Inilah Ciri-Ciri Beras Plastik Setelah Dimasak

Tidak dapat dinafikan bahawa beras merupakan makanan ruji dan juga sumber karbohidrat bagi kebanyakan masyarakat di Asia sejak dulu lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sumber makanan utama ini menyebabkan wujudnya beras sintesis ataupun dengan erti kata lain, beras yang mengandungi unsur plastik. Perkara ini disebabkan oleh adanya pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna atau pembeli

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengenalpasti ciri-ciri beras yang berpotensi mengandungi plastik bagi menjaga kesihatan diri kita. Ciri-ciri beras plastik boleh diketahui melalui beberapa ujian penglihatan dan setelah dimasak yang mana akan secara ringkas dalam perenggan berikutnya.

  • Ciri-Ciri Fizikal Beras

Biasanya beras plastik mempunyai tekstur yang cantik, lembut dan juga licin. Warnanya juga jelas putih pada semua bahagian butir beras. Berbeza pula dengan beras asli dimana mempunyai tekstur yang lebih kasar serta mempunyai warna putih yang tidak seragam, pudar dan kadang-kadang coklat muda.

  • Semasa Proses Memasak

Bagi beras plastik, jika dimasak atau ditanak ianya akan menjadi lembik tetapi apabila nasi menjadi sejuk, ianya akan menjadi kering serta menjadi keras kembali. Beras asli pula mudah menyerap air apabila ditanak. Apabila sejuk, ianya menjadi keras, namun tekstur kelembutannya tetap masih ada.

  • Aroma atau Bau

Bau atau aroma beras berplastik juga sangat berbeza dengan asli. Ianya berbau bahan kimia dan tidak menyelerakan dan kadangkala berbau pelik apabila dihidu berbeza dengan beras asli yang biasanya berbau wangi serta menyelerakan.

  • Ujian

Beras plastik juga lebih mudah terbakar apabila dibakar. Beras asli pula ambil masa untuk dibakar dan mempunyai bau khas (bau hangit beras) apabila terbakar.

  • Jika Dijadikan Bubur

Jika beras mengandungi plastik dijadikan bubur, air sukar untuk menyerap dengan beras. Dengan erti kata lain, amat sukar untuk membuat bubur dengan beras plastik. Semakin lama beras dimasak, semakin besar beras tadi dan akhirnya pecah. Ianya juga mengambil masa yang lebih lama untuk membuat bubur dengan beras plastik.

Bagi mengetahui atau memahami dengan lebih jelas lagi akan cara mengenali beras berplastik anda boleh menonton video berikut yang dikongsikan oleh Good Life Tube.

kredit: Good Life Tube

Jika informasi ini bermanfaat bagi anda, sila tekan butang kongsi bagi menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan rakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *