Bagaimana cara menghilangkan kutu air ? Berikut merupakan 20 cara bagaimana mengatasi infeksi kutu air secara alami dan moden.
Kutu air (tinea pedis) ialah merupakan infeksi kulit yang disebabkan oleh jamur atau kulat. Persekitaran yang lembab, hangat serta pengap merupakan kondisi yang sesuai untuk jamur ini membiak. Contohnya, di celah-celah jari kaki.
Kutu air menyebabkan ketidakselesaan, biasanya menyebabkan rasa gatal, kaki berbau,serta kulit berkerak dan menebal. Namun, anda tidak perlu risau kerana kutu air boleh dihilangkan dengan bahan yang mudah didapati di rumah anda atau farmasi terdekat.
1. Ubat Sapu
Ubat sapu terbahagi kepada 4 jenis utama iaitu:
- Cair-sesuai untuk infeksi kutu air jenis kering
- Krim-untuk kulit yang melepuh dan mengelupas
- Salep-mengandungi petroleum jelly untuk mengekalkan kelembapan kulit
- Semprot- Jenis spray
Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor pakar kulit terlebih bagi mendapatkan rekomendasi ubat kutu air yang sesuai.
2. Garam
Garam merupakan cara menghilangkan kutu air yang mudah diperolehi. Garam merupakan bahan antiseptik yang mampu membunuh jamur dengan cepat jika diamalkan selalu. Caranya amat mudah, campurkan 10 sudu makan garam dengan 2 cawan air hangat, gaul hingga garam larut, letakan air garam tadi di bekas yang sesuai dengan saiz kaki anda, rendam kaki dengan air hangat dalam masa 20 minit. Lakukan perkara ini 3 kali sehari sehingga kutu air menghilang.
3. Mandi atau bersiar-siar di tepi pantai
Seperti yang anda tahu, laut mempunyai kandungan garam yang banyak, jika anda gemar berjalan-jalan di tepi pantai, ada baiknya anda amalkan tabiat ini setiap hari selama 30 hingga 60 minit. Dengan syarat kaki anda sentiasa berada di dalam air laut.
4. Tea Tree Oil
Minyak Tea Tree sememangnya berkesan menyembuhkan masalah kulit seperti infeksi kutu air. Cara menggunakannya sangat mudah, Oleskan sahaja minyak di permukaan kulit yang terinfeksi sekurang-kurangnya 3 kali sehari sehingga kutu air menghilang sepenuhnya.
5. Baking Soda
Selain digunakan dalam makanan, soda kue merupakan antiseptik yang berupaya untuk membunuh jamur terutamanya kutu air. Campurkan 5 sudu teh baking soda dengan 2 gelas air hangat, kemudian rendamkan bahagian kaki yang terinfeksi selama 20 minit setiap pagi dan petang.
6. Bawang Putih
Allicin dan minyak atsiri yang terkandung dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteri dan antiseptik. Anti inflamasi yang terdapat pada bawang putih berupaya menghilangkan rasa gatal pada kulit yang terinfeksi kutu air. Ambil satu siung bawang putih, tumbuk hingga hancur dan tempelkan pada bahagian yang terinfeksi kutu air, balut selama beberapa jam. Ulangi langkah ini dengan kerap sehingga kutu air beransur hilang.
7. Singkong
Selain sebagai makanan, singkong juga berupaya untuk membunuh kutu air. Caranya ialah parut isi singkong, kemudian tempelkan pada bahagian kaki yang terinfeksi oleh kutu air. Balut sehingga singkong menjadi kering. Lakukan perkara ini 2 kali sehari sehingga infeksi kutu air menghilang sepenuhnya.
8. Daun Sirih
Rebuskan 15 helai daun sirih dengan 5 sudu makan garam ke dalam periuk menggunakan 3 cawan air. Gunakan air rebusan tadi sebagai rendaman kaki yang terinfeksi kutu air selama setengah jam. Lakukan kaedah ini dengan kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
9. Teh
Masukkan uncang teh ke dalam segelas cawan yang mengandungi air panas, tunggu sehingga air teh menjadi hangat. Gunakan air teh ini sebagai rendaman kaki selama 20 atau 30 minit. Ulangi langkah ini dengan kerap.
10. Daun Talas
Daun Talas mempunyai kandungan antibiotik, antioksidan polifenol serta antiseptik safonin yang terbukti dalam mengatasi masalah kutu air. Caranya ialah, tumbuk daun talas, kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena infeksi jamur tadi. Ulangi langkah ini dengan kerap. Jika menggunakan kaedah ini, anda perlu berhati-hati agar tidak terkena bahagian kulit lain kerana kemungkinan kaedah ini akan menimbulkan rasa gatal pada kulit.
11. Cuka Epal
Letakkan cuka epal di dalam bekas kecil seperti penutup botol atau sebagainya. Sapukan bahagian yang terinfeksi menggunakan cotton bud. Amalkan langkah ini setiap hari.
12. Minyak Kelapa Dara
Minyak Kelapa juga merupakan anti jamur yang sangat berkesan dalam mengatasi masalah infeksi kutu air. Juga bersifat anti inflamasi yang mana meredakan rasa gatal pada kulit yang bermasalah kutu air. Hanya sapukan minyak kelapa pada bahagian yang terinfeksi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, masalah kutu air akan selesai.
13. Teh Hijau
Jika ada tidak mempunyai teh biasa, teh hijau juga mempunyai kesan yang sama seperti teh biasa. Kandungan Polifenol dalam teh hijau bersifat antijamur dan antioksidan. Anda hanya perlu merendamkan kaki anda pada larutan teh hijau yang hangat selama 30 minit, 2 kali sehari.
14. Cuka Putih
Gunakan cuka putih atau vinegar untuk mengatasi kutu air. Caranya mudah sahaja iaitu, sapukan bahagian yang terinfeksi dengan jamur kutu air dengan menggunakan cotton bud. Lakukan kaedah ini 3 kali sehari sehingga infeksi kutu air pada kaki semakin menghilang.
15. Campuran Hidrogen Peroksida & Povidone Iodine
Hasil penelitian terbaru mendapati campuran kedua-dua bahan ini mampu membunuh 16 jenis jamur yang berbeza termasuk jamur kutu air. Larutkan kombinasi bahan ini ke dalam air sedikit hangat, kemudian jadikan sebagai rendaman kaki.
16.Minyak Bunga Matahari
Kajian mendapati dengan mengoleskan Sunflower Oil pada permukaan kulit kaki yang terinfeksi sekerap 2 kali sehari selama 6 minggu mampu mengatasi masalah kutu air. Penggunaan berterusan selama 6 bulan akan mencegah jamur ini daripada tumbuh kembali.
17. Gel Lidah Buaya
Gel lidah buaya bersifat antiseptik dan inflamasi yang sangat ampuh untuk kulit luka. Potong daun lidah buaya, oleskan di bahagian yang terinfeksi kutu air. Lakukan sekerap mungkin sehingga jamur kutu air semakin pulih.
18. Kayu Manis
Tumbuk lumat 3-4 kepung kulit kayu manis, kemudian larutkan kedalam air hangat. Rendamkan kaki yang terinfeksi selama 30 minit, 2 kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga luka beransur hilang.
19. Lemon
Kisar lemon bersama kulit, kemudian sapukan pada bahagian luka kutu air. Amalkan langkah ini 2 atau 3 kali sehari, setiap hari sehingga luka beransur menghilang.
20. Minyak Goreng
Jamur pada badan haiwan peliharaan seperti kucing bisa dihilangkan dengan menggunakan minyak goreng (minyak masak terpakai). Namun, ianya juga boleh mengatasi masalah jamur kutu air sepenuhnya seawal 3 hari. Caranya amat mudah, sapukan minyak goreng ke bahagian terinfeksi sebelum tidur. Biarkan sehingga pagi.
21. Pasta Gigi
Pasta gigi dikatakan dapat membantu dalam mengatasi masalah kutu air. Bagaimana jika anda mencobanya ? Hanya perlu rajin oleskan pasta gigi pada permukaan kulit kaki yang terinfeksi 2 kali sehari, luka kutu air akan mengering dan beransur sembuh.
Sememangnya 20 cara menghilangkan kutu air ini terbukti sangat berkesan. Dengan syarat, anda perlu rajin melakukannya setiap hari serta sentiasa menjaga kebersihan kaki. Gunakan alas kaki seperti, selipar jika masuk ke tandas, atau kawasan yang lembab bagi memastikan kaki anda sentiasa kering. Gunakan alas kaki yang mengandungi pengudaraan yang baik, jangan menggunakan sarung kaki yang sama setiap hari.