Mee Woo Resort: Pusat Peranginan Terkenal Di Keningau

Mee Woo Resort, Terletak di Jalan Ken Hwa, merupakan salah satu lokasi populardi Keningau dan juga merupakan pusat satu-satunya pusat peranginan yang mulai mendapat tempat di daerah Keningau, Sabah.

Baca juga: 18 Tempat menarik di Keningau

Walaupun baru beroperasi sejak tahun yang lalu, tempat ini semakin mulai dikenali oleh penduduk setempat dan juga masyarakat Sabah.

Pelbagai kemudahan serta daya tarikan seperti restoran, penginapan atau hotel, kolam renang, spa dan juga pemandangan yang indah serta menarik yang menjadikan lokasi peranginan ini menjadi terkenal dalam waktu yang singkat dan menjadi tumpuan orang ramai sama ada untuk bercuti, makan malam atau beriadah.

Kolam Renang Kanak-Kanak

Kolam renang kanak-kanak menjadi daya tarikan utama disebabkan keadaannya yang selamat, cetek (separas lutut) serta mempunyai  gelongsor ditengah-tengah kolam cetek. Kehadiran gelonsor ini sudah pasti membuatkan anak anda leka bermain dan sukar untuk meninggalkan kolam.

 

Kolam Renang Dewasa

Pusat peranginan ini juga menyediakan permainan gelongsor air ala-ala Legoland Water Park khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Sudah tentu permainan gelongsor air merupakan daya tarikan utama bagi pengunjung yang datang.

 

Makanan dan Minuman

Sambil bersantai, bergembira dengan keluarga dan menikmati pemandangan sekeliling, anda juga boleh memesan makanan di restoran berdekatan.

Pelbagai sajian boleh dipesan dengan harga yang berpatutan. Tidak dapat dipastikan pula sama ada anda boleh membawa makanan dari rumah ataupun tidak.

Makanan kelihatan enak bukan ?

 

Rehatkan Badan Anda Dengan SPA

Badan terasa lenguh setelah sehari suntuk beriadah ? Mungkin anda boleh merehatkan minda dan badan anda di tempat ini.

Pelbagai perkhidmatan dibuka di SPA ini termasuklah reflexologi, urut badan, rawatan muka dan sebagainya.

 

Penginapan

Anda berasa penat setelah sehari suntuk bersukaria bersama keluarga ? atau masih belum puas untuk bersantai di tempat ini ? bagaimana jika anda menginap di tempat ini ?

Pusat Peranginan Mee Woo juga menyediakan tempat tinggal atau hotel khas untuk pelawat yang datang.

Walaubagaimanapun pelawat haruslah menempah dengan lebih awal kerana mungkin anda penginapan menjadi penuh jika anda lewat membuat tempahan.

Ada lebih baik jika anda membuat perancangan awal terutamanya dalam aspek bajet.

 

Pemandangan Waktu Siang

Sambil mandi-manda, mengambil gambar dan juga bersiar-siar dalam masa yang sama nikmatilah pemandangan menarik pada waktu siang.

 

Suasana Malam

Suasana malam di pusat peranginan ini juga sangat menarik dengan gemerlapan cahaya lampu serta kehadiran pokok berdaun emas. Anda boleh menilainya sendiri berdasarkan gambar yang dikongsi berikut.

Anda masih belum berpuas hati akan gambar yang dikongsi ?

Bagi melihat lebih banyak gambar berkaitan dengan pusat peranginan ini anda boleh melayari Facebook Mee Woo Resort melalui pautan ini. Atau ada baiknya jika anda terus bertandang ke lokasi resort atau pusat peranginan ini.

Jangan lupa bawa keluarga anda bersama. Sila tekan butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.

 

Leave a Reply