Info Santai: Pengurus Hotel Cuba Mengenakan Kos Penginapan Yang Tinggi Kepada Mereka, Akan Tetapi..

Sepasang suami isteri warga emas bersiar-siar untuk melawat keluarganya dengan kereta. Seelepas hampir 11 jam memandu di jalan raya, mereka berasa sangat letih untuk meneruskan perjalanan dan bercadang merehatkan diri di hotel. Mereka hanya merancang untuk tidur selama empat jam dan meneruskan perjalanan.

Apabila mereka mendaftar keluar daripada hotel 4 jam kemudian, kerani meja menyerahkan mereka bil penginapan berjumlah 350.00 USD. Lelaki tua terkejut beruk dengan kos yang terlalu tinggi. Dia memaklumkan kepada kerani hotel. ” Meskipun hotel ini bagus, tetapi untuk menginap selama 4 jam, USD 350.00 adalah terlalu mahal”. Kemudian kerani itu menjelaskan bahawa USD 350.00 merupakan kadar biasa bagi kos penginapan hotel tersebut dan kemudiannya memanggil pengurus hotel.

Pengurus kemudiannya muncul serta menjelaskan bahawa bahawa hotel ini mempunyai sebuah kolam renang bersaiz Olimpik dan pusat persidangan yang besar untuk mereka gunakan.

“Tetapi kami tidak menggunakannya” tegas si suami.

“Nah, anda suda berada di sini, dan anda patut menggunakannya,” jelas Pengurus hotel. Pengurus itu kemudiannya menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah menginap di hotel yang meyediakan persembahan dari bintang-bintang terkenal. “Kami mempunyai penghibur terbaik dari New York, Hollywood, dan Las Vegas yang membuat persembahan di sini,” kata Pengurus.

“Tetapi kita tidak hadir apa-apa persembahan ” kata suami.

“Nah, kita mempunyai mereka, dan anda patut melihatnya.” Pengurus itu menjawab.

Tidak kira apa pun penjelasan Pengurus tersebut, suami itu menjawab, “Tetapi kami tidak menggunakannya!” Pengurus tersebut tetap dengan pendirian mereka, dan akhirnya si suami mengalah dan bersetuju untuk membayar.

Kerana tidak mempunyai buku cek, dia meminta isterinya untuk menulis cek. Isterinya akur, menulis cek dan memberikannya kepada Pengurus. Pengurus tersebut terkejut apabila dia melihat nilai pada cek. “Tetapi puan, cek ini hanya 50 USD !”

“Itu betul.  300 USD adalah kos untuk awak tidur dengan saya,” kata warga emas tersebut. “Tetapi saya tidak tidur dengan awak pun !” kata Pengurus dengan nada tinggi. “Nah, saya adalah di sini, dan anda patut bersama saya.”

 

Moral: Jangan cuba mengambil kesempatan terhadap warga emas. Walaupun mereka tua, tidak semestinya mereka tidak bijak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *