Pokemon GO : 9 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

Jika anda juga salah satu daripada peminat Pokemon GO anda perlu tahu beberapa perkara ini untuk menambah pengetahuan anda dan mungkin membantu anda dalam permainan Pokemon GO.

Pokemon GO Malaysia

Foto kredit : pokemongo.com

1. Pikachu sebagai Pokemon pertama anda

Adakah anda tahu anda boleh mendapatkan Pikachu sebagai Pokemon pertama anda? Sewaktu anda membuka permainan Pokemon untuk kali pertama anda diberi 3 pilihan Pokemon sebagai Pokemon pertama anda. Permainan ini tidak memberi tahu anda bahawa anda sebenarnya mempunyai 4 pilihan. Pilihan ke-4 adalah : Pikachu.

Pikachu

Bagaimana untuk mendapatkan Pikachu? Jika anda perhatikan, terdapat bulatan berkelip-kelip pada character anda. Bulatan tersebut adalah radar. Isyarat kewujudan Pokemon hanya akan aktif jika Pokemon tersebut berada dalam radar anda.

Beredar dari tempat anda berdiri sehingga 3 pilihan Pokemon tersebut hilang dari kawasan radar anda. Pokemon tersebut akan muncul semula. Pindah lagi ke tempat lain. Setelah anda melakukan aktiviti ini 4-5 kali, Pokemon tersebut akan muncul bersama-sama dengan Pikachu.

Anda sudah memilih Pokemon yang lain sebelum membaca infomasi ini? Jangan bimbang, saya juga telah melakukan perkara yang sama. Sila baca bahagian seterusnya untuk perkara ini.

2. Bagaimana untuk memiliki lebih daripada satu akaun Pokemon GO

Jika anda seperti saya yang mahu bermula semula dengan lebih teratur anda boleh melakukannya dengan mudah dengan syarat anda tidak menyalahgunakan teknik ini untuk tujuan lain.

Jika anda login ke dalam Pokemon GO menggunakan akaun gmail, anda hanya perlu membuat satu akaun gmail baru atau gunakan akaun gmail anda yang lain jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun gmail.

Pergi kebahagian setting handphone anda, pada bahagian account anda boleh add account gmail anda. Restart handphone anda dan masuk semula ke Pokemon GO. Sign-in melalui akaun gmail dan pilihan untuk memilih akaun gmail akan keluar. Pilih akaun baru anda dan anda siap untuk bermula semula.

Satu lagi cara untuk sign-out daripada permainan ini untuk tujuan menukar akaun adalah, sewaktu dalam Pokemon GO, klik pada bola Pokemon (juga sebagai menu button), klik setting, scroll ke bawa sehingga anda jumpa pilihan Sign Out.

3. Teknik menggunakan PokeBall

Ketika Pokemon muncul dalam radar anda, klik pada ikon Pokemon tersebut dan skrin untuk menangkap Pokemon akan muncul.

Ketika anda menekan atau menyentuh bola (PokeBall) terdapat satu bulatan berwarna pada Pokemon yang akan membesar dan mengecil. Peratus kejayaan anda untuk menangkap Pokemon adalahh paling tinggi ketika bulatan berwarna tersebut menjadi kecil.

Maksud warna bulatan tersebut : Hijau – mudah ditangkap, oren – mencabar, dan merah – sangat susah.

4. Teknik lontaran curveball untuk bonus XP sewaktu menangkap Pokemon

Untuk mendapatkan sebanyak mungkin XP dari setiap tangkapan Pokemon, anda perlu mahir teknik lontaran curveball ini.

Teknik yang biasa anda buat untuk mendapatkan status ‘Great’ atau ‘Excellent’ adalah dengan melontar bola Pokemon ketika bulatan berwarna mencapai saiz terkecil.

Untuk lontaran curveball anda perlu:

  • Tekan dan tahan bola Pokemon, tarik bola dalam bentuk bulatan (pusingkan bola tersebut) sehingga bola kelihatan bola tersebut mengeluarkan percikan.
  • Lontar bola tersebut melawan arah pusingan tadi. Contohnya jika anda mutarkan bola kearah kanan, lontar kearah kiri. Bola akan melencong dan anda akan mendapat bonus XP.

Bonus XP akan membantu anda untuk level-up.

5. Permainan Pokemon Go digalakkan dalam pasukan

Anda perlu tahu bahawa terdapat kelebihan jika anda bermain Pokemon GO dalam pasukan. Jika seseorang dalam pasukan anda menjumpai Pokemon di suatu kawasan, orang lain yang berada di kawasan tersebut juga dapat melihat Pokemon tersebut dan masing-masing dapat menangkap Pokemon tersebut. Maksudnya, untuk Pokemon yang sama, lebih daripada satu orang boleh menangkapnya.

Jika anda menggunakan Lure modules pada suatu kawasan, seperti pada kawasan PokeStop, semua orang yang mengunjungi kawasan tersebut juga akan mengalami kesan yang sama.

Bermain dalam pasukan juga adalah lebih selamat.

6. Fahami peta Pokemon GO disekitar anda

Perkara seterusnya yang anda perlu ketahui ialah kedudukan PokeStop dan juga gym di sekitar anda. Untuk mengetahui lokasi ini anda boleh berkunjung ke pokemongomap.info.

Pokemon GO Map Sabah

Foto kredit : pokemongomap.info

Anda boleh merancang perjalanan anda ke tempat-tempat ini mengikut susunan untuk tujuan mendapatkan barang-barang seperti PokeBall. Untuk pengetahuan anda PokeStop akan reset setiap pada setiap 5 minit. Maksudnya setiap 5 minit anda boleh mengunjungi tempat ini.

Jika di sekitar kawasan anda terdapat 5 PokeStop dan masa yang diambil untuk menghabiskan semua PokeStop tersebut lebih daripada 5 minit, selepas PokeStop yang terakhir anda boleh mengunjungi semula PokeStop yang pertama tadi.

Secara purata (tidak termasuk barang-barang lain), anda boleh mendapatkan kira-kira 3 PokeBall daripada satu PokeStop. Jika di kawasan anda terdapat 5 PokeStop dan anda mengambil masa 5 minit untuk mengunjungi semua PokeStop tersebut dalam satu masa, dalam satu jam anda boleh mendapatkan 180 PokeBall.

Cara menggunakan PokeStop : Zoom in, tekan dan pusing PokeStop tersebut.

7. Tangkap sebanyak mana Pokemon yang anda dapat

Sasaran anda adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin Candy dan Stardust untuk level-up atau evolusi jenis Pokemon yang sama. Pada masa yang sama anda juga mendapat XP untuk character anda.

Anda tidak perlu bimbang kehabisan PokeBall. Jika anda membaca bahagian di atas “Fahami peta Pokemon GO disekitar anda” anda hanya perlu rancang satu masa untuk tujuan mengumpul PokeBall daripada PokeStop.

8. Anda boleh memilih evolusi Eevee anda

Eevee adalah Pokemon yang mana boleh boleh menjadi jenis api, air, dan elektrik. Khabar baiknya,  anda boleh memilih evolusi Eevee anda untuk menjadi jenis Pokemon yang anda mahu.

evolusi eevee pokemon GO

Caranya adalah dengan menamakan semula Eevee anda sebagai berikut. Sparky untuk elektrik, Pyro untuk api dan Rainer untuk air. Anda perlu menamakan semula Eevee and kemudian restart semula Pokemon GO anda untuk memastikan nama tersebut telah disimpan dalam server.

9. Anda perlu Power Bank

Jika anda sudah berkecimpung untuk seketika dalam permainan ini anda pasti tahu akan perkara ini. Pokemon GO akan menghabiskan bateri handphone anda dalam masa yang singkat. Untuk itu pastikan anda membawa power bank bersama-sama dengan anda.

Beberapa cara lain yang anda boleh lakukan adalah dengan mengurangkan brightness dan bunyi handphone anda atau letak dalam mod gegar.

Jika infomasi ini membantu anda, kongsikan dengan rakan-rakan. Anda boleh berbuat demikian dengan menekan butang share. Jika anda mempunyai teknik-teknik tersembunyi lain yang anda ingin kongsikan, nyatakan dalam ruangan komen dibawa.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *