Menarik di Internet : 10 Benda Yang Pasti Menghilangkan Rasa Bosan Anda

Adakah anda tahu terdapat pelbagai benda yang menarik di internet? Jika anda bosan dengan facebook atau youtube dan ingin mencuba atau mengetahui sesuatu perkara baru berikut merupakan senarai yang boleh anda lakukan.

Sebelum itu pesanan dari penulis : baca artikel ini menggunakan komputer atau laptop untuk user experience yang maksima. Jangan lupa kuatkan volume speaker.

Atasi rasa bosan dengan benda menarik dalam internet

Foto kredit : goodreads.com

1. Google Tricks & Game

Menarik di Internet Google trick
Foto kredit : Google.com

Adakah Google merupakan ‘search engine‘ yang sentiasa serius membantu anda mencari maklumat di internet? Ya? Anda pasti?. Pergi ke laman pencarian Google dan cuba masukkan ayat-ayat di bawa dalam ruangan pencarian Google.

  • Taip “Do a barrel roll” dan tekan search
  • Taip “Askew” dan tekan search
  • Taip “Google Gravity” dan tekan I’m feeling lucky
  • Taip “Zerg rush” dan tekan search. Alien Zerg akan menyerang anda. Musnahkan Zerg dengan menggunakan mouse anda.

2. Google Tricks & Game 2 – Google Mirror

Benda menarik berkenaan google
Foto kredit : elgoog.im

Senarai di atas tidak mencukupi? Cuba Google Mirror. Permainan ular?Gitar?Dalam air? Pastikan anda mencuba setiap satu.

3. Periksa Jangka Hayat (The Death Clock)

The Death Clock
Foto kredit : deathclock.com

Jika anda ingin mengetahui jangka hayat anda, bolehlah mencuba The Death Clock. Menurut empunya laman web tersebut pengiraan jangka hayat dibuat berdasarkan kajian semasa dan sepatutnya dapat memberi anggaran yang tepat.

4. Cuba halaman boredpanda.com

Laman web menarik untuk dilawati
Foto kredit : boredpanda.com

Blog yang mempunyai isi dan gambar yang menarik. Jika anda bosan cuba lawati laman web ini. Penulis yakin anda akan menyukai boredpanda.com. Ya, penulis yakin.

HERE IS TODAY
Foto kredit : hereistoday.com

Tidak ada apa-apa sebenarnya. Tapi jika anda benar-benar bosan laman web seperti inilah yang menghiburkan anda. Ringkas, menarik, hebat dan kreatif. Cubalah here is todayklik, klik dan terus klik.

6. Cabaran : Jangan buat apa-apa dalam 2 minit

halaman menarik untuk anda yang bosan
Foto kredit : www.donothingfor2minutes.com

Cabaran untuk anda. Pergi ke halaman do nothing for 2 minutes dan cuba tenangkan diri anda selama 2 minit tanpa berbuat apa-apa.

Tujuan sebenar pengasas halaman tersebut adalah untuk mengingatkan kita untuk meluangkan masa untuk rehat dari masa ke semasa (sambil mendengar bunyi ombak).

Halaman yang menarik the quiet place project
Foto Kredit : thequietplaceproject.com

Satu lagi halaman menarik yang anda patut lawati – The Quiet Place Project. Penulis tidak dapat memberi komen apa-apa. Hebat dan menyegarkan. Bookmark.

Pasang speaker anda atau earphone/headphone dan enjoy.

8. Melukis

Menarik di internet - melukis
Foto kredit : weavesilk.com

Jangan memandang rendah terhadap aktiviti melukis. Secara trasidionalnya ya, memang melukis bukanlah satu aktiviti yang disukai oleh semua orang.

Namun weavesilk.com membawa aktiviti melukis ini ke satu tahap yang lain. Jika anda inginkan kelainan, cuba weavesilk.com dan bersedialah untuk ‘terleka’.

9. Mesin bola biru

Menarik di internet untuk hilangkan bosan
Foto kredit : haneke.net

Anda perlukan ini. Tutup dahulu facebook anda, tutup dahulu youtube anda dan buka halaman ini – haneke.net.

Selagi anda belum mengikuti kesemua perjalanan ‘bola biru’ jangan tutup. Duduk sebentar, relax dan ikuti pengembaraan ‘bola biru’ tersebut.

10. Ujian kelelakian – The Gay Test

Gay Test

Foto kredit : memecenter.com

Akhirnya, untuk para jejaka – The Gay Test. Anda pasti anda tidak mempunyai ciri-ciri Gay? Cuba ambil ujian The Gay Test The Gay Test ini.

Apa pun keputusan yang anda dapat yang pastinya anda akan terhibur dan hilang sedikit rasa bosan.

Bosan = Malas = Otak tidak berkembang…

Sekarang anda boleh kembali ke facebook anda, whatsapp anda atau apa-apa yang anda ada dan jangan lupa untuk mengongsikan pada kawan-kawan anda. Jangan biarkan mereka bosan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *