Sudah menjadi lumrah manusia memandang rendah terhadap golongan gelandangan atau golongan orang tidak berumah. Pernahkah anda terfikir, jikalau kita memberikan golongan gelandangan wang yang banyak, apakah yang dia lakukan terhadap wang tersebut? mungkin dia membeli arak atau rokok? tetapi lain pula yang dilakukan oleh lelaki ini. Dalam video ini Josh Paler (social experiment prankster) ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh golongan gelandangan apabila menerima wang sebanyak $100. Josh Paler mengambil masa untuk merakam akan gerak laku lelaki ini secara tersembunyi. Misi utamanya ialah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut dengan wang yang diberikannya.
Dalam video ini, didapati lelaki gelandangan tersebut memasuki sebuah kedai dan selang beberapa minit kemudian dia keluar dengan membawa beg yang besar. Dia kemudiannya berjalan kearah sekumpulan gelandangan, mengeluarkan sedikit makanan yang dibeli daripada kedai dan berkongsi dengan gelandangan tadi. Apa yang lelaki ini lakukan memang tidak disangka-sangka. Sila tontoni video dibawah:
Josh berasa sangat teruja dan ingin menemuramah lelaki tersebut.
“Mungkin anda fikir saya akan membeli minuman keras, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dibeli oleh wang; iaitu kegembiraan. Saya sangat gembira dengan apa yang saya lakukan” kata lelaki tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Thomas.
Thomas memberitahu dia menjadi gelandangan kerana terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ayah tirinya yang mengidap kanser. 2 minggu selepas ayahnya meninggal, emaknya pula mengikut jejak ayah tirinya dan kondominium tempat tinggalnya telah dijual, akhirnya dia menjadi gelandangan.
“Kebanyakan orang sebenarnya menjadi mangsa keadaan, orang menjadi gelandangan bukan kerana malas, walaupun mereka gelandangan, mereka sebenarnya baik hati” jelas Thomas.