Alamak, jerawat tumbuh lagi! Ada tak cara menghilangkan jerawat dengan cepat?
Tiba-tiba sebiji jerawat muncul. Sudah nak hilang, tumbuh pula anaknya 2-3 biji.
Sedang hadapi masalah ini?
Untuk kebanyakkan orang terutama bagi para remaja dan juga mereka yang yang berumur awal 20-an, jerawat adalah masalah besar.
Masalah SANGAT besar jika ia muncul ketika anda mahu menghadiri sesuatu majlis dalam masa terdekat!
Disini kami senaraikan beberapa cara untuk hilangkan jerawat dengan cepat menggunakan bahan semulajadi yang boleh didapati dengan mudah.
Daripada anda picit jerawat tersebut dan menjadikan keadaan lebih buruk, cuba dahulu cara ini.
Punca Jerawat
Info ringkas, untuk lebihkan pemahaman kita.
4 punca utama tumbuhnya jerawat:
- Pengeluaran minyak kulit berlebihan
- Liang buluh roma tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati
- Bakteria @ kuman
- Hormon androgen berlebihan
Dan ini diburukkan lagi oleh:
- Perubahan hormon – remaja, mengandung…
- Pengambilan ubat tertentu
- Diet
- Stress
Secara teorinya, jika kita dapat atasi masalah di atas, masalah jerawat juga dapat diatasi.
Cara hilangkan jerawat dengan cepat
Balik kepada topik utama, berikut merupakan cadangan cara yang boleh anda praktikan untuk hilangkan jerawat dengan cepat.
1 Lidah buaya (Aloe Vera)
Lidah buaya bersifat antibakteria, anti-radang (bengkak) dan juga antioksida.
Penggunaan lidah buaya adalah antara cara menghilangkan jerawat secara semulajadi yang paling mujarab.
Bila digunakan untuk melawan jerawat, ia akan mengurangkan bengkak dan membunuh bakteria.
Cara guna:
- Bersihkan muka dan keringkan
- Ambil lidah buaya dan perah untuk dapatkan gelnya
- Sapukan pada permukaan muka atau bahagian jerawat
- Biarkan semalaman dan basuh pada waktu pagi
- Jika anda gunakan pada waktu siang, biarkan sehingga kering. Basuh ketika anda waktu mandi atau jika anda nak keluar rumah.
Alternatif lain untuk lidah buaya: Aloe Vera Pure Gel
2 Putih telur
Putih telur mengandungi enzim lysozymes yang mana boleh membunuh bakteria dan juga mengandungi unsur anti-radang (meredakan bengkak).
Dua kandungan ini menjadikan putih telur sesuai dijadikan ubat untuk merawat jerawat – Bunuh bakteria dan redakan bengkak.
(Tidak sesuai untuk mereka yang alergik pada telur)
Cara guna
- Ambil sebiji telur dan pisahkan putihnya
- Sapukan putih telur tersebut pada muka menggunakan tangan atau berus lembut
- Biarkan 2-3 minit kemudian sapukan lapisan kedua
- Biarkan selama 15 minit kemudian bersihkan dengan air suam
Alternatif lain untuk putih telur: Egg White Mask
3 Madu
Madu sesuai untuk jerawat jenis bengkak dan bernanah (jerawat batu).
Ia mengurangkan bengkak dan juga menarik keluar lebihan cecair (nanah) dan seterusnya mengawal bakteria yang mana boleh menmburukkan lagi keadaan jerawat.
Pastikan anda gunakan madu asli @ madu mentah.
Cara guna
- Sapukan madu pada bahagian jerawat
- Biarkan selama 15-20 minit
- Bersihkan sepenuhnya menggunakan air suam
Madu asli boleh dapatkan disini: Raw Honey
4 Buah Lemak
Buah lemak / avocado mengandungi vitamin E, antibakteria, meredakan bengkak dan juga membantu proses penyembuhan pada kulit.
Cara guna
- Ambil isi buah lemak
- Lumatkan sehingga menjadi pes
- Sapukan pada bahagian jerawat
- Biarkan sehingga kering kemudian bersihkan
Boleh digantikan dengan: Pure Avocado Oil
(Jika anda sukar nak dapatkan buah lemak segar setiap hari)
5 Jus lemon
Jus lemon membantu mengurangkan penghasilan minyak, membunuh bakteria, mengurangkan kemerahan dan juga bengkak.
Cara guna:
- Perah jus lemon
- Sapukan pada bahagian jerawat
- Biarkan sehingga kering kemudian basuh dengan air suam
6 Cuka Epal
Cuka epal (apple cider) mengandungi bahan anti bakteria yang kuat.
Ia juga boleh meredakan bengkak, memperbaiki permukaan kulit bekas jerawat dan juga boleh bertindak sebagai ejen pembersih.
Nota: Cuka epal bersifat asid dan MESTI dicairkan sebelum digunakan.
Cara guna:
- Campurkan satu sudu cuka epal dengan 3 sudu air
- Sapukan pada bahagian jerawat menggunakan kapas
- Biarkan selama 15-20 saat kemudian bilas dengan air
- Amalkan 1-2 kali sehari
Boleh dapatkan disini: Cuka Epal
7 Buah Betik
Buah betik sangat baik digunakan untuk merawat keradangan (bengkak), menjadikan ia sesuai digunakan untuk melawan jerawat.
Ia boleh membunuh bakteria, membersihkan liang roma anda dan membantu memperbaiki kulit anda.
Cara guna:
- Lumatkan isi betik sehingga menjadi pes
- Bersikan muka anda dan keringkan
- Sapukan pes tadi dengan rata pada permukaan muka
- Biarkan 30 minit kemudian bersihkan dengan air suam
8 Tea Tree Oil
Tea tree oil meredakan bengkak dan juga membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Oleh kerana ia agak kuat, campurkan dengan air dahulu sebelum guna.
Cara guna:
- Campurkan 1 bahagian tea tree oil dengan 9 bahagian air
- Sapukan pada bahagian jerawat
- Amalkan 1-2 kali sehari
Boleh dapatkan disini: Tea Tree Oil
9 Kurangkan Stress
Bukan luaran sahaja yang perlu di rawat.
Apabila stress hormon kita menjadi tidak seimbang. Ini akan menyebabkan penghasilan miyak kulit berlebihan yang mana menjadi punca pada jerawat.
Lagi memburukkan, stress memperlahankan kadar penyembuhan jerawat!
Cara hilangkan stress:
- Tidur dengan cukup, lebihkan masa tidur anda
- Luangkan masa untuk bersukan atau membuat aktiviti fizikal
- Yoda juga baik untuk hilangkan stress
Jika anda mempunyai masalah jerawat, amalkan salah satu daripada cara menghilangkan jerawat yang dinyatakan diatas.
Baca juga:
Kongsikan jika bermanfaat ya!