Servis Pengiklanan untuk Syarikat Pembinaan Rumah IBS 2018!

Kami menawarkan servis pengiklanan untuk Syarikat Pembinaan Rumah IBS dengan kos serendah RM50.

servis pengiklanan untuk syarikat pembinaan rumah ibs

Salam sejahtera.

Jika syarikat anda menyediakan perkhidmatan membina rumah IBS, tawaran ini untuk anda.

Bermula Mac 2018, pihak infosantai ingin memaklumkan bahawa kami kini membuka jualan untuk Ruang Pengiklanan Istimewa di salah satu post kami iaitu: Rumah IBS: Bina Rumah Idaman Dengan Kos Serendah RM80K.

Ruangan iklan tersebut terletak pada bahagian “Senarai Syarikat Pembinaan Rumah IBS” yang mana berfungsi sebagai penghubung antara klien yang berminat dengan rumah IBS dengan syarikat anda.

Jika anda mahu:

  • Memajukan bisnes bina rumah anda.
  • Mendapat lebih banyak permintaan pembinaan rumah.
  • Menjadikan syarikat anda lebih terkenal.
  • Mendapatkan ‘Backlink’ agar laman web anda mendapat lebih banyak trafik & menaikkan ranking.
  • Servis iklan dengan kadar harga yang berpatutan

Servis kami sedia membantu anda.

Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Kenapa berbaloi untuk menggunakan servis iklan kami?

Terdapat 5 sebab utama:

  1. Spesifik untuk pembinaan rumah IBS sahaja.
  2. Post kami berada pada ranking no 1 untuk google search.
  3. Post kami menerima purata lawatan unik sebanyak 1800+ sebulan.
  4. Kami menerima purata 40++ email sebulan permintaan untuk rumah IBS.
  5. Harga yang kami tawarkan untuk servis berpatutan @ serendah RM50 sebulan.

1. Spesifik untuk pembinaan rumah IBS sahaja

Berbeza dengan kebanyakkan iklan yang ditawarkan diluar sana, iklan kami ditujukan spesifik untuk mereka yang mahu membina rumah IBS sahaja.

Potensi untuk menjual perkhidmatan anda sangat tinggi kerana mereka yang tertarik dengan post kami adalah mereka yang bercadang atau mahu membina rumah.

Nota: Tidak terbatas kepada rumah IBS sahaja. Jika pelanggan datang kepada anda dengan keinginan membuat rumah anda boleh juga memperkenalkan khidmat bina rumah guna sistem lain selain IBS.

2. Post kami berada pada rangking No 1 untuk google search

Kami yakin servis iklan yang kami tawarkan ini kerana:

Post “Rumah IBS” berada pada rangking teratas dalam Google Search

Cuba buka Google pada browser anda dan cuba taipkan perkataan seperti “rumah IBS“, “buat rumah ibs” dan “buat rumah murah“.

Lihat keputusannya:

keputusan google search untuk rumah ibs

keputusan google search untuk buat rumah ibs

keyword buat rumah murah

Post infosantai yang bertajuk Rumah IBS: Bina Rumah Idaman Dengan Kos Serendah RM80k pada setakat ini berada pada ranking no 1 untuk setiap carian yang menggunakan perkataan “rumah ibs“, “buat rumah ibs” dan juga “buat rumah murah“.

Ia juga ranking untuk carian berkaitan yang lain seperti “buat rumah murah atas tanah sendiri“, “bina rumah atas tanah sendiri“, “rumah murah atas tanah sendiri” dan sebagainya…

Bagaimanakah ia dapat membantu anda?

Ikuti contoh berikut.

En. Mat ingin memiliki rumah sendiri. Beliau mempunyai pilihan sama ada beli atau buat rumah sendiri.

Beliau ada mendengar khabar mengenai rumah ibs mungkin melalui rakan-rakan, media sosial, carian internet dan juga media seperti televisyen dan sebagainya.

Sebelum memutuskan sama ada beli rumah, bina rumah biasa atau bina rumah IBS, Mat terlebih dahulu membuat kajiannya sendiri.

Seperti kebiasaan kebanyakkan orang pada zaman IT ini, perkara utama yang Mat lakukan adalah:

Bertanya dengan pak cik Google.

Mat pun buka Google dan mula menaip…rumah ibs…buat rumah ibs…buat rumah murah…buat rumah atas tanah sendiri…

Lalu sampailah Mat ke post rumah ibs infosantai. Mat baca sampai habis. Mat menjadi semakin yakin selepas membaca info yang diberikan.

Pada bahagian terakhir post tersebut kami sertakan senarai syarikat pembinaan yang menawarkan pembinaan rumah IBS.

Disinilah maklumat (iklan) syarikat anda akan muncul.

Melalui senarai tersebut Mat akan menhubungi anda.

Seterusnya adalah tugas anda untuk lebih meyakinkan En.Mat untuk menggunakan khidmat yang anda tawarkan.

Salah satu lagi fakta yang anda perlu ketahui adalah:

Para pembaca atau pengguna internet lebih mempercayai tulisan blog yang ditulis oleh pihak ketiga daripada pemilik syarikat sendiri.

Pihak ketiga adalah seperti infosantai – bukan pemilik untuk mana-mana syarikat pembinaan…

Secara lojiknya (untuk kebanyakkan orang), sebelum memutuskan untuk membeli sesuatu produk, perkara yang akan dilihat adalah: Apa komen @ pandangan orang terhadap produk tersebut.

Selain daripada mendapat ranking no 1 dalam Google search, post rumah ibs kami juga agak popular dikongsikan dalam media sosial..

rumah ibs fb share

Setakat ini post rumah ibs telah dikongsikan sebanyak 586 630 kali..

3. Purata lawatan unik sebanyak 2,400+ sebulan

Untuk pengetahuan anda post ini baru diterbitkan pada penghujung bulan November 2017.

Setakat ini post ini rumah ibs kami mendapat lawatan unik daripada pembaca sebanyak 2,400+ sebulan.

Popularity post ini terus meningkat…

traffik rumah ibs post

Sumber utama trafik yang datang adalah daripada pencarian google oleh orang-orang yang berminat dengan rumah IBS..

Google search atau pencarian google merupakan sumber utama trafik pada mana-mana pemilik laman web atau blog.

Apa yang anda boleh dapat daripada pengunjung sebanyak ini?

Tidak mustahil daripada seribu lebih pengunjung ini akan ada beberapa orang mengambil khidmat bina rumah daripada syarikat anda.

4. Kami menerima purata 40+ email setiap bulan berkenaan rumah IBS

email pertanyaan rumah IBS

Ini bersamaan dengan 1~2 email setiap hari…cukup untuk membuatkan anda sibuk setiap hari.

Pada masa yang sama, kami membuat beberapa temuramah (rawak) dengan pembaca kami. Daripada temuramah tersebut kami mendapati:

Para pembaca yang berminat dengan rumah IBS mahu dapatkan maklumat dengan cepat daripada sumber yang dipercayai.

Mereka mahu senarai syarikat pembina rumah IBS. Mereka mahu menghubungi terus atau melihat laman web (jika ada)…

Bayangkan jika maklumat syarikat anda terpapar dalam post rumah ibs kami…

5. Harga servis yang berpatutan

Berapa harga servis pengiklanan yang kami tawarkan?

  1. RM50 Sebulan: Senarai biasa (kedudukan mengikut urutan tarikh pembayaran, yang dahulu berada di atas).
  2. RM80 Sebulan: Senarai biasa + Perkataan “Syarikat Pilihan” (kedudukan mengikut urutan tarikh pembayaran, yang dahulu berada di atas).
  3. RM100 Sebulan: Kedudukan ketiga ( 3 ) + Perkataan “Kontraktor Pilihan”.
  4. RM120 Sebulan: Kedudukan kedua ( 2 ) + Perkataan “Kontraktor Pilihan”.
  5. RM140 Sebulan: Kedudukan pertama ( 1 ) + Perkataan “Kontraktor Pilihan”.

Contoh iklan boleh dilihat pada bahagian seterusnya.

Apa pendapat anda? berbaloi bukan?

Daripada RM50 anda berpotensi untuk mendapatkan lebih daripada 1 kontrak untuk buat rumah IBS.

Sila ambil maklum harga ini mungkin akan berubah pada masa akan datang bergantung pada jumlah lawatan unik yang kami terima untuk post rumah IBS berkenaan.

Jika terdapat sebarang perubahan harga kami akan memaklumkan lebih awal sebelum bulan berikutnya.

Terma & Syarat & Maklumat Tambahan

Berikut merupakan beberapa terma & syarat untuk servis pengiklanan ini:

Terma & Syarat

  1. Servis pengiklanan ini hanya sah untuk syarikat yang berada dalam negara Malaysia, dengan lesen dan pengiktirafan daripada badan berkaitan.
  2. Iklan anda mula aktif dalam 2-6 jam selepas bukti pembayaran diterima
  3. Kami menerima cara bayaran melalui bank in (bank tempatan) Maybank, CIMB dan RHB Sahaja.
  4. Satu bulan dikira daripada tarikh pembayaran hingga ke tarikh yang sama untuk bulan yang berikutnya. Contoh: 4 Febuari 2018 – 4 Mac 2018.
  5. Minimum satu(1) bulan dan maksimum tiga (3) bulan untuk sekali pembayaran. Ini sekali pembayaran tempoh minimum servis adalah sebulan. Untuk pembayaran lebih daripada sebulan, maksimum adalah 3 bulan (kena habiskan dulu 3 bulan tersebut sebelum melakukan pembayaran semula).
  6. Anda bertanggunjawab membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pengiklanan seperti yang diminta dalam ruangan borang permohonan.
  7. Kami hanya menerima dan memproses sebarang maklumat yang diterima. Maklumat yang tidak diterima (tidak ada) akan dikosongkan @ tidak disertakan dalam iklan
  8. Kami akan menghubungi pihak anda 3 hari sebelum tarikh kontrak tamat. Jika kami tidak menerima apa-apa maklum balas atau bayaran, iklan anda dengan sendirinya akan terpadam daripada ruangan kami.
  9. Pembayaran yang telah dibuat TIDAK boleh dituntut semula atas alasan seperti (berubah fikiran atau lain-lain) melainkan pihak kami gagal menunjukkan/mempamerkan iklan tersebut.
  10. Jika terdapat sebarang perubahan harga, pihak kami akan memaklumkan dengan lebih awal. Sebarang perubahan harga akan dikenakan selepas habisnya kontrak yang sedia ada.
  11. Terma & syarat ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Notifikasi akan diberikan lebih awal jika anda sedang dalam kontrak dengan pihak kami.

Dikemaskini pada tarikh: 1 Mac 2018.

Struktur & Contoh Iklan

Terdapat 2 bahagian:

  1. Semenanjung Malaysia
  2. Sabah & Sarawak

Contoh iklan adalah seperti berikut:
Contoh Iklan Standard

2

IBS Mega Jaya

Kawasan: Sabah, Labuan & Sarawak

syarikat ibs construct enterprise

Kos serendah RM50K, urusan pinjaman, siap dalam 2 bulan & PERCUMA 6 bulan pembaikpulihan untuk sebarang permasalahan.

: Yusof Mahmud

: Taman Perma Indra, Jalan Terus Lurus, No 353, 67453 Kota Kinabalu, Sabah.

Contoh Iklan Standard + tag “Syarikat Pilihan”

1

Syarikat Pilihan

IBS Mega Jaya

Kawasan: Sabah, Labuan & Sarawak

syarikat ibs construct enterprise

Kos serendah RM50K, urusan pinjaman, siap dalam 2 bulan & PERCUMA 6 bulan Waranti.

: Mohd. Yusof

: Taman Perma Indra, Jalan Terus Lurus, No 353, 67453 Kota Kinabalu, Sabah.

Antara fungsi interaktif yang ada dalam iklan (untuk menyenangkan klien) ini adalah:

  1. Klik pada no telefon akan terus membuka butang dail pada handphone.
  2. Klik pada WhatsApp, akan terus membuka WhatsApp untuk menghantar mesej kepada anda.

Antara maklumat yang kami perlukan untuk pengiklanan adalah seperti berikut:

  • Logo
  • Gambar yang melambangkan syarikat/perkhidmatan anda
  • Nama Syarikat
  • Kawasan servis anda
  • Ringkasan perkhidmatan (Maksima 15 patah perkataan)
  • Nama Pemilik/Wakil Syarikat:
  • Alamat pejabat
  • No telefon
  • WhatsApp
  • Website
  • Facebook

Jika anda berminat anda boleh mengisi borang permohonan dibawah:

Borang Perhubungan & Permintaan Khidmat Iklan

Sila hantar logo & Gambar menggunakan butang WhatsApp dibawah:
Hantar WhatsApp

Borang Permohonan Iklan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila : Hubungi kami.