8 Kesan Sampingan Dan Keburukan Manjakani

Apakah kesan sampingan dan Keburukan Manjakani? Walaupun pengambilan produk manjakani banyak diperkatakan membawa banyak manfaat terutamanya kepada kaum hawa, namun ianya tidak sesuai diambil dalam semua keadaan.

Sebagai contoh, pengambilan herba tidak sesuai terutamanya kepada ibu-ibu yang sedang hamil, mengganggu perubatan moden dan sebagainya.

Berikut merupakan kesan sampingan pengambilan herba termasuklah manjakani.

1. Menganggu Proses Perubatan Moden
Jika anda mengalami suatu penyakit yang memerlukan penggunaan ubat-ubatan moden secara berkala, pastikan anda memberitahu doktor jika sedang atau ada mengambil ubat tradisional sebagai sampingan.

Kemungkinan pengambilan tradisional boleh mengganggu proses penyerapan ubat-ubatan moden yang sedang diambil jika diambil pada waktu yang sama.

2. Anemia
Penggunaan produk manjakani dalam dos yang tinggi dan berpanjangan mungkin merisikokan diri kita terhadap penyakit anemia ataupun kekurangan sel darah merah. Menurut ayurtimes.com, oak galls atau manjakani boleh menyebabkan anemia jika diambil dalam jangka masa yang panjang dan dos yang tinggi.

3. Meroyan
Penggunaan manjakani juga salah sebab gejala meroyan di kalangan wanita. Menurut perkongsian Siti Aishah Confinement dalam mingguan wanita, pengambilan produk manjakani sebelum tamat masa berpantang 30 hari akan mengalami risiko yang tinggi terhadap gejala meroyan.

Menurut beliau;

Manjakani penyebab MEROYAN

Saya lihat ramai rakan2 FB saya menjual ubat bersalin yang mempunyai kandungan manjakani di dalamnya.

Sedangkan dari dahulu sudah sy ceritakan….sudah sy kupaskan….. bagaimana manjakani boleh mengakibatkan lebih banyak mudharat jika diamalkan sebelum tempoh 30 hari berpantang. (Ubat rapat hanya boleh dimulakan pada hari ke 30 SELEPAS bersalin)

Manjakani adalah salah satu herba yang digunakan untuk merapatkan saluran faraj.

Ibu2 yang amalkan manjakani sebelum hari ke 30 bersalin akan mengalami darah nifas yang tidak lawas keluar. Bagaimana nak keluar. Kalau saluran faraj sudah diasak2 utk ketat dan rapat ketika rahim masih mentah dan masih berdarah.

Sudahnya, 14 hari selepas bersalin darah dah kering. Banggalah ibu dapat solat dan puasa tanpa tahu bahaya dalam tubuh umpama bom jangka yang menunggu hari utk mengganas.

Lalu berkumpullah darah bantal di dalam rahim ibu. Sebab itu kita tgk kebanyakkan wanita yang alami rengat rata2nya adalah wanita yang mengamalkan manjakani sebelum hari ke 30 berpantang.

Kemudian darah kotor yang terperangkap dalam rahim ini mengakibatkan keracunan di dalam tubuh ibu. Hormon ibu mula menjadi tidak stabil. Ibu mudah beremosi (marah, sedih & keliru dalam pantang) – inilah permulaan MEROYAN

4. Malnutrisi
Menurut ayurtimes.com, produk manjakani menyebabkan kekurangan zat makanan atau malnutrisi (apabila digunakan untuk jangka panjang dalam dos yang tinggi).

Kandungan tanin tinggi apabila diambil dalam dos yang sangat tinggi boleh menyebabkan penyerapan nutrien yang perlahan dari makanan, yang boleh menyebabkan kekurangan beberapa nutrien yang diperlukan oleh badan.

5. Sembelit
Kesan yang paling umum pengambilan manjakani ialah masalah sembelit (ayurtimes.com).

6. Keguguran
Masa 3 bulan pertama bagi ibu mengandung adalah tempoh yang paling kritikal. Ini disebabkan kadar keguguran yang tinggi berlaku pada waktu ini.

Antara punca keguguran adalah disebabkan pengambilan herba seperti manjakani tanpa mengetahui bahawa mereka sedang mengandung. Apabila disedari, biasanya sudah terlambat. Kandungan telah berusia sebulan ataupun lebih, herba ini sudah memberi kesan dan mengakibatkan keguguran.

7. Mengeringkan Susu Badan
Sesetengah jamu ataupun herba tidak digalakkan untuk digunakan terutamanya pada waktu berpantang. Mungkin herba seperti manjakani memberikan kesan buruk terhadap pengurangan penghasilan susu badan.

Ada baiknya mengelakkan pengambilan manjakani ataupun apa-apa jenis herba semasa dalam fasa ini.

8. Kecacatan Pada Bayi
3 bulan pertama merupakan fasa yang paling penting dimana pembentukan bayi berlaku pada waktu ini. Ibu yang merancang untuk hamil perlu mengelakkan daripada mengambil sebarang herba termasuk manjakani.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa manjakani boleh membantu untuk hamil, perlu diingat bahawa manjakani adalah sejenis herba. Kemungkinan, dalam masa menggunakan manjakani, tanpa diketahui, kita telah pun mengandung.

Seterusnya herba ini berisiko besar menganggu pembentukan bayi dan akan menyebabkan kecacatan pada bayi yang akan lahir nanti.

Selain disebabkan bahan aktif dari herba itu sendiri, kecacatan ini juga disebabkan bahan kimia yang digunakan dalam proses penghasilan pil ataupun produk manjakani.

Kesimpulannya, walaupun diwar-warkan produk ini banyak memberikan manfaat kepada wanita, namun kita perlu juga berhati-hati dalam cara penggunaan dan pengambilan dos ini.

Lebih afdal jika kita mendapatkan maklumat lanjut daripada pakar terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.

 

Leave a Reply