Kenapa Kucing Timbus Najisnya?

Kenapa kucing timbus najisnya

Jika selama ini anda menganggap kucing menanam najisnya kerana ia pentingkan ‘kebersihan’ anggapan anda betul tetapi tidak 100%…

Jadi kenapa kucing timbus najisnya?

Seperti yang anda sedia maklum, selepas ‘melepas’ kebanyakkan kucing akan menimbus najisnya (atau kencingnya).

Tidak dinafikan kucing memang haiwan pembersih jika dibandingkan dengan haiwan @ binatang peliharaan lain, namun ‘kebersihan’ bukanlah sebab utama perlakuan tersebut.

Berikut merupakan fakta ringkas mengapa kucing menimbus najisnya:

  • Untuk mengelakkan kucing yang lebih dominan rasa tercabar
  • Untuk mengelak pemangsa
  • Sebagai pengiktirafan anda adalah ‘bos’ mereka (kucing rumah)
  • Dan juga kebersihan..

Menimbus Najis Merupakan Naluri Hidup Semulajadi Kucing

Kucing menggunakan bahan buangannya seperti najis atau kencing untuk menandakan kawasan jajahannya.

tomcat kusing macho berak merata

Mungkin bau najis kucing sama sahaja bagi kita, tetapi tidak bagi kucing. Setiap kucing mempunyai bau najis tersendiri yang hanya dapat dikesan oleh kucing sendiri. Ini disebabkan oleh kewujudan bahan kimia unik yang berbeza pada setiap kucing.

Dalam habitat semulajadinya, kucing (semua jenis kucing – singa, harimau, harimau bintang…) seringkali bersaing untuk mendapatkan kawasan jajahan @ perburuan mereka. Najis atau kencing digunakan sebagai cara untuk memberi isyarat bahawa kawasan tersebut adalah jajahan mereka. Untuk tujuan ini kucing tidak akan menimbus najisnya.

Hanya kucing dominan (tomcat) sahaja yang akan berbuat demikian. Kucing dominan adalah kucing yang lebih besar, lebih kuat atau kucing yang merasakan dirinya cukup kuat untuk mencabar kucing-kucing lain.

Kucing-kucing dalam kategori ini akan berak dan kencing merata-rata tanpa menimbus bahan buangan mereka. Kucing jenis ini adalah kucing yang anda lihat sering bergaduh sesama sendiri malahan mungkin pernah mencabar anda.

Kucing yang lebih kecil, lebih lemah, yang lebih kepada kategori ‘pengikut’ dan kucing betina pula akan lebih berhati-hati dengan bahan buangan mereka. Setiap kali mereka membuang najis atau kencing, mereka akan menanam bahan buangan tersebut.

Ia adalah satu cara untuk memastikan kucing dominan tidak merasa tercabar.

Menimbus Najis untuk Mengelak Ancaman Pemangsa

Selalunya kucing tidak akan membuang najis atau kencing berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Kucing menimbus najis atau kencingnya jika ia membuang berdekatan dengan sarangnya terutama jika ia mempunyai anak kecil.

kucing hutan

Ini untuk mengelakkan keluarganya daripada dikesan oleh pemangsa.

Kucing peliharaan @ kucing rumah masih terbawa-bawa naluri hidup ini. Sungguhpun tidak ada pemangsa akan datang kerumahnya, ia masih berasa ragu-ragu. Penyelesaianya, ia akan pergi ke kawasan rumah jiran anda dan membuang najis disana.

Anda adalah ‘Bos’ Mereka

Jika anda memelihara kucing dan kucing tersebut menimbus najis atau kencing setiap kali ia melepas, itu menandakan bahawa kucing tersebut mengiktiraf anda sebagai ‘tuan’ atau ‘dominan’ dikawasan tempat tinggalnya.

kucing mengiktiraf anda sebagai tuannya

Berhati-hati jika kucing anda berak atau kencing merata-rata tanpa menimbus. Ini bermaksud mereka merasakan diri mereka lebih ‘dominan’ daripada anda.

Jika anda perhatikan setiap kali tiba musim mengawan tiba, kucing jantan akan datang berkunjung (jika anda mempunyai kucing betina) dan akan kencing merata-rata – dinding, tiang, tayar kereta…

Itu tandanya dia tidak mengiktiraf anda sebagai empunya kawasan tersebut. Ia merasakan dirinya lebih kuat daripada anda dan rumah anda adalah kawasan jajahan mereka (selain daripada memberi amaran kepada kucing-kucing lain).

Kucing dan Kelengkapan yang anda Perlukan

Jika anda ada memelihara kucing dirumah atau menghadapai masalah najis kucing merata-rata, berikut merupakan beberapa alatan yang mungkin berguna pada anda:

Kongsikan post ini jika ia memberikan anda infomasi berguna.

Leave a Reply