Info Santai: Mereka Menyangka Anjing Ini Telah Mati Dan Dikebumikan, 4 Hari Kemudian Ia Hidup Semula

Kita mungkin selalu terbaca kejadian dimana manusia hidup semula setelah disahkan mati oleh doktor yang merawatnya dan jarang pula mendengar atau terbaca mengenai kejadian dimana haiwan juga kemungkinan mengalami kejadian yang sama. Kejadian ini benar-benar berlaku terhadap seekor anjing betina yang dinamakan Theia.

Anjing Mati Hidup SemulaKredit: Facebook

Theia dikatakan telah dilanggar oleh kereta dan kemudiannya dipukul objek keras di kepalanya sehingga mengakibatkan tengkoraknya pecah, dan kemudiannya mungkin dikebumikan, dan hidup semula setelah selang beberapa hari.

X-Ray Tengkorak Theia mengalami kerosakanKredit: Facebook

Gambarajah 3D menunjukkan haiwan ini mengalami kerosakan teruk pada bahagian tengkoraknya. Doktor haiwan yang merawatnya percaya bahawa anjing ini telah dipukul oleh objek tumpul di kepalanya, kemungkinan besar ‘tukul’ bertujuan untuk mengakhiri kesakitan dan mengakhiri riwayat anjing ini selepas dilanggar oleh kereta.

anjing hidup semulaKredit: Facebook

Masih tidak jelas sama ada Theia dikebumikan ataupun dimasukkan kedalam kotak dan dibiarkan di kawasan lapang apabila ianya disangka telah mati. Theia dijumpai dalam keadaan yang sangat kotor. Anjing betina yang dinamakan Theia oleh tuannya dikatakan mengambil masa selama 4 hari untuk beransur pulih dari keadaannya yang cedera teruk sebelum dihantar ke klinik haiwan.

anjing ditanam hidupKredit: Facebook

Akhirnya nyawa Theia dapat diselamatkan oleh kakitangan klinik haiwan yang merawatnya.anjing mati hidup semulaKredit: Facebook

Theia juga sangat beruntung dan bernasib baik kerana dijumpai, dirawat dan dijaga oleh tuan barunya, Sara Mellado.anjing mati hidup semulaKredit: Facebook

Perjalanan hidup Theia membuktikan bahawa setiap haiwan terbiar atau didera mempunyai harapan dalam perjuangan untuk hidup. Sebagai manusia yang berperasaan, kita tentunya sedih menbaca kejadian seperti ini. Sedarlah bahawa setiap hidupanĀ  juga mempunyai hak untuk hidup. Janganlah melakukan penderaan sewenang-wenangnya terhadap haiwan kerana mereka juga bernyawa seperti kita, rasa sakit seperti kita. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang kejadian ini, sila lawati pautan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *