15 Petua Hilangkan Gegata Pada Badan 2023

Anda mengalami masalah gegata ?

mungkin 15 petua hilangkan gegata ini berguna untuk anda.

Melihat pada gambar diatas, pasti kita pernah mengalami masalah ini.

Jika bukan kita, mungkin ahli keluarga, isteri dan anak kita.

Biasanya masalah timbulnya gegata pada badan boleh terjadi kepada semua orang tanpa mengira umur, jantina dan bangsa.

Ada baiknya kita mengenalpasti punca gegata terlebih dahulu sebelum mempelajari petua hilangkan gegata pada badan.

Punca Gegata

Urticaria atau lebih dikenali sebagai gegata merupakan ruam yang sangat gatal, perit dan membengkak (saiz yang berbeza) yang timbul di mana-mana  bahagian badan secara tiba-tiba.

Gegata berlaku bila ada satu bahan kimia dalam badan kita yang disebut sebagai histamine telah dibebaskan dalam darah.

Histamine tadi menjadikan salur darah menjadi kembang dan mengakibatkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan menjadi sangat gatal.

Selain itu, gegata juga disebabkan oleh alahan. Sebagai contoh, alergik dengan ubat terutamanya ubat tahan sakit dan antibiotik.

Alergik dengan sesetengah jenis makanan terutamanya kacang, seafood (terutamanya udang), telur juga merupakan punca gegata.

Boleh jadi juga gegata disebabkan oleh gigitan, sengatan serangga.

Jenis-jenis Gegata

1. Gegata akut

  • Biasanya didapati pada bayi-bayi dan kanak-kanak (dan juga dewasa)
  • Berlaku semasa mereka sedang mendapat jangkitan virus ataupun alahan makanan seperti susu lembu, telur dan kacang tanah.

2. Gegata kronik.

  • Melebihi enam minggu.
  • Boleh berlaku secara spontan (tiada pencetus).
  • Alahan cuaca panas, sejuk, tekanan pada kulit, makanan atau ubat (termasuk ubat tradisional)

Cara Hilangkan Gegata

Berikut merupakan petua hilangkan gegata yang mungkin boleh atasi masalah anda atau dalam kalangan ahli keluarga, rakan anda.

1Garam

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Jenis garam adalah bebas; Garam makan, garam kasar, garam bukit, garam laut, garam Epsom.

Caranya ialah, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi.

Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Kaedah seterusnya ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.

Garam terbaik ialah garam bukit.

Anda boleh medapatkan garam bukit terbaik dibawah RM10 untuk 2kg.

2Kunyit

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Kaedah menggunakan kunyit hidup boleh mengatasi masalah gegata dengan kadar yang cepat.

kaedahnya ialah:

  • ambil dalam seinci kunyit (sekali dengan kulit).
  • tumbuk sehingga lumat dan hancur.
  • Gunakan lesung batu yang bersih.
  • Kemudian, sapu di tempat yang gatal atau terkena gegata.

3Cuka Epal

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Anda disarankan menggunakan cuka epal yang tidak ditapis, tulen atau dengan kata lain tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain.

Caranya ialah:

  • campurkan 1 penutup cuka epal dengan satu gayung air suam.
  • Kemudian jadikan campuran ini sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
  • Tidak perlu dibilas dengan air biasa

Kaedah seterusnya juga boleh digunakan, iaitu sapukan campuran air tadi pada kulit yang gatal dan biarkannya kering sendiri.

4Bedak Sejuk & Garam Bukit

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Cara-caranya ialah, ambil sesudu bedak sejuk dengan sesudu garam.

Campurkan sedikit air ke dalam bedak sejuk dengan garam tersebut.

Pastikan campuran bedak sejuk, garam dan air adalah sesuai, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari bagi memudahkan ianya melekat pada kulit.

Sapukan pada tempat yang gatal.

5Lengkuas

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Lengkuas juga merupakan salah satu cara dan petua hilangkan masalah gegata.

Lengkuas boleh diperolehi di pasar-pasar tempatan.

Caranya ialah, bersihkan lengkuas terlebih dahulu, potong lengkuas yang telah dibersihkan.

Kelas ataupun guris-guriskan dengan pisau pada permukaan lengkuas yang dipotong.

Gosok lengkuas itu pada tempat yang gatal.

Sekiranya air lengkuas sudah kering dan tidak mencukupi untuk disapu pada kawasan gegata lain, potong dan kelas lagi lengkuas itu dan gosok lagi pada bahagian yang gatal.

Mungkin petua ini berkesan hilangkan masalah gegata anda!

6Krim Beras

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Jenama tepung beras adalah bebas.

Campurkan tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung sehinggalah menjadi doh. Golekkan tepung beras pada kulit yang terkena gegata.

Atau gunakan krim white rice berikut.

Merupakan 100% ekstrak beras dan sangat berkesan untuk melegakan masalah ini disamping menjadikan kulit anda licin, cantik & lembut.

7Bawang Merah

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Menurut info yang dikongsi oleh ubatpenyakitkulit, bawang merah juga boleh menghilangkan gegata.

Caranya sangat mudah iaitu, kupas dan tumbuk bawang merah sehingga lembut, sapukan di seluruh badan yang terkena gegata.

Kaedah ini dilakukan selepas mandi setiap hari dan akan sembuh dalam masa seminggu.

8Losyen@Krim Calamine

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Kaedah seterusnya ialah dengan menggunakan losyen Calamine.

Losyen ini mudah didapati di mana-mana farmasi tempatan.

Hanya sapukan losyen atau krim di tempat yang terkena gegata.

9Suntikan & Ubat Anti Histamine

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Berjumpa doktor merupakan petua yang terakhir jika gegata semakin teruk.

Biasanya doktor akan memberikan suntikan atau ubat Anti Histamine.

  • Pemberian ubat Antihistamin (zyrtec/aerius) secara konsisten.
  • Antihistamin adalah sejenis ubat yang akan menyingkirkan histamin berlebihan yang dihasilkan oleh antibodi IgE.
  • Ubat ini haruslah diambil dua atau tiga kali sehari, bukannya hanya bila gegata muncul.
  • Ini kerana ubatan antihistamin memerlukan masa untuk menunjukkan kesan.
  • Keberkesanan ubat antihistamin boleh dilihat apabila gegata mengecil atau hilang dengan lebih cepat.
  • Kadangkala memang ambil masa sampai 5 hari hingga seminggu untuk hilang sepenuhnya.
  • Jika antihistamin tidak memberikan kesan, ubat khas untuk menyekat antibodi IgE akan diberi.
  • Tetapi ia memerlukan preskripsi dan pemantauan daripada pakar kulit.
  • Sekiranya gegata tidak sembuh, maka doktor akan merujuk anda ke pakar kulit.

10Bawang Putih & Minyak Masak

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Ini pula perkongsian daripada Nadhirah Sahril  di blog ellyinwonderland. Ikuti perkongsian beliau:

“Ambil bawang putih, ambil dua sudu minyak, kupas kulit bawang putih, potong sikit hujung bawang putih tu cicah dekat minyak tu lepas tu gosok dekat tempat gatal.

Bila rasa getah bawang putih tu dah x de potong lagi cicah lagi and gosok kat tempat yang gatal.

Ulang je step ni, ada doktor herba ajar fmily kami masa satu family kena gatal2. Kena rajin buat, getah kat bawang putih tu menolong”

11Minum Air Kelapa

Ini pula perkongsian daripada Syariena Blueberrina pula:

sy pengidap gegata tegar dr kecik smpai umo sy belasan thn. Nangis woooo kena gegata sbb kena serang smpai lidah. Ada skali tu smpai kt ehem.

Bntuk kepala sy ni rasanya dh bkn bntuk bulat sbb gegata tu naik memula kecik2 lepas bbrapa minit jadi beso2.. ya allah kalau ingat blk mmg meremang bulu roma.

1 hari tu bpk sedara sy bg minum air kelapa byk2. Kiranya 1 gelas jumbo tu skali minum. Dua kali sehari kalau x silap. Minum tiap2 hari.

Dia ckp panas dlm tu sbb naik gegata tu. Skrg anak sy pun ada gk kekdg naik gegata. Mmg sy akan bg minum air kelapa je lah senang cite. Alhamdulillah .. blh la cuba”

12Sapu Minyak Panas

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Perkongsian daripada Azhariyah Ishak pula:

saya slalu gak kena gegata nie.. gegata nie mmg gatal.. tapi once dah garu pastu garu tmpt lain mmg ada berjangkit kt tempat lain.. mcm saya saya sapu minyak panas.. mmg time menrenyam je gatal tu… saya biarkan je.. esok bgn pagi dah kempis.. mcm tu je la saya buat kalu dtg gegata… tapi jgn garu ye kak elly.. nanti merebak kt tempat lain plak

13Mandi Kolam Air Panas

Perkongsian dari follower blog ellyinwonderland:

“husband saya pernah kena dulu.. sampai malam tak boleh tido guna ubat doktor pun macam melegakan kejap je.. so solution dia bawak dia pegi mandi kat kolam air panas siap semua baju dia pun rendam dalam baldi dengan air kat kolam tu
after 2-3 days alhamdullilah settle masaalah.. saya bawak waktu tu kat kolam air panas selayang.. malam2 cubala insyaallah.. ok”

14Witch Hazel

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Menurut healthline.com, Witch Hazel merupakan produk bahan semulajadi yang sangat berkesan petua dalam mengatasi atau hilangkan masalah gegata @ urticaria.

Hanya sapukan ekstrak witch hazel ke permukaan kulit yang terkesan.

15Aloe Vera

lidah buaya ubat jerawat

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Potong daun aloe vera, kemudian sapukan di tempat yang gatal.

Ulangi langkah ini 2 kali sehari.

Atau lebih mudah jika anda menggunakan gel Aloe Vera asli sahaja.

16Balm Semambu

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Balm semambu ini dirumus khas untuk merawat masalah gegata.

Jika ada antara ahli keluarga anda mengalami masalah utricaria atau gegata, maka anda perlu mendapatkan produk khas berasaskan semambu ini.

Siapa tahu mungkin masalah gegata anda akan berakhir?

Anda mengalami masalah yang sama?

Kongsikan pengalaman anda dalam ruangan komen!

Petua hilangkan gegata yang anda kongsikan mungkin sangat berguna kepada pembaca lain.

Leave a Reply