Info Santai : Powerbank digantikan dengan “Air”

Pada kebiasaanya, kita menggunakan Powerbank untuk mengecas telefon bimbit. Informasi yang diperolehi daripada laman sesawang The Vocket ini amat menarik perhatian Infosantai. Akan tetapi, inilah yang berlaku dan diamalkan penduduk Seoul, Korea Selatan. Mereka menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dengan mengecas telefon bimbit dan tablet hanya dengan menggunakan air sungai. Bagi pihak Infosantai, perkara ini amat mengejutkan dan banyak memberi kesan positif terutamanya dari segi penjimatan pengunaan tenaga elektrik yang biasa digunakan seperti di negara kita, Malaysia. Berita baik juga kepada mereka yang mempunyai alatan telekomunikasi tetapi tidak ada bekalan elektrik di rumah.

nO0S5QYKredit:  The Vocket

Menurut The Vocket, pusat pengecasan telefon bimbit dan tablet ini telah dibina oleh kerajaan Korea Selatan di 5 tempat, di tepi Sungai Cheonggyecheon di Seoul. Pusat pengecasan yang menggunakan kaedah hidroelektrik ini dapat mengecas telefon bimbit dalam jangkamasa purata 3 jam. Kerajaan Korea Selatan bersedia untuk membina lebih banyak lagi tempat pengecasan mesra alam seperti ini jika mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang awam.

Bagi kita di Malaysia, alangkah baiknya jikalau kita juga mempunyai kaedah seperti ini. Kerana cara ini jelas dapat mengurangkan kos atau penggunaan tenaga elektrik di kediaman kita masing-masing. Gambar dibawah merupakan gambar yang diperolehi daripada laman sewsawang The Vocket berkaitan dengan kaedah pengecasan menggunakan tenaga air.

Gambar dibawah merupakan gambar alat pengecas menggunakan air. Kelihatan dalam gambar 3 buah telefon bimbit boleh dicas sekaligus dengan menggunakan kaedah ini.

Cas telefon bimbit dengan airKredit:  The Vocket

Instrumen cas tablet guna airKredit:  The Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *