Kali ini saya ingin membawa anda sama-sama menerokai tempat asing yang wujud di bumi. Tempat-tempat ini dikategorikan sebagai ‘lost world’ dimana keadaan dikawasan tersebut adalah sangat jauh berbeza daripada keadaan dunia yang kita ketahui.
Keadaan tempat-tempat tersebut yang aneh dan penuh misteri membuatkan kita tidak percaya ianya wujud didunia kita. Mari sama-sama kita ketahui tempat ini.
1. Melville Range Autralia
Di atas banjaran Melville Australia wujud satu kawasan yang dilindungi oleh dinding semulajadi yang terdiri daripada batu-batu sebesar saiz rumah. Dinding ini memisahkan kawasan tersebut daripada dunia luar sejak berjuta-juta tahun dahulu.
Disebabkan keadaan tersebut tidak ada hidupan bergerak yang dapat memasuki atau meninggalkan kawasan tersebut kecuali hidupan yang boleh terbang. Sehinggala hari ini, hanya sebilangan sahaja manusia pernah menjejaki kawasan tersebut.
Pada March, 2013 satu ekspedisi daripada National Geographic telah menerokai kawasan tersebut. Mereka telah menemui beberapa species baru antaranya adalah Cape Melville shade skink, Boulder frog dan Leaf-tailed gecko.
(Photos source: National Geographic, Tim Laman)
2. Sima Humboldt
(Video Source: Youtube – Natural Wonder)
Sima Humboldt adalah satu sinkhole besar (lubang pada tanah) yang terbentuk di atas dataran tinggi Sarisarinama, Venezuela. Sinkhole sedalam 350 meter ini ditemui pada tahun 1961 oleh juruterbang Harry Gibson, dan diterokai untuk kali pertama pada tahun 1974.
Terpisah daripada dunia luar, sinkhole ini mempunyai ekosistem yang tersendiri. Setakat ini belum ada dokumentasi yang lengkap tentang hidupan di dasar sinkhole ini. Apakah yang ada didalam sinkhole ini masih lagi misteri.
3. East Scotia Ridge Southern Ocean
(Video source: YouTube NOC News)
Para pengkaji terkejut dengan penemuan species baru di East Scotia Ridge. Siapa sangka terdapat hidupan di dasar laut yang sedalam 7,800 – 8000 kaki, dengan tekanan tinggi, dengan keadaan yang gelap, dengan suhu yang mencecah 382°C dan dengan kewujudan sulfur daripada aktiviti kerak bumi?
(Photos source: green.blogs.nytimes.com )
Dengan menggunakan deep-submergence vehicle, para saintis berjaya mengambil gambar beberapa spesis baru seperti Yeti Crab, barnacles, Sotong, dan anemones. Kesemua spesis ini tidak berwarna disebabkan persekitaran yang gelap gulita.
4. Kawah Gunung Berapi Bosavi Papua New Guinea
(Video source: YouTube – natural wonders)
Gunung Bosavi adalah gunung berapi mati atau tidak aktif yang terletak di Papua New Guinea. Kali terakhir gunung berapi ini meletup adalah 250,000 tahun dahulu. Dipuncak gunung yang setinggi 2,507 meter ini terletak kawah seluas 4km dan sedalam 1km.
Keadaan tebing kawah yang curam dan dipenuhi hutan hujan asli ini menjadi batasan kepada hidupan yang tinggal dikawasan tersebut untuk berhubung dengan dunia luar. Pengasingan ini membuatkan hidupan tersebut berkembang dengan cara yang berbeza dari apa yang kita ketahui.
(Video Source: BBC YouTube Channel)
Antara penemuan baru didalam kawah tersebut adalah belasan jenis katak, ikan dan juga tikus gergasi. Berikut merupakan gambar yang diambil dari kawasan kawah tersebut.
(Photos source: theguardian.com)
5. Gua Movile Romania
Di kawasan tenggara Romania terdapat sebuah dataran yang kosong. Tdak terdapat apa-apa keistimewaan di kawasan ini, kecuali satu benda.
Dibawah tanah kawasan ini terdapat sebuah gua dengan ekosistemnya sendiri yang unik. Hidupan yang tinggal didalam gua ini terasing daripda dunia luar sejak 5.5 juta tahun dahulu. Antara hidupan yang dijumpai adalah spesis baru labah-labah, kala jengking, kutu kayu, gonggok dan dan juga sejenis bakteria yang mana menjadi asas kepada ekosistem di dalam gua tersebut.
Berikut antara hidupan yang terdapat dalam gua tersebut.
(Photo sources: Thierry Barrod, Mona Lisa Production)
6. Puncak Dataran Gunung Roraima
(Video source: YouTube – BW Channel)
Gunung ini terletak di Amerika Selatan. Di atas gunung ini terdapat dataran seluas 31km per segi yang dipisahkan daripada dunia luar sejak 2 bilion tahun yang lalu oleh bentuk muka bumi sekeliling ddataran ini yang menegak setinggi 400 meter.
Terpisah daripada dunia luar, di atas dataran ini wujud flora dan fauna yang unik berbeza daripada apa yang kita kenali seperti Roraima bellflower, Rapatea heather, pitcher plant dan juga katak belukar roraima. Flora dan fauna yang wujud di atas puncak roraima dan kini dikelaskan dalam spesis terlindung.
Kongsikan jika info ini menarik.