Senarai Perfume: 12+ Minyak Wangi Lelaki Kegemaran Jejaka Malaysia 2019

minyak wangi lelaki
  • 108
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    108
    Shares

Mempersembahkan, senarai minyak wangi lelaki paling top 2019 untuk rujukan @ panduan anda!

Mahu beli minyak wangi untuk kesayangan anda?

Untuk kawan lelaki anda?

Ayah, abang, adik dan mungkin BOSS anda?

Atau mungkin anda mahu beli minyak wangi yang terbaik untuk diri sendiri?

Sini kami kongsikan perfume khas untuk lelaki.

Paling best, paling wangi, paling top dan wanginya disukai oleh kaum wanita.

(Pasal harganya, ada murah dan ada juga mahal. Tapi selalunya yang terbaik tu agak mahal sedikit…)

Tapi sebelum itu…

Panduan Mengenal Jenis Minyak wangi

Kenali dahulu jenis-jenis minyak wangi agar anda tahu sebab mahal dan murahnya.

Panduan jenis minyak wangi

Rujuk gambar diatas. Setiap kali memilih minyak wangi jangan lupa lihat jenisnya.

  • Parfum. Kepekatan 20% – 30%, tahan 6-8 jam.
  • Eau de Parfum, EDP. Kepekatan 15% – 20%, tahan 4-5 jam.
  • Eau de Toilette, EDT. Kepekatan 5% – 15%, tahan 2-3 jam.
  • Eau de Colone, EDC. Kepekatan 2% – 4%, tahan sehingga 2 jam.
  • Eau Fraiche. Kepekatan 1% – 3%, tahan sehingga 2 jam.

Mari kita lihat senarainya.

Senarai Minyak Wangi Lelaki (Malaysia)

Nota: Tangga (Kedudukan) dalam senarai tidak memberikan apa-apa maksud dalam post ini. Ia bergantung kepada anda untuk memilih mana satu yang terbaik.

Pesanan: Jika anda memilih untuk beli secara online pastikan anda melihat dahulu review @ komen orang terdahulu dan juga rating penjual.

1 Paco Rabanne 1 Million Prive

paco rabanne 1 million

Ciri-ciri: Semburan maskulin dengan campuran bau cinnamon (kayu manis), blood mandarin (limau) dan juga mint citrus. Matang dan selari dengan mereka yang mengunakan tembakau. Spicy & tobacco.

Jalan pintas: Beli Online

2 La Nuit De L’Homme

la-nuit-de-l-homme-fragrance-e

Ciri-ciri: Kombinasi cardamon, fresh bergamot, lavender dan cedar. Wangiannya mengembalikan semula ingatan kepada kegemilangan masa lampau. Tidak terlalu manis dan menusuk hidung. Bau digemari wanita.

Jalan pintas: Beli Online

3 Salvatore Ferragamo F Black

Salvatore Ferragamo

Ciri-ciri: Wangian maskulin lelaki moden. Campuran bau lavender, pepper, coriandor dan tonka memberikan kesan kelelakian + kemanisan. Disyorkan untuk temujanji pertama.

Jalan pintas: Beli Online

4 Versace Pour Homme

Versace-Pour-Homme-Fragrance-

Ciri-ciri: Segar, bersih dan manis. Diformulakan untuk mencapai keseimbangan agar sesuai untuk semua acara @ keadaaan. Antara perkataan lain yang boleh digunakan adalah citrus, flowery musk, sexy…

Jalan pintas: Beli Online

5 Bleu De Chanel

Bleu De Chanel

Ciri-ciri: Antara komen yang diberikan kepada minyak wangi ini adalah – Classic ladykiller. Sangat maskulin dan segar. Bau yang original (berbeza dari yang lain).

Jalan pintas: Beli Online

6 Thierry Mugler

Thierry Mugler A men

Ciri-ciri: Wangian unik. Tobacco + tar + vanilla + coffee + patchouli+lavender. Wangian ini seolah-olah memberi anda zon kawasan di mana-mana majlis. Amaran – jika anda seorang pemalu dan tidak suka perhatian jangan guna ini.

Jalan pintas: Beli Online

7 Versace ErosVersace Eros

Ciri-ciri: Semangat dan keinginan. Campuran bau Vanilla + Mint + Tonka memberikan kesan maskulin dan dan kemanisan dalam masa yang sama. Sesuai untuk pagi dan malam.

Jalan pintas: Beli Online

8 Dior Sauvage

dior sauvage

Ciri-ciri: Haruman yang sangat baik, kering, sedikit spicy dan moden. Ia boleh digambarkan dengan keadaan seperti tanah lapang yang tiada penghujung dimana udara bertembung dengan bumi…padang pasir? Laut?

Jalan pintas: Beli Online

9 Aqua Di Gio Profumo

Aqua Di Gio Profumo

Ciri-ciri: Harumannya adalah akuatik, woody, dan aromatik. Campuran spices dan citrus disertakan dengan bauan halus geranium + sage + rosemary dan akhirnya ditutup dengan atchouli dan kemenyan. Membawa si penghidu ke jau menjelajah ke Laut Mediterranean.

Jalan pintas: Beli Online

10 Creed Aventus

creed aventus

Ciri-ciri: Bau matang dan maskulin. Campuran bau yang manis, woddy, manis nanas, birch, dan kasturi. Popular di kalangan para pecinta, sesuai untuk temujanji, acara sosial dan sebagainya.

Jalan pintas: Beli Online

11 Phero X Perfume

phero-x

Ciri-ciri: Secara jujurnya saya tidak ada pengalaman menggunakan phero-x. Tapi ia sangat popular. Mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap pasangan?

Jalan pintas: Beli Online

12 Dunhill Desire Red Extreme

dunhill desire extreme

Ciri-ciri: Haruman oranges, bergmut dan saffron. Wangian segar, berkelas dan memberi personaliti unik pada pemakainya.

Jalan pintas: Beli Online

13 Avon Black Suede

avon black suede

Ciri-ciri: Haruman mandarin segar, lavender biru liar dan suede lembut sesuai untuk suasana hujung minggu yang kasual…

Jalan pintas: Beli Online

Minyak wangi kegemaran anda tidak ada dalam senarai? Nyatakan dalam ruangan komen dibawah.

Kongsikan pada rakan anda yang ingin membeli minyak wangi atau ingin membeli hadiah minyak wangi.

Bacaan berkaitan:


  • 108
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    108
    Shares

2 thoughts on “Senarai Perfume: 12+ Minyak Wangi Lelaki Kegemaran Jejaka Malaysia 2019”

Leave a Reply