8 Langkah Mudah Cara Buat Page Facebook Edisi 2022

cara buat page facebook lengkap

Panduan lengkap cara buat page Facebook baru untuk Bisnes (gambar rujukan disertakan).

Fanspage bukan pilihan tapi satu keperluan jika anda mahu mengembangkan bisnes @ perniagaan anda.

Untuk itu saya ingin mengongsikan cara membuat facebook page baru berdasarkan versi terkini Facebook.

Jika anda tidak pasti atau tidak pernah buat fanpage sebelum ini teruskan membaca.

Selepas anda ikuti 8 langkah mudah ini page fb anda akan sedia untuk beraksi!

Bacaan tambahan: Cara padam page facebook.

Langkah demi langkah cara buat page Facebook

Sebelum bermula pastikan anda suda mempunyai akaun facebook (akaun peribadi facebook). Facebook tak akan benarkan kita buat facebook page tanpa akaun peribadi.

Jika anda belum ada akaun facebook boleh daftar sini: Daftar baru akaun facebook.

Anda perlu PC atau laptop untuk panduan ini.

Jika anda mahu buat facebook page guna handphone, kena download aplikasi facebook terlebih dahulu dan caranya agak berbeza sedikit.

Saya syorkan anda guna PC/laptop kerana lebih mudah dan kawalan lebih baik.

Sudah sedia? Teruskan membaca.

Langkah 1 Lawati halaman ‘Create a Page’

Gunakan url ini:

https://www.facebook.com/pages/creation/

Anda akan diminta untuk login masuk terlebih dahulu ke dalam akaun facebook anda (jika belum login).

halaman create a page

Selain itu anda boleh akses halaman ‘Create a Page’ daripada facebook anda (setelah login) melalui:

  • Menu ‘Create’ (menu atas Facebook)menu create top

Atau:

  • Klik pautan page (sebelah kiri facebook anda)lokasi link pages
  • Klik pautan ‘Create Page’ (sebelah atas)lokasi link create page

Langkah 2 Pilih Page Category (Jenis page) & Klik ‘Get Started’

pilihan jenis page

Anda akan diberikan 2 pilihan:

  • Business or Brand
  • Community or Public Figure

Nak pilih mana satu? Bergantung…

Business or Brand untuk bisnes, perniagaan, jika anda jual barang atau servis. Infosantai adalah jenis ini – Brand.

Comunity or Public Figure untuk kelab, persatuan, pasukan bola sepak atau jika anda nak bertanding dalam pilihan raya. Anda tak jual barang tapi nak wujudkan komuniti.

Jika tak pasti nak pilih mana satu jangan bimbang. Pilih sahaja mana-mana, kita boleh pastikan dalam langkah yang seterusnya.

Untuk panduan ni kita pilih ‘Business or Brand’.

Klik pada butang ‘Get Started‘ untuk meneruskan.

Langkah 3 Isi Page name (nama Page) & Category (kategori)

Ingat Page Name tak boleh ubah. Mungkin boleh tapi susah nak lulus. Jadi kena fikirkan betul-betul.

Jika anda ada nama syarikat, letak sahaja nama syarikat anda.

Terdapat besar kebarangkalian nama yang anda mahu tu dah diambil oleh orang lain. Tak apa, gunakan kreativiti anda.

Bahagian Category adalah diberi. Anda cuba taip masuk jenis bisnes anda (dalam bahasa Inggeris) kemudian pilih daripada pilihan yang diberikan.

Contohnya saya menjual barangan khas untuk lelaki berjenama Mr.Blabog. Saya namakan page tersebut ‘Mr.Blabog’ dan pilih category Brand – Jenama.

contoh category brand

Kalau tak jumpa ‘Category’ yang anda mahu boleh cuba dekat pilihan yang sebelah.

Contoh: Anda cuba taip ‘Politic’ dekat category ‘Business or brand’ tapi tak jumpa, cuba pula pada bahagian category untuk ‘Community or Public Figure’

Bila dah siap isi dan pasti klik pada butang ‘Continue‘.

Langkah 4 Muat naik gambar profile

Atau bahasa Inggerisnya ‘Add a Profile Picture’

add profile picture

Gambar profile ini akan keluar pada bahagian berikut dalam facebook page:

lokasi gambar profile facebook

Untuk masukkan gambar klik pada butang ‘Upload a Profile Picture’. Paparan untuk anda muat naik gambar pilihan akan keluar.

(Anda boleh ‘Skip’ jika tidak mahu muat naik gambar pada masa sekarang)

Gambar apa nak letak untuk profile?

Jika anda buat page untuk bisnes anda sudah tentu anda harus letakkan logo syarikat. Jika tak ada logo letakkan gambar profile yang mengandungi nama bisnes anda.

Untuk saiz gambar profile pula adalah lebih baik jika anda pilih yang bentuknya segi empat sama dan saiznya tidak kurang daripada 180 x 180 pixels. Lagi besar lagi baik, senang nak crop @ adjust saiz mana nak upload.

Langkah 5 Muat naik ‘Cover Photo’

Untuk masukkan cover photo klik pada butang ‘Upload a Cover photo‘.

upload a cover photo

Anda boleh ‘Skip’ Jika tak mahu upload sekarang.

Cover photo ni adalah gambar besar dekat atas page anda nanti:

contoh cover photo page infosantai

Saiz yang terbaik untuk cover photo adalah sekitar 828 x 465 pixels.

Tetapi, jangan terlalu risau pasal saiz ni, asal gambar besar dan fokus gambar tersebut berada ditengah-tengah kira sudah okay (boleh pakai).

Selepas selesai muat naik cover photo, setup awal untuk page facebook anda sudah separuh siap.

fb page mr blabog separuh siap rv1

Apa perlu anda lakukan seterusnya untuk melengkapkan page facebook anda? Teruskan ke langkah seterusnya.

Langkah 6 Buat Page @username

Anda boleh letak nama page anda atau variasi yang mungkin bagi nama page anda. Contohnya ‘Mr.Blabog’ boleh jadi ‘mrblabog’ sahaja.

Untuk buat @username klik pada link ‘Create Page @Username’ yang terletak dibawah nama page anda:

lokasi link create username

Kemudian set masuk username pilihan anda:

set usernama page fb

Kemudian klik pada butang ‘Create username‘ untuk simpan.

Langkah 7 Lengkapkan Bahagian ‘About’

Jangan biarkan bahagian ini kosong, bahagian inilah yang dilawati oleh pelanggan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang page/bisnes/service anda.

Tak isi semua, sebahagian yang penting pun dah ok.

Untuk lengkapkan bahagian ‘About’, klik pada pautan about yang terletak dibawah gambar profile/nama page anda.

(kalau tak jumpa, klik pada pautan ‘See more’)

Seterusnya klik pada link ‘Edit Page Info

lokasi edit page info bahagian about

Seterusnya paparan untuk anda masukkan detail page / bisnes anda akan keluar.

bahagian edit your detail

Terdapat 4 bahagian: Contact, location, Hours dan more. Periksa satu persatu dan isikan bahagian yang penting @ berkaitan dengan bisnes / tujuan anda buat page facebook ini.

Bahagian Description jangan biarkan kosong.

Impressum, Awards dan privacy policy mungkin anda boleh isikan kemudian kerana memerlukan sedikit masa untuk membuatnya.

(untuk privacy policy anda boleh letakkan link ke privacy policy laman web anda jika ada)

Anda boleh boleh guna penjana automatik ini dan ubahsuai sedikit: Penjana Automatik Dasar Privasi.

Langkah 8 Buat post pertama anda

buat post pertama

Sebelum anda mula aktif mempromote page, atau menjemput rakan-rakan untuk follow/like, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah ‘Buat post‘. Jangan biar kosong.

Apa post yang sesuai?

Untuk post permulaan mungkin anda boleh buat post seperti:

  • Gambar inspirasi yang berkaitan dengan page
  • Video berkaitan dengan page
  • Artikel link yang berkaitan page
  • Kata-kata inspirasi
  • Mungkin juga beberapa produk (jika ada)

Buat dalam 5-8 post sebelum mula mempromosi page, agar page tak nampak kosong. Lagi banyak lagi baik.

Lagi satu, JANGAN post semua sekaligus dalam hari yang sama.

Gunakan fungsi Backdate ketika buat post dan tetapkan post-post tersebut pada tarikh sebelumnya.

fungsi backdate post facebook
Pilih ‘Backdate’
set backdate post facebook
Tetapkan tarikh pada hari yang sudah lepas

Tips: Jika tak ada idea nak buat post apa, cari page yang serupa dan lihat post-post mereka 🤫.

Dengan berakhirnya langkah ke – 8 ini maka siap lah page facebook anda. Anda sudah boleh mula untuk mempromosikan page tersebut.

Teknik tambahan untuk Page Facebook

Sebagai tambahan berikut merupakan beberapa perkara yang mungkin anda mahu lakukan untuk mengoptimumkan kehebatan page anda.

1. Buat Butang ‘Call to Action’

Pada bahagian atas (bawa cover photo) terdapat butang ‘+ Add a Button‘. Klik butang tersebut dan paparan berikut akan keluar:

add button to page

Anda boleh set button tersebut untuk memudahkan pengunjung berinteraksi dengan anda – Buat panggilan, hantar mesej, lihat produk dan sebagainya.

2. Pinned Post

Pinned post berguna jika anda buat post penting dan tidak mahu post tersebut ditenggelami oleh post-post lain – Contohnya post diskaun, perubahan harga, barang baru…

Untuk jadikan mana-mana post sebagai ‘Pinned Post’, klik pada 3 titik yang terletak pada penjuru kanan atas post kemudian pilih ‘Pin to Top of Page‘.

pin post to the top

3. Like Page lain

Gunakan page anda untuk berinteraksi. Cari mana-mana page lain yang berkaitan dengan page anda dan BUKAN PESAING, kemudian like/follow page tersebut.

4. Periksa Bahagian Setting

Ambil masa untuk periksa satu persatu bahagian setting untuk page anda.

Untuk akses setting, klik pada pautan ‘Setting’ yang terletak pada bahagian pejuru kanan atas page anda.

Sini anda boleh jumpa bahagian seperti tambah/buang admin, siapa fan anda dan sebagainya.

Moga post ini berguna pada yang memerlukan. Sila kongsikan ya!

46 thoughts on “8 Langkah Mudah Cara Buat Page Facebook Edisi 2022”

  1. Knp ya sy nak create username tak boleh? Sdgkan step by step sy dh follow. Siap boleh post lagi. Tak bila nak create isername , terus keluar you are not eligible to have username

  2. Tuan, kalau saya x mahu rakan2 fb personal tahu kewujudn page saya boleh kah?atau ianya automatik.maksudnya, bila saya create page, mereka akn dpt notificatioan, atikah has created new page?kalau boleh saya x nak diketahui oleh senarai rakan fb personal

  3. mcm mna nak promote..sy da run ads..huhu,xfham plak guna page ni..lpas tu,org xbleh nak tagged la page sy tu coz xkluuar dlm search..cmna nak settle tu tuan,tq

  4. Hi, saya ada buat page di fb. Tapi bila saya suruh kawan2 buat carian. Page saya tak jumpa. Kenapa ya? Apa yang perlu saya buat untuk keluar di bahagian search page saya. Sebab bila taip di bahagian search nama page langsung tiada. Harap2 tuan dapat membantu

  5. 1. Adakah account fb baru boleh terus add jadi admin page dan terus buat iklan? Atau perlu tunggu beberapa hari untuk buat iklan?

    2. Account personal saya restricted untuk buat iklan tapi tak tau sebab. Saya dah follow guidelines untuk recover balik tapi still beum boleh. Bagaimana ya cara nak unblock restricted tu?

  6. Saya ada buat page untuk company. Masalah saya skrg bila saya nk Boost Ads tak bole. FB sekat dengan alasan wujud aktiviti yang melanggar polisi FB. Sedangkan saya buat servis untuk pendidikan. Bagaimana nak atasi problem ini kerana saya nk promosi company baru. Mohon tunjuk ajar TQ

      1. Sy da ada 1 page..sy na tambah page tapi button + create tak keluar.boleh bantu sy tak tuan..

  7. salam, jika kami ada private group then kami nak kekal group tu then kami hanya perlu create page sahaja kan? then page boleh diakses atau boleh di manage oleh beberapa admin atau satu orang sahaja?

    1. ya betul tuan. hanya perlu create page sahaja. Untuk page, orang yang create page akan automatik jadi admin. Kemudian boleh add masuk orang lain jadi admin.

  8. Terima kasih tuan , amat2 membantu kpd saya yg jenis tak berapa layan FB. Tetapi trend bisnes sekarang amat memerlukan penguasaan dalam SocMed jadi terpaksa juga ambik tahu.
    Terima kasih sekali lagi…

  9. Assalam, terima kasih tuan di atas perkongsian ini.
    Boleh saya tahu jika ada caj lepas create page atau setiap kali kita post di timeline? Atau caj cuma dikenakan semasa kita nak promote guna fb ads..
    Terima kasih

  10. Saya dah buat page fb.. tapi bila search nama page fb saya dekat Akaun facebook orang lain tak keluar.. kenapa ya?

    Ada kena ubah setting ke? Saya sudah set publish

      1. Ada yg buat page fb untuk jadikan platform untuk iklankan produk /servis sesebuah bisnes tu kira mcm mana?adakah page tersebut akan dibayar oleh syarikat yg mengiklankan produk mereka dgn cara share dan post produk di dalam video

  11. kenapa dah edit “time opens” yg betul.. contoh opens 9am-5pm (09.00-17.00) tapi dia tulis close pulak.. dah banyak kali cuba edit tapi still close.Please help… thank you..

  12. mcm mna kita nk set reply komen kt page tu.. keluar nama page asa reply komen..bukan nama fb personal kita

Leave a Reply