Top 10 Minyak Wangi Wanita Popular Malaysia [Edisi 2024]

Senarai top list minyak wangi terbaik pilihan wanita!

Senarai ini adalah hasil analisis terperinci untuk minyak wangi wanita / perempuan.

Hanya yang terbaik untuk anda.

Untuk para lelaki, jadikan senarai ini sebagai rujukan, pasti mengena.

Ringkasan dalam post ini:

Sebelum itu, sedikit bacaan tambahan untuk pemahaman (skip ke senarai jika tidak berminat):

Info ringkas minyak wangi

Jika anda berminat, berikut merupakan panduan ringkas untuk anda lebih memahami tentang minyak wangi.

1. Kepekatan minyak wangi: Kepekatan minyak wangi menentukan kekuatan wangi dan juga berapa lama haruman tersebut akan bertahan. Berikut kadar kepekatan yang biasa digunakan:

  • Eau Fraiche: Kepekatan 1-3%, tahan 1 jam
  • After Shave/Mist/Scented Products: Kepekatan 2-4%, tahan 1 jam
  • Eau de Cologne (EDC): Kepekatan 2-4%, tahan 1-2 jam
  • Eau de Toilette (EDT): Kepekatan 4-8%, tahan 2-3 jam
  • Eau de Parfum (EDP): Kepekatan 8-15%, tahan 4-5 jam
  • Pure Parfum (Extrait de Parfum): Kepekatan 15-25%,tahan 6-8 jam, kadang-kadang sehingga 40%, tahan sehingga 24 jam

2. Keluarga wangian / roda wangian: Minyak wangi biasanya dikategorikan ke dalam beberapa keluarga seperti bunga, oriental, kayu dan segar. Pemahaman tentang kategori ini dapat membantu anda mencari haruman yang bersesuaian dengan diri anda.

Berikut ringkasan keluarga wangian untuk pemahaman anda:

  • Bunga (floral): Salah satu daripada keluarga wangian yang biasanya digunakan. Haruman seperti bunga segar yang baru dipotong atau bau bedak. Biasanya digunakan dalam minyak wangi wanita, kadang-kadang pada minyak lelaki juga.
  • Oriental / Ambery: Haruman oriental biasanya hangat, manis, pedas. Ia diperbuat daripada rempah eksotik, resin, kayu dan vanila.
  • Kayu (woody): Wangian kayu atau woody biasanya hangat, menusuk, berat, dengan note kulit kayu, atau tumbuhan lumut dan biasanya digunakan dalam minyak wangi lelaki.
  • Segar (fresh): Haruman segar biasa ringan dan menaikkan mood. Ia terdiri daripad note seperti rumput segar yang baru dipotong, daun, herba, limau atau aroma lain yang ringan dan segar.

Setiap keluarga wangian ini dipecahkan lagi kepada keluarga kecil. Sila rujuk gambar dibawah:

roda haruman
Roda wangian / keluarga wangian.

Dan perlu anda tahu juga berkenaan dengan minyak wangi biasanya dibuat berdasarkan 3 level ini:

  • Top Notes – Wangi yang keluar sebaik sahaja kita sembur minyak wangi. Sebagai impression awal. Ianya bertahan 5-15 minit sahaja.
  • Middle Notes – Selepas top notes habis barulah wangian middle notes jelas baunya. Bertahan sehingga 60 minit.
  • Base Notes – Bau wangi yang selalu melekat hingga ke malam, melekat dekat baju (bergantung pada kepekatan).

Cukup untuk info ringkas tentang minyak wangi, kita lihat apakah minyak wangi wanita yang popular terkini.

Senarai Pilihan Minyak Wangi Wanita

Lihat senarai ini dan pilih yang terbaik untuk anda. Semoga senarai ini bermanfaat!

1 Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540


minyak wangi wanita popular terbaik Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi wanita yang paling diminati, paling dikehendaki setakat ini kerana keunikannya.

Minyak wangi ini digambarkan sebagai haruman hangat, menggoda, seperti selimut kashmir yang menyelubungi badan. Harumannya adalah kombinasi unik melur, safron, kayu sedar dan ambergris.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Woody
  • Top notes: Jasmine, saffron
  • Heart notes: Amberwood, ambergris
  • Base notes: Fir resin, cedar

2 Yves Saint Laurent Black Opium

Black Opium Minyak wangi wanita

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi yang digambarkan sebagai haruman kota, suasana malam dan meriah. Sesuai untuk penggunaan pada waktu malam dengan haruman bunga, kopi, seri dan sensual. Haruman adalah campuran kopi, vanila dan bunga putih.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Bunga
  • Top notes: Pink pepper, orange blossom
  • Heart notes: Jasmine, coffee
  • Base notes: Vanilla, patchouli, cedarwood

3 Chanel Coco Mademoiselle

Chanel Coco Mademoiselle

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi ini digambarkan sebagai bau amber yang bergemerlapan, muda dan berani. Ia kuat tetapi segar. Bebas, menarik, riang, sedikit nakal dan menggoda adalah antara perkataan yang mengambarkan minyak wangi ini.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Bunga hangat
  • Top notes: Orange, bergamot, grapefruit
  • Heart notes: Lychee, rose, Italian jasmine
  • Base notes: Indonesian patchouli, Haitian vetiver, bourbon vanilla, white musk

4 Ellis Brooklyn Super Amber

Ellis Brooklyn Super Amber minyak wangi wanita terbaik

Minyak wangi ini digambarkan sebagai bau yang selesa, hangat, menggoda. Mengambarkan kontras sensual antara kegelapan dan juga cahaya. Berbeza dengan minyak wangi lain, minyak wangi ini tidak mempunyai top, middle atau base note, tetapi akan mengeluarkan bau yang unik apabila bersentuhan dengan kulit badan anda.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Woody
  • Top notes: Bergamot, black pepper
  • Heart notes: Amber, vanilla orchid, Virginia cedarwood, musk

5 Guerlain Mon Guerlain

Guerlain Mon Guerlain

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak mangi ini digambarkan sebagai tribute kepada wanita moden yang diilhamkan oleh Angelina Jolie. Harumannya hangat dan pedas dengan nota lavendar, vanila dan patchouli.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Hangat, pedas
  • Top notes: Lavender, bergamot
  • Heart notes: Jasmine sambac, iris, rose
  • Base notes: Vanilla, sandalwood, coumarin, benzoin, licorice, patchouli

6 Viktor & Rolf Flowerbomb

minyak wangi wanita viktor flowerbomb

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi ini digambarkan sebagai letusan haruman bunga. Bermula dengan haruman halus bergamot dan juga mandarin, kemudian melur, freesia, mawar, contifolia dan osmanthus kemudiannya dilengkapi dengan nota amber, kayu patchouli, vanila dan praline. Kesemuanya bergabung menjadi haruman bunga yang sangat menggoda.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Bunga
  • Top notes: Tea, bergamot, osmanthus
  • Heart notes: Orchid, jasmine, rose, freesia, African orange flower
  • Base notes: Patchouli, musk, vanilla

7 Tom Ford Black Orchid

Tom Ford minyak wangi terbaik untuk wanita

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi yang berasaskan bunga amber, patchouli dan sedikit woody. Harumannya manis, semulajadi, hangat, pedas dengan sentuhan coklat mexico dan truffle. Digambarkan sebagai wangian mewah dan sensual.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian:Limau, buah, earth, woody, hangat, pedas
  • Top notes: Jasmine, gardenia, blackcurrant, lemon, bergamot, mandarin
  • Heart notes: Orchid, spicy notes, fruity notes, lotus
  • Base notes: Vetiver, patchouli, sandalwood, incense, amber, chocolate, vanilla

8 Ariana Grande

Ariana Grande perfume

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi ini digambarkan sebagai campuran nota manis yang mengembirakan yang digabungkan dengan buah-buahan, bunga-bungaan eksotik dan musk untuk mencipta aura positif.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Bunga, buah
  • Top notes: Pear, lavender
  • Heart notes: Crème de coconut, praline
  • Base notes: Musk, woods

9 Lancome La Vie Est Belle

Lancome La Vie Est Belle

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi ini digambarkan sebagai bau Perancis dengan wangian bunga, buah-buahan, wangian hangat dan pedas. Simbol permulaan baru dan menggambarkan kegembiraan.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Bunga
  • Top notes – Black Currant dan Pear
  • Middle notes – Iris, Jasmine dan Orange Blossom
  • Base notes – Praline, Vanilla, Patchouli dan Tonka Bean

10 Chanel N°5

chanel no 5 minyak wangi terbaik dan popular

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Minyak wangi ini digambarkan sebagai intipati utama kewanitaan. Dengan aroma bunga aldehyde yang dikatakan sebagai ‘minyak wangi wanita, bau wanita’.

Ciri-ciri haruman:

  • Keluarga wangian: Bunga aldehyde
  • Top notes: Aldehydes, ylang-ylang, neroli, bergamot, lemon
  • Heart notes: Iris, jasmine, rose, orris root, lily of the valley
  • Base notes: Civet, sandalwood, amber, musk, moss, vetiver, vanilla, patchouli

Kongsikan jika post ini membantu anda!

Leave a Reply