[Terbaru 2020] Tutorial Bergambar Cara Mendaftarkan Alamat Di Google Map

Tutorial bergambar cara mendaftarkan alamat di google map lengkap dengan gambar terbaru 2020.

Tercari-cari cara bagaimana mendaftarkan alamat rumah, pejabat, perniagaan atau apa saja alamat lokasi di google map ? kami kongsikan caranya !

Bagaimanapun, anda digalakkan mendaftarkan alamat baru di google dengan menggunakan handpone atau telefon pintar. Mengapa ? Fungsi “Location” yang terdapat pada telefon anda amat membantu dalam mendapatkan koordinat yang tepat akan lokasi alamat anda.

Sebelum mendaftarkan alamat lokasi anda di google map, anda perlu:

  • Pastikan fungsi “location” telefon pintar anda diaktifkan
  • Anda perlu berada tepat di lokasi atau tempat yang anda ingin daftarkan di google map.
  • Sediakan gambar untuk lokasi yang ingin anda letak alamat baru.

Gambar berikut mungkin membantu bagi tujuan pengaktifan fungsi “location”:

Seterusnya..anda juga perlu memuat turun aplikasi google map di google play store. Sila muat turun: aplikasi google map dengan melakukan carian di google play store.

Klik pada aplikasi “Maps-Navigate & Explore”, kemudian tekan butang “Install”.

Setelah proses muat turun selesai…sila buka aplikasi google maps yang berjaya dimuat turun tadi:

Anda akan dibawa masuk ke lokasi di mana anda berada seperti dalam contoh paparan berikut:

Kemudian klik pada penjuru atas sebelah kanan telefon pintar anda seperti yang ditandakan dengan kotak berwarna merah dalam gambar berikut:

Kemudian, paparan berikutnya akan muncul. Skroll kebawah, kemudian sila klik “Add a missing place” seperti dalam gambar berikut:

Paparan berikutnya akan muncul:

Isikan:

  • Name: Nama lokasi anda (contoh: Kedai Mee Balabax Sedap)
  • Address: Alamat lokasi anda (Kedai Mee Balabax, Jalan Hitam Legam, 89001 Tenom, SABAH)
  • Category: Ada pilihan kategori, anda boleh pilih…sekolah..perniagaan..rumah..dan sebagainya

Skrool kebawah lagi untuk paparan berikutnya:

  • Select day and hour: Tak perlu isi, biarkan kosong.
  • Phone: Masukkan no telefon rumah,pejabat atau sebagainya bergantung kepada jenis tempat yang anda ingin daftarkan alamat. Atau boleh biarkan kosong sahaja.
  • Official website: masukkan url website untuk tempat yang ingin anda daftarkan jika ada (contoh: http://supbalabax.com)
  • Photo: Masukkan gambar premis yang anda ingin daftarkan alamatnya. Klik butang yng bertanda “+”.

Penting: pastikan anda telah mengisi pada semua ruangan yang ditandakan dengan “*”

Akhir sekali, sila klik butang pada sudut sebelah kanan seperti dalam gambar berikut:

Anda kemudiannya dibawa ke paparan seperti berikut:

Terus sahaja pilih “SUBMIT ANYWAY”.

Paparan seperti berikutnya akan muncul:

Anda kini telah berjaya mendaftarkan alamat di google map dengan lengkap.

Sila klik butang “DONE”

Ianya mengambil sedikit masa untuk alamat baru yang anda daftarkan tadi ke google map untuk muncul pada sistem carian maps google. Biasanya masa yang diambil kurang daripada 24 jam selepas proses pendaftaran alamat baru dilakukan.

Pihak google akan menghantar mesej pemberitahuan ke emel anda apabila proses “pengemaskinian” alamat kini selesai. Contoh mesej emel adalah seperti dalam gambar berikut:

Adakah artikel ini membantu anda? Sila kongsikan artikel ini pada rakan anda yang lain. Ribuan terima kasih dari pihak kami INFOSANTAI.COM.

 

 

 

 

Leave a Reply