Dasar Privasi

Privasi anda sangat kami hormati. Penting untuk anda, begitu juga dengan kami.

Dikemaskini pada: 29 Julai 2019

Dalam dasar privasi ini (polisi privasi) kami menerangkan bagaimana bagaimana kami menyimpan dan menggunakan sebarang maklumat yang diperolehi daripada laman ini (termasuklah maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga) sebagai makluman kepada anda, bagi membantu anda untuk memutuskan sama ada mahu mengkongsikan maklumat anda apabila berada dalam laman ini, serta menyatakan hak anda ke atas maklumat yang kami kumpul dan simpan setelah anda memberikan maklumat tersebut kepada kami.

Dalam dasar privasi ini definisi, perkataan, gabungan perkatan, singkatan seperti “Saya”, “Kami”, “blog kami”, “blog ini”, “laman ini” atau sebarang terma yang digunakan untuk mewakili InfoSantai, adalah merujuk kepada InfoSantai (infosantai.com dan sebarang variasi domain yang masih merujuk kepada infosantai.com seperti www.infosantai.com, http://infosantai.com dan seterusnya). Manakala laman affiliate, laman itu, laman tersebut, Google Adsense, laman lain adalah merujuk kepada pihak ketiga selain daripada pihak InfoSantai.

Maklumat yang anda pilih untuk berikan pada kami

Kami mengumpulkan sebarang maklumat, termasuklah data peribadi jika anda memutuskan atau memilih untuk memberikan data tersebut pada kami. Contohnya, anda memberikan kami nama anda, alamat perhubungan (seperti email) apabila anda mengisi borang perhubungan.

Anda juga boleh memilih untuk memberikan maklumat peribadi anda apabila menyertai ruangan respon balas atau komen dalam mana-mana bahagian di laman ini.

Sila ambil perhatian, untuk mana-mana ruangan perbincangan umum seperti ruangan komen, maklumat yang anda berikan boleh dilihat dan disimpan oleh orang lain. Oleh itu anda harus elakkan daripada memberikan data peribadi sensitif dalam ruangan umum seperti ini.

Maklumat yang dikumpul secara automatik ketika anda berada dilaman ini

Apabila anda mengakses laman ini, pihak kami dan pihak ketiga yang kami pilih untuk berkerjasama dengan kami mungkin dengan automatiknya mengumpul beberapa maklumat tertentu menggunakan teknologi seperti cookies, web beacons dan juga lain-lain teknologi yang sama sepertinya.

Cookies adalah satu fail kecil yang digunakan oleh mana-mana laman web dan juga servis online untuk menyimpan maklumat tentang pengguna di komputer pengguna itu sendiri. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan cookies anda boleh melawati pautan ini: https://www.allaboutcookies.org.

Web beacons adalah fail kecil yang menghubungkan laman web dengan pusat server tertentu dan akan digunakan untuk berbagai tujuan, seperti mencatatkan jumlah pengunjung laman, menganalis halaman yang pengguna lawati ketika berada dilaman, dan juga mengira berapakah jumlah email yang dihantar keluar dibuka oleh penerima.

Maklumat yang dikumpul secara automatik apabila anda mengakses atau melawat laman ini termasuklah tetapi tidak terbatas kepada alamat IP, ciri-ciri sistem operasi, maklumat tentang pelayar internet anda dan juga setting sistemnya, maklumat berkenaan komputer atau alatan yang anda gunakan untuk akses laman ini, identifikasi unik untuk alatan, dan juga halaman yang anda lawati ketika berada di laman ini.

Kami dan juga pihak ketiga yang berkerjasama dengan kami, mungkin akan mengabungkan maklumat yang dikumpul secara automatik ini dengan maklumat-maklumat lain termasuklah maklumat yang anda pilih untuk berikan kepada kami.

Maklumat yang dikumpul secara oleh pihak ketiga

Dalam laman ini, kami memaparkan iklan yang diuruskan oleh pihak ketiga untuk menampung perbelanjaan operasi laman ini. Sebahagian daripada pihak ketiga ini (seperti Google Adsense) mungkin menggunakan teknologi seperti cookies dan juga web beacons untuk menguruskan paparan iklan dalam laman ini, yang mana akan menghantar maklumat seperti alamat IP, maklumat ISP anda, jenis pelayar internet yang anda gunakan dan lain-lain maklumat yang boleh diuruskan oleh cookies dan web beacons.

Maklumat dasar privasi untuk Google Adsense boleh dilihat disini: Google Privacy & Term.

Anda boleh memilih untuk menutup fungsi cookies di setting pelayar internet anda atau dengan menggunakan perisian tertentu. Bagaimanapun, ini mungkin akan menjejaskan interaksi anda dengan laman ini (dan juga mana-mana laman lain).

Bagaimana kami menggunakan maklumat yang kami terima / simpan

Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami terima dan simpan untuk pelbagai tujuan tertentu seperti (tetapi tidak terbatas) yang dinyatakan dalam senarai dibawah:

  • Menghantar email kepada anda berkenaan post, produk atau perkhidmatan terbaru daripada kami – jika anda memilih untuk menjadi ahli laman ini (subscribe)
  • Memberi jawapan / balasan kepada permintaan, soalan, dan komen atau apa-apa jenis bantuan yang mungkin berkaitan dengan penggunaan laman ini
  • Menawarkan anda produk atau perkhidmatan yang mana kami percaya mungkin menarik minat anda
  • Untuk memberi iklan, kandungan dan tawaran kepada anda berdasarkan minat dan aktiviti anda dalam talian, dari kami atau pihak ketiga
  • Untuk komunikasi dan membantu penyertaan anda dalam acara, program, pertandingan dan apa-apa tawaran yang mungkin disediakan
  • Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami berdasarkan pengalaman anda ketika bberada di laman ini
  • Untuk analisis penggunaan laman
  • Mengawal, mengenal pasti, dan mencegah penipuan dan aktiviti jenayah, tuntutan dan lain-lain liabiliti.
  • Mematuhi keperluan undang-undang yang berkaitan, permintaan penguatkuasaan undang-undang, dan dasar syarikat kami

Bagaimana kami mungkin mengkongsikan maklumat anda

Ejen, vendor, perunding dan penyedia perkhidmatan kami mungkin mempunyai akses kepada maklumat yang kami kumpulkan melalui Laman ini untuk menjalankan kerja bagi pihak kami. Pihak-pihak tersebut adalah tertakluk kepada terma dan sayarat dan tidak dibenarkan menggunakan mana-mana data peribadi yang dikumpul melalui Laman ini untuk tujuan-tujuan lain selain daripada untuk tujuan perkhidmatan yang diminta.

Kami mungkin akan mengkongsikan maklumat:

  • Dengan afiliasi kami.
  • Jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, peraturan, atau proses perundangan (seperti perintah mahkamah)
  • Sebagai respons kepada permintaan daripada agensi kerajaan, seperti pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang, termasuk untuk memenuhi keperluan keselamatan negara
  • Sekiranya kami percaya pendedahan adalah perlu untuk mencegah kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, atau berkaitan dengan apa apa penyiasatan aktiviti haram
  • Berkenaan dengan analisis dan maklumat statistik, untuk memaklumkan para pengiklan tentang sifat asas pengguna kami
  • Sekiranya kami menjual atau memindahkan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk penyusunan semula atau pembubaran). Dalam apa-apa acara, kami akan berusaha memberikan notis, contohnya, melalui e-mel dan / atau notis di laman web kami, untuk sebarang perubahan dalam pemilikan, kegunaan baru maklumat peribadi anda dan pilihan yang mungkin anda ada berkaitan dengan data peribadi anda

Akses dan penyimpanan data

Kami akan mengekalkan data peribadi anda selagi diperlukan seperti untuk membolehkan anda menggunakan laman ini atau apa-apa produk dan aktiviti yang berkaitan. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menyimpan data untuk tempoh yang lebih lama untuk mematuhi undang-undang yang terpakai (termasuk yang berkenaan dengan pengekalan dokumen), menyelesaikan pertikaian dengan mana-mana pihak, dan sebaliknya sebagaimana yang perlu untuk membolehkan kami menjalankan perniagaan kami. Semua data peribadi yang kami simpan akan tertakluk kepada Dasar Privasi ini.

Kami menghormati hak anda terhadap maklumat peribadi anda dan, atas permintaan, kami akan berusaha mengesahkan identiti anda dan mengesahkan sama ada maklumat anda ada dalam simpanan kami. Anda juga berhak untuk meminda atau mengemaskini maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap, memotong maklumat peribadi anda, atau meminta kami tidak lagi menggunakannya. Di bawah keadaan tertentu, kami tidak akan dapat memenuhi permintaan anda, jika ia memberi kesan kepada perkara berkaitan dengan undang-undang, identiti anda tidak dapat disahkan, atau ia melibatkan kos atau usaha yang tidak seimbang, tetapi dalam apa jua keadaan kami akan bertindak balas kepada anda permintaan dalam jangka masa yang munasabah dan memberi penjelasan kepada anda. Untuk membuat permintaan kami, sila hubungi kami menggunakan halaman: Hubungi

Pautan dari Infosantai ke laman web lain

Di laman ini, kami mungkin menyediakan pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Laman web tersebut mungkin mempunyai dasara atau polisi privasi mereka sendiri. Kami sarankan anda untuk melihat dasar privasi laman tersebut. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, terma penggunaan, atau dasar privasi laman web yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami.

Privasi kanak-kanak

Laman ini tidak direka bentuk atau ditujukan untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berumur dibawah 16 tahun. Kami juga tidak mempunyai kaedah untuk menentukan data yang mungkin akan dikumpul adalah kepunyaan kanak-kanak. Jika kami menyedari bahawa kami telah mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, kami akan memadam maklumat yang berkaitan dengan segera.

Bagaimana cara menghubungi kami

Kami menyarankan anda untuk sentiasa melawati halaman dasar privasi ini untuk melihat apa-apa perubahan atau tambahan.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi kami melalui:

Leave a Reply