Cara hilangkan surnburn dengan efektif melalui pelbagai kaedah yang mudah diamalkan!
Pedih, panas kulit melepuh, muka jadi kusam…
Antara kesan yang ketara akibat daripada selaran matahari.
Jangan risau, masih ada cara untuk menghilangkan masalah sunburn ini!
Sila baca perenggan seterusnya!
Apa itu sunburn?
“Sunburn” adalah disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari, atau yang setara dengannya dalam masa yang lama.
Selaran matahari kebiasannya berlaku pada musim panas dimana sinaran matahari menjadi teramat terik.
Gejala sunburn yang ringan termasuk kemerahan kulit dan kesakitan. Selepas kira-kira 4-7 hari, kulit kemudiannya menggelupas.
Gejala selaran matahari yang teruk atau “sun poisoning” adalah seperti dan termasuk:
- Kulit terbakar dan melepuh
- Kehilangan cecari dalam badan (dehidrasi)
- Ketidakseimbangan elektrolit
- Jangkitan
Tahap Selaran Matahari
Terdapat 2 tahap utama sunburn iaitu:
1. Tahap pertama atau ringan – Kulit menjadi kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.
2. Tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.
3. Tahap ketiga atau berat – Perlu berjumpa doktor dengan segera
Tanda/Gejala
Berikut merupakan tanda-tanda atau gejala selaran matahari:
Kesan sederhana:
- Kulit menjadi kemerah dan kemungkinan sedikit bengkak
- Kulit rasa gatal
- Kulit terasa panas dan kering
- Kemungkinnan akan mengalami sedikit kesakitan pada otot
- Kulit menggelupas selepas beberapa hari
Kesan teruk:
- Kulit menjadi sangat merah, bengkak dan menggelupas
- Kulit terasa sangat sensitif dan terasa pedih bilamana tersentuh atau disentuh.
- Demam panas
- Loya, rasa ingin muntah dan sakit kepala
- Rasa sejuk dan badan berasa lemah tidak bertenaga
Komplikasi
Jika terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan sunburn di mana ia akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu.
Ini termasuk jangkitan, penuaan kulit yang pramatang (photoaging), kanser kulit dan kerosakan mata.
Rawatan
Terdapat 2 kategori rawatan iaitu rawatan di tempat kejadian dan di hospital.
Semasa di tempat kejadian:
- Mandi atau berendam dalam air sejuk
- Selimutkan bahagian yang terlibat dengan kain yang lembap.
- Sapukan losyen pelembap pada kawasan yang terlibat
- Sekiranya kulit melepuh jangan pecahkan
- Sekiranya perlu bolehlah mengambil penahan sakit seperti panadol.
- Jangan gunakan ‘butter’, putih telur,’Petroleum jelly (Vaseline)’ atau produk-produk yang berasaskan minyak ke atas kulit yang mengalami sunburn.
- Pastikan minum banyak air.
Rawatan di hospital:
Rawatan khusus akan diberikan oleh doktor sekiranya kulit mangsa melepuh, gatal atau mangsa mengadu demam.
Bagaimana cara mengelakkan diri daripada “sunburn”?
- Jauhi daripada sinaran matahari diantara jam 10 pagi hingga 4 petang
- Tutup kulit anda
- Pakai kacamata pelindung
Apabila di bawah matahari (anda boleh dibakar walaupun ia berawan) gunakan sunblock SPF (faktor perlindungan matahari) 30 atau lebih tinggi.
Tips Hilangkan Selaran Matahari dengan Pantas ?
1Mandi Air Bersuhu Sejuk
Elakkan daripada mandi air “heater” kerana ini akan membuatkan kesan sunburn menjadi semakin buruk.
Mandi air sejuk banyak membantu meringankan serta melegakan rasa sakit dan pedih pada kulit.
2Losyen
Penggunaan losyen mungkin sedikit sebanyak membantu melegakan rasa pedih akibat selaran matahari.
Sapukan losyen pada permukaan kulit akan membantu memerangkap kelembapan dan mengelakkan kulit menjadi kering.
Lihat/Beli Soothing Gel/Losyen Online:
3Aloe Vera
Penggunaan gel lidah buaya terbukti sangat menbantu mengatasi masalah ini.
Gel aloe vera juga terbukti dalam mempercepatkan proses penyembuhan.
Anda boleh menggunakan potongan daun lidah buaya (aloe vera) ataupun menggunakan gel aloe vera yang banyak dijual di drugstore seperti Guardian dan Watson.
Pastikan beli yang asli untuk kesan terbaik!
Kami ada cadangan aloe vera terbaik untuk anda:
Lihat/Beli Aloe Vera Gel Online:
4Gunakan Ketulan Ais
Ketulan ais sangat membantu dalam meredakan rasa tidak selesa dan pedih disebabkan kesan selaran cahaya matahari.
Caranya ialah letakkan beberapa ketulan ais diatas kain bersih, bungkus ketulan ais dengan kain, kemudian letakkan di bahagian kulit yang terkena sunburn.
5Gunakan Susu Segar Sejuk
Rendamkan tuala bersih ke dalam susu segar sejuk, kemudian gosokkan dengan lembut di permukan kulit yang mengalami radang.
Menurut dermatologist Adarsh Vijay Mudgil, M.D., Pengarah Perubatan Mudgil Dermatology, susu segar mengandungi vitamin dan antioksidan yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan sunburn.
6Minum Air Selalu
Dehidrasi berlaku terutama pada permukaan kulit yang mengalami sunburn.
Oleh itu, anda digalakkan kerap meminum air bagi mengekalkan kandungan air dalam badan dan seterusnya membantu menghilangkan sunburn dengan cepat.
7Jangan “ganggu” blister
Blister merupakan gelembung air yang terbentuk akibat daripada selaran matahari.
Kulit yang melepuh ini biasanya mengandungi air daripada badan kita.
Anda dilarang untuk “memecahkan” gelembung air pada kulit kerana kemungkinan jangkitan bakteria apabila kulit terdedah mungkin berlaku.
Jika terdapat gelembung air yang pecah secara tidak sengaja, sapukan antibiotik dan tutup dengan kain bersih.
8Lindungi Kulit Anda
Jika anda terpaksa keluar di kawasan terbuka dan panas, gunakkan pakaian yang menutupi seluruh badan terutama bahagian yang terkena “sunburn”.
Mungkin anda boleh menggunakan payung atau berlindung di tempat yang sesuai seperti bawah pokok, bangunan dan sebagainya.
Yang penting, elakkan diri anda daripada sering terdedah kepada cahaya matahari terik.
9Pakaian Selesa
Gunakan pakaian yang longgar dan selesa.
Pakaian yang terlalu ketat akan memberikan kesan buruk terhadap kesan “blister” dan radang pada kulit anda.
Bilamana kulit yang mengalami radang bersentuhan atau bergesel dengan pakaian dengan yang agak sempit, sudah pasti radang akan bertambah teruk dan mungkin mengalami infeksi.
10Ubat & Produk Farmasi
Penggunaan ubat agak terbukti efektif sebagai salah satu cara hilangkan sunburn dengan cepat, anda boleh mendapatkannya di kaunter farmasi terdekat!
- Ambil aspirin atau ibuprofen: Menurut AAD, Advil dapat membantu mengurangkan bengkak dan ketidakselesaan.
- Krim hydrocortisone: menurut Mayo Clinic, steroid topikal ringan seperti Cortizone-10 boleh mempercepat penyembuhan.
- Elakkan produk “-caine”: Anestetik topikal seperti benzocaine mungkin akan merengsakan kulit dan juga memerangkap haba.
Semasa anda mendapatkan produk farmasi seperti diatas, beli juga beberapa produk sunblock dan letakkan di kereta, rumah dan di tempat kerja anda!
Anda mungkin memerlukannya nanti.
Lebih baik mencegah daripada mengubati, bukan?
Anda boleh dapatkan sunblock terbaik di sini:
- Baca juga: Sunlock terbaik & popular di Malaysia, 2021
11Yogurt & Madu
Perkongsan daripada hijabnheels sememangnya satu tips dan cara hilangkan sunburn yang boleh dicuba!
Hanya perlu gunakan yogurt asli ditambahkan dengan sedikit madu kemudian sapukan di tempat yang mengalami selaran matahari.
Kulit akan berasa segar, sejuk dan extra glowing jika diamalkan selalu.
Gunakan sebagai masker (jika selaran matahari di muka) selama 15-20 minit. Kemdian bilas dengan air sejuk.
Amalkan kaedah ini dengan kerap supaya sunburn cepat sembuh.
Disamping itu, anda akan memperolehi kecantikan tambahan!
Muka anda menjadi “glowing”!
Yogurt asli oleh diperolehi dengan mudah di pasaraya berdekatan anda.
12Mayonis
Jika anda ada menyimpan mayonis di dapur, sebenarnya ianya sangat membantu untuk melegakan selaran matahari.
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.
Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.
13Tembikai
Sedap dimakan, dan juga salah satu cara untuk hilangkan sunburn!
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari.
Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, Gunakan seperti masker, kemudian dibilas.
Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.
14Penggunaan Produk Khas
Jika anda banyak terlibat dengan aktiviti di tempat terbuka, ada baiknya anda menyimpan produk khas untuk menyembuhkan selaran matahari.
Produk ini mudah diperolehi di drugstore berhampiran atau anda boleh sahaja mendapatkannya secara dalam talian di online shopping terkenal seperti shopee dan lazada.
Yang pastinya cara hilangkan sunburn dengan menggunakan produk merupakan salah satu kaedah yang efektif!
Lihat/Beli Produk Untuk Sunburn Online: