Ini Kaedah & Contoh Cara Kira Pencen Kakitangan Awam

Panduan terperinci & contoh cara kira pencen, ganjaran pencen & ganjaran cuti rehat kakitangan awam.

Pencen membawa maksud bersara daripada perkhidmatan sama ada kerajaan ataupun bukan kerajaan.

Bagi kakitangan kerajaan dibawah JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sesungguhnya perkara menarik yang dinantikan tidak lain dan tidak bukan iaitu hadiah persaraan untuk kakitangan awam.

Namun masih ramai dikalangan kakitangan awam yang masih tidak arif bagaimanakah bentuk hadiah bersaraan yang akan diperolehi oleh mereka nanti selain daripada imbuhan atau gaji pencen bulanan yang diterima oleh mereka setelah bersara daripada daripada kakitangan awam.

Oleh itu, admin ingin berkongsi cara kira pencen persaraan termasuk formula pengiraan secara ringkas oleh JPA yang dikongsi oleh Budiman Idris di laman facebook beliau.

Persaraan Pilihan

Bagi mereka yang bersara secara pilihan pilihan, umur semasa bersara mestilah sekurang-kurangnya 40 tahun, tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun untuk layak menerima faedah persaraan dan pencen.

Permohonan juga mestilah disokong oleh ketua jabatan dan dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh persaraan serta diperakui oleh jabatan.

Formula Pengiraan Ganjaran Pencen

Formula pengiraan ganjaran selepas pencen juga secara ringkasnya adalah seperti berikut:

7.5 % (peratus) didarab jumlah bulan perkhidmatan, kemudian didarab dengan gaji akhir (gaji pokok sahaja-tidak termasuk elaun).

= 7.5% X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Gaji akhir (Gaji pokok)

Contoh pengiraan ganjaran pencen:

  1. 7.5% perlu ditukar ke 0.075 untuk memudahkan pengiraan
  2. bulan berkhidmatan= contoh 10 tahun perkhidmatan oleh itu 120 bulan
  3. Gaji pokok akhir= contoh gaji pokok ialah RM 3396.14

Oleh Itu pengiraan ganjaran adalah seperti berikut:

= 0.075 X 120 X 3396.14

= 30,565.26

Oleh itu jumlah ganjaran yang diperolehi ialah RM 30,565.26

(Gambar berikut merupakan contoh untuk 230 bulan perkhimatan & gaji RM 3,396.14)

Ganjaran Gantian Cuti Rehat

Maksud ganjaran gantian cuti rehat ialah ganjaran ataupun bayaran yang diperolehi daripada jumlah cuti yang terkumpul yang tidak digunakan oleh pesara kerajaan.

Kaedah pengiraan ialah 1/30 didarab dengan jumlah cuti yang dikumpul dan didarab denganĀ  gaji akhir + imbuhan tetap. Contoh pengiraan adalah seperti berikut

= (1/30) X Jumlah Cuti Terkumpul X Gaji Akhir (tanpa elaun)

  1. 1/30 ditukarkan kepada titik perpuluhan = 0.03333
  2. Jumlah cuti yang terkumpul = 150 hari
  3. Gaji Akhir + Elaun/Imbuhan tetap = RM 3814.14

Oleh itu pengiraan adalah seperti berikut:

= 0.0333 X 150 X 3814.14

= 19,070.70

Oleh itu ganjaran gantian cuti rehat yang diterima ialah RM 19,070.70.

Formula Pengiraan Pencen

Imbuhan pencen adalah wang yang akan diterima oleh pesara kerajaan dibawah JPA setelah tamat perkhidmatan.

Cara kira pencen yang mana akan diterima setiap bulan oleh bekas kakitangan kerajaan adalah 1/600 didarab dengan bulan perkhidmatan dan didarab dengan gaji akhir (gaji tanpa imbuhan tetap).

=(1/600) X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Jumlah Gaji Akhir (tanpa elaun)

Contoh pengiraan adalah seperti berikut.

  1. 1/600 perlu ditukar dalam bentuk perpuluhan = 0.0016666
  2. Tempoh perkhidmatan (kiraan bulan). Contoh 30 tahun perkhidmatan (30 x 12) = 360 bulan
  3. Gaji Akhir (gaji tanpa imbuhan) = RM 3396.14

Oleh itu pengiraan adalah seperti berikut:

= 0.0016666 X 360 X 3396.14

= 2037.68

Oleh itu gaji bulanan selepas bersara yang akan diterima oleh bekas kakitangan awam dibawah JPA ialah:

RM 2037.68 (untuk setiap bulan)

Jumlah hadiah persaraan yang diterima oleh kakitangan awam selepas pencen adalah dengan menambahkan jumlah ganjaran pencen dengan ganjaran gantian cuti rehat.

Bagi contoh diatas:

(RM 30,565.26 + RM 19,070.70)

= RM 49,635.96

Maka ganjaran yang diperolehi ialah RM 49,635.96

Dengan pencen bulanan sebanyak RM 2037.68

Bayangkan jika gaji anda adalah RM 6500 pada bulan terakhir sebelum pencen!

Sila tekan butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.

Leave a Reply