Cara Daftar Twitter 2019 [Bergambar]

Tidak tahu bagaimana cara daftar twitter ? Jangan risau, kami sediakan panduan bergambar untuk anda !

Anda belum mempunyai akaun twitter ? Ingin membuat akaun twitter yang baru tetapi tidak tahu cara bagaimana membuatnya ?

Jangan risau, kami akan menyediakan tutorial mudah yang lengkap dengan gambar langkah demi langkah akan cara daftar twitter yang baru.

Tutorial yang lengkap da terbaru 2019, bagi anda belum mempunyai akaun media sosial, twitter.

Sebelum membuat akaun twitter, anda perlu sediakan:

  • nombor telefon bimbit anda.
  • password” sekurang-kurangnya 6 aksara, contohnya: balabak88
  • “profile picture“: Gambar anda yang menarik, terbaik

Cara daftar twitter menggunakan nombor telefon bimbit.

Langkah 1
Buka browser internet anda, kemudian pergi ke twitter.com. Kemudian klik butang “Sign Up“.

Langkah 2
Kemudian, anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:

Pada ruangan ini, sila isikan:

  • Name: Nama penuh anda
  • Phone: Nombor telefon bimbit anda

Selepas mengisi nama dan nombor telefon, sila klik butang Next”, butang berwarna biru di sudut kanan atas. Anda akan dibawa ke paparan berikutnya:

Langkah 3
Sign Up”

Langsung sahaja klik butang “Sign up”. Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti berikutnya:

Langkah 4
Verify Phone”

Terus sahaja klik butang berwarna biru “OK”.  Kemudian, anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah:

Langkah 5
“We sent you a code”

pada tahap ini, sila periksa “SMS” telefon bimbit atau handphone anda seperti dalam gambar berikut:

Masukkan nombor 6 digit yang dihantar pada nombor handphone anda tadi:

Kemudian, klik butang biru “Next”. Anda akan dibawa ke paparan seperti berikutnya:

Langkah 6
You’ll need a password”

Pada tahap ini, anda perlu memasukkan kata laluan atau “password“. Kata laluan adalah minima 6 aksara (characters).

Sila masukkan “password” dan kemudian klik butang biru “Next”.

Langkah 7
“Profile Picture”

Klik pada “Circle” atau bulatan untuk mengupload profile picture anda. Anda boleh pilih gambar terbaik anda seperti yang telah anda sediakan sebelum membuat akaun twitter tadi.

Contoh profile picture adalah seperti berikut:

Jika anda berpuas hati dengan profile picture anda, terus sahaja klik butang biru “Apply”.

Langkah 8
Anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut.

Langsung sahaja klik butang biru “Next”.

Langkah 9
“Describe yourself”

Anda boleh memilih untuk mengabaikan section ini dahulu. Langsung klik “Skip for now”. Paparan berikutnya akan muncul.

Langkah 10
“What are you interested in?”

pada bahagian ini, anda mungkin boleh klik pada topik yang anda minati, atau jika anda bercadang untuk kemaskini nanti, terus sahaja klik “Skip for now”.

Anda akan dibawa ke paparan berikutnya:

Langkah 11
“Suggestion for you to follow”

Pada section ini, anda boleh memilih mana-mana individu terkenal yang anda minati.

Kemudian klik butang biru “follow”.

Anda akan dibawa ke paparan berikutnya:

Langkah 12
Langkah terakhir.


Tahniah, anda kini hampir selesai membuat akaun baru twitter. Langsung sahaja klik “Skip for now”.

Paparan berikutnya akan muncul.

Langkah 13
Anda telah berjaya membuat akaun twitter!

Pada tahap ini, anda boleh mulai mengemaskini tentang diri anda, atau menerokai kelebihan-kelebihan akaun twitter ini, anda juga boleh mula follow rakan-rakan anda atau selebriti yang anda minati.

 

 

 

Leave a Reply