit anda (Contoh: 4799689000008888
  • ATM PIN: Masukkan PIN Nombor anda (Biasanya Nombor 6 Digit untuk keluarkan duit di ATM)

Selesai sahaja memasukkan kedua-dua item diatas, sila klik butang “Continue”

Bagi anda yang keliru apakah nombor 16 digit ATM/Kad Debit, gambar berikut mungkin membantu:

Langkah 6

Anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut:

Sila isi maklumat berikut:

  • Customer Name: Nama Penuh Anda ( Contoh: Ali Bin Abu
  • IC/ID: No Kad Pengenalan anda ( 841210124778 )
  • User ID: Apa-apa ID yang sesuai senang di ingat ( Contoh: gagakhitam88 )
  • Password: Kata laluan perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Confirm password: Masukkan sekali lagi password tadi untuk pengesahan.
  • E-Mail: Masukkan email anda (pastikan email yang selalu anda gunakan)
  • Mobile Number: Masukkan no. telefon anda ( Contoh: 60     198834780) -masukkan “60” pada petak pertama dan nombor seterusnya pada petak berikutnya.

Private Word: Masukkan kata rahsia anda, apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem

Select One Private Image: Pilih Gambar untuk private image akaun bank islam anda.

Secret Question & Secret Answer : Anda perlu memilih 3 soalan serta menjawabnya dengan betul dan jujur. Bahagian ini sangat penting bagi anda untuk proses verifikasi sekiranya akaun bank online anda dicerobohi oleh orang lain. Dengan erti kata lain, akaun anda akan selamat.

Contoh Secret Question: What is your first car model ?

Contoh Secret Answer: Kia Spectra

Selesai sahaja mengisi semua maklumat, sila klik butang “Submit”.

Langkah 7

Kemudian maklumat yang anda masukkan dalam langkah 6 akan dipaparkan. Sahkan maklumat yang diterima ini dengan klik butang “Confirm”.

Langkah 8

Sila periksa telefon anda. Anda akan menerims SMS dari pihak bank islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit untuk IAC berjaya.

Kini anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun anda dan sebagainya.

Penting ! : Jangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda masukkan tadi semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda.

59 thoughts on “[Terbaru] Cara Daftar Bank Islam Online 2020”

  1. assalam . Saya nk tnya . saya dh daftar user id tu semua . Then msukkn user id dan password . Tapi dia tulis password tu “kelayakan tidak sah” “invalid credentials ” Kenapa yaa ?? pelik pulk .Masa saya buat password tu diterima je . meses ada sampai yg saya dah register . Saya bru buat acc bnk islam . mlm tu saya downl apps tu semua .Adakah sebab saya bru bukk acc . Mohon penjelasan please ??

  2. Assalam tuan, private word dan private image tak sama dgn yg saya buat. Saya dah call center tapi suruh tukar password. Dah tukar tapi masih tak boleh login. Macam mana ni ye?

      1. Nak tnya klau ada bankin online ni tpi kad atm dh expired kira bank islam saya ni aktifkn sbb saya hnya jdikan bank islam ni simpanan saja so xdk pengeluaran duit mnggunakn kad atm hnya mnggunakn bankin online saja kad atm saya jarang guna dh

  3. saya sudah mendaftar online banking bank islam tapi dia suruh tukar no phone. Jadi, macam mana cara saya nak menukar no hp itu?

  4. Boleh ke kalau telefon hotline bank islam sahaja untuk daftarkan no telefon yang baru untuk register bank islam online ?

  5. Salam tuan.. nak tanya, kalau OTP kita di hantar ke no lame/yang tak aktif.. nk tukar kene ke cawangan juga ke.? atau just boleh tukar di atm sahaja .? Then ape beza dgn OTP dengan TAC number masa buat pindahan wang online.?

  6. Tuan,sy kne tukar password baru sbb lbih 12 bln sy guna tapi bila sy guna huruf dan simbol utk pasword baru ttap xjadi dan ada sapai perkataan “Your password shall not contain 4 consecutive characters as in user id” slps sy ltk simbol..bley tak tuan bg contoh huruf n smbol digunakan pasword terbaru

    1. “Your password shall not contain 4 consecutive characters as in user id” bermaksud ada beberapa huruf “password” tuan sama dengan “ID”. Cuba buat password berbeza dengan id.
      Contoh ID: Akuhensem80, password: Power85$% (Password tak boleh hampir sama dengan ID, mesti berbeza)

  7. Kalau saya dah ada acc bank , tapi saya takde card bank, saya masih boleh buat online bank in melalui web ke ataupon saya patut pegi ke bank islam sendiri ye?

    1. Nak tanya kenapa bila nak registration buat kali pertama lepas letak nom kad dan pin dia keluar invalid card number? Nom semua dah betul pin pun sama ye?

  8. saya terdaftar menggunakan no phone yg tak aktif ? macam mana cara saya nak menukar semula no hp itu? kenapa saya buat tak boleh?

  9. salam, semalam saya ada buat transaction debit card di tesco, tapi kenapa ibu saya dapat sms notification untuk transaction ya?

  10. Selepas kita dah buka akaun.. urusan registet untuk online banking boleh bt sendiri di rumah ye? atau terus bagi tau kaunter untuk proses itu?

  11. tuan. saya dah ada online bank dalam phone ni. kenapa masih tak dapat buat tranfer online ya? ada perlu di buat lagi ka seperti pergi kaunter ka?

    1. cuba tuan guna komputer riba untuk urusan pindahan wang, paparan lebih jelas. Boleh saja anda terlepas pandang jika menggunakan phone.

    1. Elakkan mengggunakan handphone. Anda kena gunakan komputer untuk paparan website yang lebih baik. Click first time user->Term & Condition [kena tick (/)]I have read & understood term and condition……dan click Continue..

    1. cuba anda gunakan laptop atau desktop. Jangan gunakan handphone..saya cuba setakat ini tiada masalah.terima kasih

Leave a Reply