Kod Plastik: Mana Satu Bekas Plastik boleh Digunakan Semula?

kod plastik mana satu selamat digunakan semula?

Jenis bekas plastik yang selamat digunakan semula sebagai tempat penyimpanan makanan / minuman dan…

Yang TIDAK selamat jika digunakan semula.

Tahukah anda terdapat 7 kumpulan kod plastik?

Ambil mana-mana botol plastik yang ada berdekatan dengan anda kemudian cari simbol kitar semula yang mempunyai angka pada bahagian tengahnya seperti ini:

kod plastik pada botol minuman mineral water

Kod berikut diberikan berdasarkan panduan sistem kod identifikasi plastik.

Dan setiap kod mempunyai maksud tertentu.

Mari kita lihat satu persatu 7 kod plastik ini:

kod plastik no 1 hingga 7

Info cepat: Kod no 2, 4 dan 5 selamat digunakan semula. Selain itu, elakkan.

( Bekas penyimpanan makanan jenama Tupperware mempunyai kod no 4. Selamat ? !)

NO 1 Polyethylene Terephthalate

kod plastik no 1 pet atau pete

Juga dikenali dengan singkatan PET atau PETE.

Plastik jenis ini selalu digunakan untuk tempat penyimpanan barangan kosmetik, air (mineral water), jus, dan minyak.

contoh plastik kod no 1

Jika botol ini terdedah kepada suhu tinggi atau bahan pencuci, ia boleh terurai dan membebaskan bahan kimia berbahaya iaitu antimoni.

Tidak disyorkan untuk guna semula – jenis pakai buang.

Keputusan: Bahaya. Elakkan penggunaan semula.

NO 2 High-Density Polyethylene

kod plstik no 2

Juga dikenali sebagai HDPE, plastik yang diperbuat daripada petroleum, besifat keras, tidak lutsinar dan tahan suhu tinggi.

HDPE biasanya digunakan dalam pembuatan alat permainan kanak-kanak, bekas sabun pencuci, jar susu dan juga kerusi/meja lipat.

contoh plastik no 2 hdpe

Belum ada kajian yang menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya.

Namun begitu kebanyakan plastik jenis ini digunakan sebagai bekas penyimpanan barang bukan jenis makanan.

Keputusan: Selamat. Boleh digunakan semula bergantung kepada jenis bahan yang disimpan sebelumnya.

NO 3 Polyvinyl Chloride

plastik kod no 3

Juga dikenali sebagai PVC variasi polimer termoplastik.

Plastik jenis ini selalunya dicampur dengan phthalates (sejenis plastisizer) untuk menjadikan plastik jenis ini lebih lembut dan boleh dilenturkan.

Contoh bahan seperti penutup kamar mandi, waterbeds (tilam air), alat permainan kanak-kanak di kamar mandi, struktur plastik yang boleh ditiub seperti pelampung dan juga pakaian.

contoh plastik no 3 pvc

Plastik jenis ini bertoksik dan tidak selamat digunakan untuk tujuan penyimpanan makanan.

Antara toksik tersebut adalah seperti plumbum, DEHA, Dioxins, Ethylene dichloride, dan juga Vinyl chloride.

Kesan buruknya terhadap kesihatan termasuklah kurang berat badan sewaktu lahir, masalah pembelajaran dan tingkahlaku dikalangan kanak-kanak, sistem imunisasi badan yang rendah, gangguan hormon, kanser, kecacatan waktu lahir dan juga perubahan genetik.

Keputusan: Sangat bahaya. Jangan guna semula

NO 4 Low-density polyethylene

plastik kod no 4

Juga dikenali secara ringkasnya sebagai LDPE.

Seperti HDPE, LDPE juga adalah termoplastik yang diperbuat daripada petroleum. Plastik jenis ini mudah lentur dan kuat tetapi boleh dikoyakkan.

Ia selalunya digunakan untuk lapisan dalam dan luar kotak minuman (menjadikan kotak tersebut kalis air), bakul plastik beli-belah, dan juga bahan pembungkus.

contoh plastik no 4 ldpe

Setakat ini belum ada kajian yang menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya atau memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Oleh itu, boleh dikatakan plastik jenis ini selamat untuk digunakan semula untuk tujuan penyimpanan makanan atau minuman.

Keputusan: Selamat. Boleh digunakan semula.

NO 5Polypropylene

plastik kod no 5 pp

Polypropylene atau PP adalah polimer termoplastik.

Plastik jenis ini besifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada memasuki bahan yang dilindunginya.

PP selalunya digunakan untuk bekas yogurt, bekas marjerin, gelas plastik, botol susu bayi, barang dapur, bekas plastik microwave.

contoh plastik no 5 pp

PP selamat digunakan. Belum ada kajian menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya jika digunakan semula.

Keputusan: Selamat. Boleh digunakan semula.

NO 6 Polystyrene atau Polistirena

plastik kod no 6

Polystyrene yang dikenali secara ringkasnya sebagai PS adalah plastik yang berasaskan petroleum.

Ianya selalunya wujud dalam keadaan keras ataupun dalam bentuk styrofoam.

Polistyrene digunakan secara meluas dalam pembungkusan dan juga sebagai penebat haba.

Contoh kegunaan plastik jenis ini adalah peralatan kulteri pakai buang, bekas cd/dvd, kotak telur, gelas dan juga tempat penyimpanan makanan (bentuk styrofoam dan berwarna putih).

contoh plastik dengan kod no 6

Styrene (asas molekul polystrene) diklasifikasikan sebagai bahan beracun oleh IARC.

Pendedahan dalam jangka masa panjang kepada styrene (polystyrene) akan mengakibatkan kesan neurotoksik (cepat letih, rasa gugup yang keterlaluan, dan kesukaran untuk tidur), hematologi (menjejaskan kandungan darah), cytogenetic (kecacatan genetik), dan juga kesan karsinogenik.

Keputusan: Sangat bahaya. Jangan guna semula.

NO 7 Lain-lain

kod plastik no 7

Plastik yang mempunyai kod nombor 7 adalah plastik yang mana bahan asasnya tidak berapa jelas.

Kod nombor 7 bermaksud lain-lain yang mana ia mungkin mengandungi bahan beracun dan juga tidak.

Selalunya ia dilabelkan dengan ringkasan PC, yang bermaksud Polycarbonate yang mana mengandungi BPA dan bahaya kepada kesihatan kita.

Biasanya plastik dengan kod nombor 7 ini digunakan untuk pendawaian elektrik, bekas cd atau dvd dan juga botol bayi.

Elakkan daripada memakai semula botol plastik yang mempunyai kod no 7 kerana kita tidak pasti sama ada plastik yang digunakan memudaratkan kesihatan atau tidak.

Keputusan: Bahaya. Elakkan melainkan anda pasti dengan jenis plastik yang digunakan.

Ringkasan kod plastik yang selamat digunakan semula

Berikut merupakan ringkasan pada bagi setiap jenis plastik yang dinyatakan diatas:

  • No 1: Bahaya. Jangan guna semula.
  • No 2: Selamat. Boleh digunakan semula.
  • No 3: Sangat bahaya. Jangan guna semula.
  • No 4: Selamat. Boleh digunakan semula.
  • No 5: Selamat. Boleh digunakan semula.
  • No 6: Bahaya. Jangan guna semula.
  • No 7: Bahaya. Elakkan, melainkan anda pasti jenis plastik yang digunakan.

Lepas ni, setiap kali bercadang untuk guna semula mana-mana bekas minuman atau makanan plastik, periksa dahulu kodnya.

Pastikan dulu No 2, 4 dan 5 baru guna semula.

Kongsikan post ini untuk kesihatan bersama!

Leave a Reply