20+ Tempat Menarik Di Kudat Sabah 2023

Tempat menarik dan destinasi pelancongan di Kudat terkini 2023

Anda perlukan paduan lokasi menarik di Daerah ini?

Selain daripada Tanjung Simpang Mengayau yang memang terkenal sebagai tempat utama yang menarik di Kudat, banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Daerah Kudat.

Pihak infosantai ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi banyak tempat menarik di Kudat untuk panduan kita bersama.

Tempat-tempat menarik ini akan sentiasa dikemaskini jikalau terdapat tempat menarik yang baru dibuka khasnya di daerah ini.

Senarai Penginapan Homestay atau Hotel Di Kudat 2023

Agak mudah jika anda mempunyai penginapan di kudat bukan?

Memandangkan jaraknya yang agak jauh dari pusat bandar utama Kota Kinabalu.

Jangan risau, homestay dan hotel di kudat agak murah.

Kami sarankan anda guna Agoda disebabkan harga yang lebih murah serta kemudahan “tempah dahulu, bayar kemudian”

Jom gunakan kemudahan berikut:

Lokasi Pelancongan Terkenal Di Kudat

Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Kudat.

1. Tanjung Simpang Mengayau

Penginapan berdekatan:

Apa yang menarik?

  • Pantai yang jernih
  • Panorama senja mengagumkan
  • Lokasi bergambar strategik
  • Terdapat penginapan dalam lingkungan 2km

Pasti hampir semua masyarakat di Malaysia mengenali tempat ini.

Sememangnya Tanjung Simpang Mengayau merupakan tempat yang “wajib” dikunjungi bila mana anda mengunjungi daerah Kudat.

Amat mudah untuk sampai ke tempat ini. Ini kerana setiap simpang lengkap dengan papan penunjuk dan anda hanya perlu mengikuti petunjuk yang disediakan.

Bagi anda yang pertama kali hendak pergi ke tempat ini dengan menggunakan kenderaan sendiri, anda dinasihatkan supaya memandu dalam kelajuan sederhana bagi mengelakkan anda terlepas pandang akan papan tanda yang disediakan.

Terdapat 2 jalan yang biasa digunakan untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau iaitu Jalan Pinangsoo Loro dan  Jln Tajau Tiga Papan.

Jika anda berada di Pekan Kudat, maka ada lebih baik anda menggunakan jalan Jalan Pinangsoo Loro iaitu sejauh 23 km dari Pekan Kudat.

Tanjung Simpang Mengayau juga lengkap dengan chalet dan penginapan yang berdekatan seperti Tommy Place Lodge yang lengkap dengan mini restoran serta mempunyai persekitaran pantai yang mempersonakan.

Bagi anda yang bercadang untuk barbeku dan menikmati keindahan menjelang senja, maka di sini la tempat yang sesuai.

Untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau, anda boleh menggunakan aplikasi Google Map sebagai panduan pemanduan anda.

2. Industri Gong Kampung Sumangkap

Kampung Sumangkap sememangnya terkenal dengan industri pembuatan gong tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat suku kaum di Sabah.

Jika anda bercadang untuk membeli gong sebagai cendera mata atau sebagainya, maka Kampung Sumangkap merupakan tempat yang paling sesuai.

Anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana gong dihasilkan oleh penduduk kampung di sini.

Tempat ini juga sangat menarik dimana anda boleh melihat pelbagai jenis gong yang dijual dan dipamerkan disamping mengambil gambar kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh 37 km atau kira-kira 40 minit memandu.

Anda boleh menggunakan google map bagi pandu arah perjalanan melalui pautan ini.

3. Tampat Do Aman

Penting:

Tampat Do Aman merupakan tempat menarik yang menyediakan suasana flora dan fauna serta kemudahan yang paling asas.

Bagi anda yang ingin merasakan suasana kampung atau separa rimba yang sunyi dan tenang, maka di sinilah tempat yang paling sesuai.

Penginapan di sini adalah paling asas, murah serta unik, berkonsepkan jungle camp, diperbuat daripada kayu dan hanya mempunyai kemudahan seperti lampu, kipas dan katil.

Tempat ini juga mempunyai akses ke Hutan Simpan Kudat dan kawasan pantai.

Pihak pengurusan juga menyediakan aktiviti menarik seperti mendaki, menyelam, snorkeling dan aktiviti berkayak.

Jarak daripada Pekan Kudat ke Tampat Do Aman ialah lebih kurang 20 km dan tidak jauh dari Hutan Simpan Kudat serta Pantai Bak-Bak.

Bagi memudahkan arah perjalanan anda anda boleh menggunakan Google Map atau pergi ke pautan ini.

4. Maranjak Rungus Longhouse Lodge

Penting:

Homestay Maranjak Longhouse diperbuat daripada bahan tradisional sepenuhnya seperti bambu yang dibelah dijadikan dinding dan daun nipah dijadikan sebagai atap.

Rumah panjang ini dilengkapi sepenuhnya dengan gaya tradisional dengan meja makan tradisional, bilik, cahaya, serta dari segi makanan yang disajikan.

Rumah Panjang Homestay Maranjak boleh menampung kira-kira 30 hingga 40 orang pada satu masa.

Di samping suasana tradisional, pelawat juga akan berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing di sungai, jungle trekking, bersiar-siar di taman botani herba, menangkap ketam dan seterusnya melihat monyet.

Pengunjung juga akan dapat merasai tujuh wain tempatan yang berbeza yang disajikan menjelang makan malam.

Selain pengalaman yang hebat, pelawat juga akan dilayan dengan tarian tradisional Rungus dan dipersembahkan oleh persembahan alat muzik tradisional selepas makan malam.

Di sini, pelawat juga akan dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana aksesori hiasan dibuat dan bagaimana permadani Rungus yang rumit ditenun.

Untuk sampai ke lokasi ini, pengunjung perlu memandu sejauh 36 km atau kira-kira 40 minit masa pemanduan.

Bagi memudahkan pemanduan anda sila gunakan Google Map atau terus kunjungi pautan ini.

5. Pantai Tindakon Dazang

Pantai Tindakon Dazang yang terletak kira-kira 27 km daripada Pekan Kudat, Sabah.

Pantai Tindakon Dazang merupakan salah satu pusat peranginan menarik yang menyediakan kemudahan seperti tempat penginapan, makanan dan aktiviti berkayak untuk pengunjung yang datang melawat.

Penginapan di Tindakon Dazang adalah berbentuk rumah panjang yang bercirikan tradisi masyarakat dari suku kaum Rungus.

Tempat ini sangat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga dan bersama rakan-rakan.

Anda boleh bersiar-siar di tepi pantai yang indah sambil mengambil gambar kenangan dan bersantai di restoran atas air sambil menikmati minuman kegemaran anda.

Di sini, anda juga berpeluang untuk melihat tarian tradisional masyarakat Rungus dengan lebih dekat lagi.

Bagaimana untuk sampai ke tempat ini. Anda boleh mengunjungi laman web Google Map ataupun pautan ini.

6. Kudat Golf Dan Marina Resort

Penting:

Kudat Golf dan Marina Resort terletak di hujung utara Borneo di Sabah.

Resort ini dibina berasaskan reka bentuk etnik dengan perabot kayu yang digabungkan dengan persekitaran semula jadi untuk mewujudkan gaya rumah panjang moden yang secara tradisinya hidup oleh kumpulan etnik utama yang di Kudat, iaitu suku kaum Rungus.

Kudat Golf & Marina Resort menyediakan percutian yang pasti memberikan suatu pengalaman baru bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda meminati sukan golf maka luangkan masa anda untuk mencuba padang golf 18 lubang di Kudat Golf.

Aktiviti lain ? menikmati pemandangan laut Sulu yang indah, bersantai di kolam renang ataupun bersiar-siar di tepi pantai.

Kudat Golf & Marina Resort menawarkan kemudahan antaranya ialah restoran, pusat kesihatan atau gym, kemudahan internet, tempat letak kereta, gelanggang tennis dan sebagainya.

Jarak tempat menarik ini  ke Pekan Kudat adalah lebih kurang 2 km. Untuk panduan lokasi tempat ini, sila kunjungi pautan ini.

7. Pantai Kelambu

Penting:

Pantai Kelambu juga merupakan salah satu tempat menarik di Kudat.

Walaupun kurang dikenali, Pantai Kelambu sememangnya merupakan salah satu pantai terbaik di Sabah dengan lautan akuatik yang biru dan jernih dan pasir putih yang indah yang diliputi oleh pulau-pulau yang mengagumkan.

Air laut yang jernih sanat sesuai dengan pelbagai aktiviti seperti speed boating, ski air, berenang, dan snorkeling.

Suasana Pantai Kelambu yang indah merupakan tempat yang sempurna untuk piknik bersama keluarga, bersiar-siar di tepi pantai, mengutip kerang atau cengkerang siput atau menikmati matahari terbenam yang cantik.

Bagi memudahkan perjalanan ada, anda boleh menggunakan Google Map atau mengunjungi pautan ini.

8. Pantai Bak-Bak

Penting:

Pantai Bak-Bak merupakan tempat menarik yang terdekat dari Pekan Kudat iaitu sejauh 11 km.

Pantai ini merupakan salah satu tempat yang sering dilawati oleh masyarakat setempat disebabkan keindahanya yang tersendiri antaranya ialah mempunyai butiran pasir yang putih, bersih, laut yang jernih seperti cermin lutsinar.

Anda boleh melihat batu-batuan, kerang dan ikan bermain-main di dasar laut.

Resort 9 Hut On A Hill merupakan tempat penginapan yang paling dekat dengan Pantai Bak-Bak. Jika anda bercadang untuk berada lebih lama di tempat menarik ini, mungkin anda perlu menginap di sini.

Untuk sampai ke sini anda boleh gunakan Google Map atau kunjungi pautan ini.

9. Tommy Place di Tanjung Simpang Mengayau

Penting

Tommy Place merupakan salah satu tempat penginapan yang terletak berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau.

Tempat ini juga disenaraikan sebagai salah satu tempat menarik di kudat kerana ianya sangat berhampiran dengan pesisiran pantai.

Selain daripada tempat penginapan, terdapat juga restoran dimana anda boleh bersantai dengan meminum secawan kopi sambil menikmati pemandangan tepi laut.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah snokerling, menyelam dan surfing.

Sebenarnya, terdapat beberapa tempat penginapan di sekitar Tanjung Simpang Mengayau seperti Merrimas Villa, Borneo Tip Beach Lodge dan Simpang Mengayau Chalet.

10. Ladang Madu Lebah Gombizou

Kampung Gombizou memang terkenal dengan industri penternakan lebah sejak lebih daripada 10 tahun lalu.

Kelebihan tempat ini ialah anda boleh membeli madu lebah asli dengan harga yang sangat berpatutan.

Anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana madu lebah diambil tanpa disengat oleh lebah.

Walaubagaimanapun, anda mesti mematuhi segala peraturan dan nasihat yang dinyatakan oleh pemandu pelancong khas yang bertugas di sana bagi mengelakkan dari disengat lebah.

Jarak daripada Pekan Kudat Ke Kampung Gombizou ialah lebih kurang 45 km.

Cara paling mudah untuk sampai ke tempat ini adalah dengan menggunakan Google Map atau anda kunjungi sahaja pautan ini.

11. Kudat Riviera

Penting:

Kudat Riviera merupakan salah satu tempat penginapan yang sangat menarik dan sesuai untuk anda yang mempunyai bajet yang sedikit besar.

Tempat penginapan menarik ini ini adalah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau.

Kawasan resort di sini sangat indah ditumbuhi dengan pepohon penghijau dilengkapi dengan kolam renang, spa, aktiviti sukan air, pusat permainan kanak-kanak, aktiviti menyelam dan banyak lagi.

Lokasi tempat ini adalah sejauh 31 km daripada pusat bandar Kudat dan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke destinasi.

Apa yang menarik ialah tempat ini mempunyai restoran Caviar Sky Longue yang berketinggian 900 kaki dan amat strategik untuk anda melihat keindahan pantai dan alam sekeliling.

Tidak hairanlah jika tempat ini menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan keselesaan dan mengejar kesempurnaan.

Untuk sampai ke tempat ini anda boleh menggunakan laman web Google Map atau terus saja mengunjungi pautan ini.

12. Pantai Bavang Jamal

Penting:

Pantai Bavang Jamal merupakan tempat pemuliharaan penyu selain mempunyai pantai yang panjang dan cantik.

Tempat ini menjadi tumpuan pelancong asing disebabkan di sini, mereka boleh melihat dengan jelas lagi mengenai pemuliharaan penyu bermula daripada telur hinggalah anak penyu dilepaskan di laut.

Namun begitu amatlah sukar untuk anda melihat penyu naik ke tepi pantai untuk bertelur, ini kerana penyu tersebut akan datang pada masa-masa tertentu sahaja.

Tempat menarik ini berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau dan anda boleh menggunakan Google Map untuk  lokasi tempat ini atau pergi sahaja ke pautan ini.

13. Kalampunian Beach

Penginapan berdekatan:

Penting:

Pantai Kalampunian merupakan pantai yang terletak hanya beberapa kilometer sahaja daripada Tanjung Simpang Mengayau.

Pantai ini juga merupakan tempat yang menarik dan menjadi persinggahan pengunjung yang datang untuk mengunjungi Tanjung Simpang Mengayau.

Tempat ini popular untuk menikmati suasana senja dan juga beriadah bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Berikut merupakan panduan lokasi untuk anda sampai ke Pantai Kalampunian daripada Pekan Kudat.

Pantai Kalampunian, Tanjung Simpang Mengayau.

14. Nine Hut On The Hill

Penting:

Nine Hut On The Hill merupakan salah satu tempat menarik yang terletak berdekatan dengan Pantai Bak-Bak.

Nama tempat ini adalah daripada idea dimana terdapat 9 buah pondok penginapan bercirikan budaya Kaum Rungus di sini.

Mungkin anda inginkan kelainan seperti inginkan suasana penginapan sederhana sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di sini ?

15. Dreamland Beach Hotel

foto kredit: Dreamland Beach Holiday

Penting:

Dreamland Beach Hotel merupakan pusat penginapan yang menarik. Tempat ini merupakan tempat menarik yang baru dibuka dan terletak di Kampung Tampakan, Kudat.

Lokasi di puncak bukit dengan pemandangan pantai yang cantik menjadikan tempat ini sebagai daya tarikan utama terutamanya kepada mereka yang inginkan keselesaan disamping pemandangan yang mengagumkan terutamanya menjelang senjakala.

Mungkin di sinilah tempat yang sesuai untuk anda berehat di bawah pepohon rimbun sambil menikmati kopi panas serta suasana pemandangan pantai yang indah ?

Sebagai panduan lokasi Dreamland Beach Hotel, Kudat sila pergi ke pautan ini.

16. Pantai Tanjung Bangau

Merupakan pantai yang cantik dan bersih, dengan ombak yang beralun perlahan.

Terdapat muara sungai yang tenang dan jernih!

Jika anda bercadang untuk beriadah bersama keluarga, melihat matahari terbenam, mungkin ini tempat yang sesuai.

Pantai yang cantik dan jernih? Anda boleh bermandi-manda di sini, tambahan lagi air laut pesisiran pantai yang agak tenang dan pantai yang luas!

17. Kimihang Beach

Penting:

Pantai yang luas dan cantik!

Menghayati suasana sunset di sini sememangnya satu idea yang terbaik!

Ada rumah panjang berdekatan, anda boleh menginap di rumah panjang bersama keluarga.

Admin cadangkan anda membawa khemah dan memasang khemah di rumah panjang tersebut.

Lebih selesa, nyamuk pun kelaparan tidak mampu menjamah kulit anda!

18. Hibiscus Beach Retreat

Penting:

Inginkan suasana bulan madu yang bermakna? mungkin anda boleh mencuba menginap di sini!

Atau anda ingin bersantai bersama keluarga, jauh daripada kesibukan kota yang “menaikkan” tekanan darah anda?

Klik sahaja lokasi yang kami sediakan untuk panduan lokasi.

19. Loro Kecil Beach

Sememangnya Kudat terkenal dengan pantai yang cantik dan luas.

Bagaimana jika anda berkunjung ke tempat ini?

Mungkin tempat ini lebih unik daripada pantai-pantai di Kudat yang lain?

20. Beach Cafe Bar, Kudat

Sebuah Bar yang menyediakan makanan terbaik!

Makan sambil menikmati pantai yang indah?

Menu?

Sunrise mocktail, Hawaiian pizza, Aglio olio spaghetti, Carbonara penne pasta, prawn cocktail dan banyak lagi!

Anda datang sendiri untuk menikmatinya!

Untuk maklumat lanjut seperti waktu operasi, gambar menarik, menu dan lain-lain, sila pergi ke pautan yang kami sediakan berikut:

21. D View Holiday Home

Apa yang menarik?

  • Restoran dengan pelbagai menu makanan
  • Pemandangan laut menarik
  • Panorama senja mengagumkan
  • Landskap penginapan “superb”
  • Pemandangan Pantai Bak-Bak

Maklumat Penting:

Tips: Ingin bermalam di Kudat? Dapatkan harga hotel terbaik daripada laman seperti  Agoda.com.

Lebih MURAH daripada harga asal!

Gunakan Kemudahan yang kami sediakan berikut:

Bagaimana dengan lokasi yang dikongsi diatas ? masih terdapat tempat menarik di Kudat yang tidak disenaraikan ? Anda boleh suarakan di bahagian komen, Admin akan sentiasa positif untuk penambahbaikan.

Leave a Reply