Info Santai: Beruang Dijadikan Haiwan Kesayangan di Dalam Rumah

Biasanya anjing dan kucing dijadikan haiwan peliharaan atau binatang kesayangan manusia. Bertentangan pula dengan lelaki Kanada ini. Beliau berkeyakinan yang tinggi untuk memelihara seekor beruang betina!. Lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Mark Abbot Dumas menjadikan beruang betina seberat 380 kg sebagai binatang kesayangan beliau.

haiwan kesayangan beruang


Walaupun berat sekitar 380 kg dan 213 cm tinggi, Mark suka bermain dengan binatang peliharaannya, beliau memeluk, berenang di kolam renang, dan sering tidur dalam pelukan beruang tersebut . Kadang-kadang beruang tersebut menangkap lembut leher beliau.

Mark merupakan seorang penjinak haiwan profesional dan mempunyai isteri berusia 49 tahun. Mereka mula melatih beruang kutub tersebut untuk iklan televisyen seawal usia lima tahun. Kini beruang kutub berusia 16 tahun yang dinamakan Agee muncul dalam filem pengembaraan Alaska” pada tahun 1995.

Binatang peliharaan beruang

Dalam tempoh 40 tahun bekerja dengan beruang, Mark mengakui dia memahami sepenuhnya bahasa badan daripada Agee dan tahu bagaimana untuk bertindak terhadap beruang itu. Mark mengajar dan melatih beruang tersebut melakukan kemahiran seperti merangkak, berbaring, tiba-tiba bangun dan menjerkah.Sebagai gantinya beliau memberikan stik, ikan salmon, biskut dan coklat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *