Video Santai: Anak Rusa Terkapai-Kapai Di Tengah Tasik

Bayangkan anda sedang memancing ditengah-tengah sungai yang besar dan selepas beberapa lama anda tidak memperolehi seekor ikan pun. Anda pun pulang dengan penuh hampa. Semasa perjalanan menggunakan bot, anda terserempak dengan seekor anak rusa yang berenang kebingungan terpisah dengan indungnya yang entah kemana. Apa yang akan anda lakukan kepada anak rusa tadi? boleh jadi anda berusaha menangkapnya dan disembelih untuk dijadikan lauk makan malam nanti.

Video yang penulis ingin kongsikan bersama ialah tindakan berbeza yang dilakukan oleh lelaki ini. Beliau terserempak dengan seekor anak rusa dan berusaha untuk menyelamatkannya. Sila tontoni video dibawah bagaimana lelaki ini menyelamatkan anak rusa tadi.

 

Tindakan lelaki ini patut dicontohi oleh kita lebih-lebih lagi haiwan ini adalah haiwan yang dilindungi dan hampir pupus. Tetapi berapa keratkah antara kita yang akan mencontohi sikap lelaki ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *