Lengkap dan Mudah : Cara Membuat Blog atau Website Sendiri

Jika anda bercadang untuk memiliki blog atau website atas domain sendiri, cara membuat blog ini khas untuk anda. Langkah-langkah yang diterangkan disini akan membawa anda daripada kosong sehinggalah blog atau website anda online.

cara membuat blog
Foto kredit : blogtutorial.org

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum bermula

Sebelum anda bermula, pastikan anda sudah bersedia untuk setiap perkara yang disenaraikan dibawah.

  • Budget untuk blog anda
  • Tajuk blog
  • Domain blog
  • Server untuk hosting blog
  • Platform untuk blog

Budget untuk blog anda

Jika anda benar-benar serius untuk mempunyai blog atas domain sendiri, anda perlu budget. Berikut merupakan anggaran budget yang anda perlukan untuk membuat blog berdasarkan harga terbaik ditawarkan dipasaran oleh iviperhost.com.

Untuk pengetahuan anda iviperhost.com juga dikenali sebagai shiftserver.com.

Pakej starter

  • Domain = RM40 setahun
  • Server = RM6 sebulan (untuk pilihan ini anda perlu membayar penuh untuk 6 bulan, RM6 x 6 bulan = RM36)
  • Jumlah keseluruhan = RM76
  • Kelebihan : murah untuk jangka masa panjang. Bayaran untuk server setiap 6 bulan

Atau anda boleh memilih,

Pakej Basic

  • Domain = RM40 setahun
  • Server = RM15 sebulan
  • Jumlah keseluruhan = RM55
  • Kelebihan : Murah untuk bulan pertama. Bayaran untuk server setiap bulan RM15.

Untuk keterangan lebih lanjut kedua-dua pakej ini sila dapatkan maklumat di iviperhost.com.

Tips : Cara mendapatkan bayaran murah untuk kali pertama. Daftar pakej basic untuk mendapatkan bayaran RM55. Selepas beberapa hari downgrade pakej anda ke starter.

Kelebihan iviperhost.com adalah ia merupakan syarikat Malaysia. Anda tidak perlu bimbang tentang urusan pembayaran ataupun sebarang bantuan teknikal.

Tajuk blog – Tajuk besar blog anda

Pilih tajuk blog yang dapat memberi gambaran awal blog anda. Contohnya blog yang bertajuk ‘Masakan Nenek Moyang’ menggambarkan blog yang berkisar tentang masakan tradisional.

Pilih tajuk yang mengandungi perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan harian kita. Contohnya ‘Masakan Tradisi Malaysia’ adalah lebih sesuai daripada “Masakan Nenek Moyang’. Perkara ini penting jika anda bercadang untuk menjana pendapatan sampingan daripada blog anda.

Sebaiknya pilihlah topik yang benar-benar anda minati atau dalam bidang kepakaran anda. Ini akan membuatkan anda lebih seronok untuk blogging, penulisan anda lebih menarik dan anda tidak berhenti ditengah jalan.

Domain blog

Contoh domain adalah seperti www.infosantai.com, www.masakantradisi.com, www.resepitradisi.com dan sebagainya.

Senaraikan sebanyak mana mungkin domain yang terlintas difikiran anda kerana tidak semua domain yang and inginkan boleh digunakan. Mungkin domain yang anda pilih sudah diambil terlebih dahulu oleh orang lain.

Contoh domain yang baik adalah domain yang singkat dan menggunakan perkataan yang diketahui ramai seperti www.resepi.com. Tetapi selalunya domain seperti ini sudah diambil terlebih dahulu oleh orang lain.

Jangan bimbang anda masih boleh mencuba. Simpan senarai tersebut untuk keggunaan di bahagian seterusnya.

Server untuk hosting blog anda

Anda perlukan server untuk blog anda online setiap masa. Infosantai.com menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh iviperhost.com.

Syarikat ini berada di Malaysia, harga yang berpatutan (murah), bantuan teknikal yang pantas, urusan pembayaran yang mudah dan kualiti perkhidmatan yang setanding dengan syarikat-syarikat yang lain.

Platform untuk blog

Penulis menggunakan dan mensyorkan platform wordpress. Senang digunakan, tidak memerlukan kemahiran dalam ‘Coding‘ (jika anda mahir ianya satu kelebihan), banyak ‘theme‘ percuma yang ditawarkan, dan banyak ‘plugin‘ yang membolehkan anda membuat variasi dalam blog anda nanti.

Jika anda sudah bersedia untuk setiap perkara yang dinyatakan diatas teruskan membaca.

Langkah-langkah mendaftarkan domain dan memilih server hosting

Cara membuat blog ini dibuat menggunakan hosting company yang digunakan oleh infosantai.com iaitu iviperhost.com. Jika pembaca ingin atau mahu menggunakan hosting company yang lain mungkin terdapat sedikit perbezaan. Namun begitu, penulis yakin secara umum konsepnya hampir sama.

Kita akan bermula dengan pendaftaran domain, pemilihan pakej hosting server, pembayaran, tunggu pengaktifan, install platform wordpress dan akhirnya mula membuat post atau blogging.

Pendaftaran domain & Server

Pendaftaran domain selalunya dibuat terus bersama-sama pendaftaran server.

Untuk mendaftar pergi ke laman utama iviperhost.com. Terdapat 3 pakej pilihan iaitu Starter, Basic dan Enterprise seperti yang ditunjukkan dibawah.

infosantai cara mendaftar blog di shiftserver

Contohnya anda mengambil keputusan untuk memilih pakej starter, klik bahagian ‘More‘.

Ini akan membawa anda ke halaman baru yang mana hampir serupa dengan halaman utama tadi. Turun ke bawah kepada bahagian seperti yang dipaparkan dalam gambar dibawah.

Pedaftaran hosting server di shiftserver infosantai

Dalam pakej starter, klik bahagian ‘Order‘.  Halaman baru untuk pendaftaran domain akan dipaparkan.

Taip masuk domain anda. Masukkan bahagian tengah domain pilihan anda sahaja. Contohnya untuk domain www.masakantradisi.com, masukkan ‘masakantradisi’ sahaja.

Bahagian hadapan domain akan secara automatik ditambah masuk. Bahagian akhir domain boleh dipilih menggunakan aplikasi ‘drop down’ pada panel pendaftaran domain tersebut.

klik butang ‘check’. Jika anda sudah menyediakan senarai terlebih dahulu anda tidak akan membuang masa pada bahagian ini. Sistem akan memberi infomasi sama ada domain anda masi boleh digunakan atau tidak.

Berikut merupakan contoh pendaftaran gagal.

shiftserver pendaftaran domain gagal

Berikut merupakan contoh pendaftaran berjaya.

shiftserver pendaftaran domain lulus

Harga domain semasa yang ditawarkan oleh iviperhost.com adalah RM40 untuk setahun. Tekan butang ‘continue’ untuk meneruskan kebahagian seterusnya.

Bahagian seterusnya memaparkan pilihan untuk tujuan pembayaran (6 bulan sekali atau setahun sekali) dan juga perkhidmatan tambahan yang ditawarkan. Pilih cara pembayaran anda.

Jika anda berminat dengan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan anda boleh ‘tick’ mana-mana yang patut. jika tidak biarkan sahaja.

Tekan butang ‘continue’ untuk teruskan.

Halaman yang berikutnya juga memaparkan perkhidmatan lain yang ditawarkan. ‘Tick’ mana-mana perkhidmatan yang percuma. Anda boleh juga memilih untuk membayar RM12.00 untuk tujuan perlindungan email anda daripada spam.

Tekan butang ‘continue’ untuk teruskan.

Bahagian seterusnya memaparkan ringkasan sebelum anda membayar. Sila pastikan semuanya betul sebelum anda menekan butang ‘Checkout‘.

ringkasan order shiftserver

Jika anda ada promotion code, anda boleh masukkan dalam ruangan ‘Promo code’ untuk mendapat potongan harga. Untuk promosi anda boleh memeriksa facebook shiftserver ataupun ruangan promotion dalam website mereka

Pendaftaran akaun dan pembayaran

Selepas anda menekan butang ‘checkout’ anda akan dibawa ke halaman pendaftaran. Isi semua butir-butir diri anda.

Pendaftaran ini membolehkan anda mempunyai akaun di shiftserver client area. Untuk mengakses akaun anda nanti, anda perlu ingat username anda adalah email yang anda daftarkan. Password adalah password yang anda masukkan dalam ruangan pendaftaran.

Terdapat 3 pilihan cara pembayaran iaitu melalui:

  • MEPS-PFX (CIMB/MAYBANK)
  • Bank transfer
  • Paypal

Untuk pembayaran secara MEPS-PFX dan paypal, pengesahan akan dilakukan secara automatik. Untuk pembayaran secara bank transfer anda perlu mengirimkan maklumat seperti invoice number, bank receipt, reference number melalui email kepada [email protected]

Pihak shiftserver akan mengesahkan pembayaran anda dengan menghantar email kepada anda.

Pengaktifan domain dan hosting server anda.

Hosting server aktif sejurus selepas anda menerima email daripada pihak shiftserver.

Untuk pengaktifan domain, anda perlu menunggu lebih kurang 24 jam atau kurang untuk diaktifkan. Ini kerana pendaftaran domain melibatkan pihak lain.

Pengalaman penulis, pendaftaran yang dibuat pada sebelah malam akan aktif pada keesokan harinya. Jika lebih daripada 24 jam sila hubungi pihak shiftserver.

Install wordpress melalui Cpanel

Selepas domain anda aktif, langkah seterusnya ialah install wordpress dalam server anda melalui cpanel.

Untuk mengakses cpanel anda, anda perlu masuk ke dalam akaun shiftserver anda. Login melalui shiftserver client area.

Setelah anda masuk ke dalam akaun shiftserver anda, pada menu bahagian atas klik Services>My Services> dan klik nama service.

Anda akan dibawah kehalaman baru. Klik ‘Login to cpanel‘ yang terdapat pada sebelah kiri halaman tersebut.

cara mengakses cpanel shiftserver

Dalam cpanel pergi kebahagian ‘Softaculous Apps Intaller‘ yang terletak pada bahagian bawah sekali.  Dan klik pada wordpress.

install wordpress melalui cpanel

Halaman baru akan muncul. Pada bahagian menu atas, klik ‘install’ untuk membawa anda ke ruangan ‘install’. Isi ruangan yang disediakan dengan maklumat anda.

Penting ! : Pada bahagian ‘In Directory’ (ruangan teratas selepas ‘choose domain’), biarkan kosong atau taip dir. Jika ruangan tersebut secara asalnya tertulis ‘wp’, padam atau gantikan dengan dir. Ini untuk memastikan wordpress di install pada domain anda tanpa ada apa-apa tambahan.

Catatkan username dan password anda. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat yang di isi tekan butang ‘Install’ pada bahagian bawah dan tunggu sehingga prosess installation selesai.

Login blog anda untuk kali pertama

Taip domain anda pada ruangan alamat browser anda (contohnya www.masakantradisi.com) dan tekan enter. Blog anda sepatutnya akan terpapar keluar.

Untuk mula mengedit atau menulis post, anda hanya perlu login masuk menggunakan username dan password yang anda daftarkan sewaktu install wordpress tadi.

Alternatifnya, jika anda tidak menjumpai butang login, anda boleh memasukkan halaman login secara manual menggunakan alamat ini: www.domainanda.com/wp-login.php.

Sepatah dua kata bagi blogger baru

Pilihlah tajuk blog yang benar-benar anda minati. Baik untuk anda untuk jangka masa panjang. Isi kandungan blog anda adalah segalanya, jikalau isi kandungan berguna dan menarik secara automatiknya ia akan menarik pembaca.

Jika artikel ini bermanfaat dan membantu anda, kongsikan dengan rakan anda melalui butang perkongsian.

(Foto kredit :www.iviperhost.com, panel.shiftserver.com)

One thought on “Lengkap dan Mudah : Cara Membuat Blog atau Website Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *