Top 9 Drone Murah Terbaik di Malaysia Edisi 2024

drone murah terbaik di malaysia

Pilihan drone murah terbaik mampu milik!

Drone semakin popular pada masa kini terutamanya untuk para pembuat content video.

Pilihan drone juga semakin banyak, bermula dengan harga yang agak murah sehinggalah ke harga belasan ribu.

Jika anda berminat mahu memiliki drone, adalah baiknya jika anda pilih yang terbaik dengan bajet yang ada.

Dalam post ini kami senaraikan antara drone terbaik yang boleh anda miliki dengan harga yang murah.

Senarai ini adalah berdasarkan kajian terhadap drone yang ada dipasaran setakat tahun ini.

Berikut senarainya, klik atau skrol ke bawah untuk info lanjut:

Tips membeli drone

Untuk panduan ringkas, berikut beberapa spesifikasi penting yang perlu dipertimbangkan ketika memilih drone:

  • Kualiti kamera: Sangat penting jika tujuan anda beli drone untuk buat video. Resolusi tinggi, ketepatan warna dan fungsi seperti image stabilization perlu dipertimbangkan.
  • Masa terbang: Lagi lama drone di udara, lagi banyak benda yang boleh kita lakukan. Pilih masa terbang yang terbaik dengan bajet yang ada.
  • Jarak terbang: Lagi jauh jarak lagi baik. Lebih banyak yang kita boleh lakukan dan drone tidak mudah hilang kawalan.
  • Obstacle avoidance: Tambahan fungsi yang sangat berguna terutama jika kita masih kurang mahir dalam pengawalan.
  • Fungsi GPS: Fungsi yang sangat berguna sebagai safety, agar drone tidak hilang dari radar dan boleh membantu navigasi drone.

Kita mahu dapatkan yang terbaik dalam setiap perkara diatas dengan bajet yang kita ada.

Semoga senarai ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik.

1 DJI Mini 3


drone dji mini 3 drone murah terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

DJI Mini 3 adalah drone jenis compact dan ringan keluaran syarikat drone terkenal DJI. Ia tampil dengan bateri yang lebih tahan lama, Kamera yang mampu menangkap gambar 4K HDR yang cantik dan kebolehan untuk mengambil video/gambar posisi menegak. Drone ini boleh anda miliki dengan harga bermula dari RM1,899.

Spesifikasi:

  • Kamera: 48MP, 1/1.3 CMOS sensor
  • Masa terbang: 38 Minit / 51 minit dengan Intelligent Flight Baterry Plus
  • Jarak terbang: 18KM / 25KM dengan Intelligent Flight Battery Plus
  • Tambahan: GPS + GLONAS+ Galileo, 3-axis mechanical gimbal.

Ia mempunyai kamera dengan 48MP efektif pixel yang mana mempunyai sensor CMOS 1.1/3 inci. Kameranya boleh berubah kedudukan kepada posisi menegak atau potrait mod.

Ia berupaya untuk bergerak sehingga kelajuan 16m/s tanpa tiupan angin.

Jarak antara remote control dengan drone boleh mencapai sehingga 25KM dengan menggunakan Intelligent Flight Battery. Manakala dari segi ketinggian pula, ia boleh terbang sehingga ketinggian 4000m.

Ia dilengkapi dengan sistem global navigation satellite menggunakan GPS, GLONASS dan Galileo. Ini membantu fungsi navigasi dan juga fungsi kembali ke tempat asal jika drone hilang dari radar kawalan.

Secara keseluruhan, DJI mini 3 adalah pilihan terbaik dengan harga yang murah daripada syarikat pengeluar drone terkenal iaitu DJI. Jika anda mahu fungsi tambahan iaitu obstacle avoidance, boleh memiliki versi DJI mini 3 pro yang mana harganya sekali ganda mahal daripada drone ini.

2 SG908

SG908 drone murah terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

SG908 adalah drone yang dikeluarkan oleh ZLL. Mempunyai kamera yang agak baik disamping mempunyai pelbagai fungsi dan teknologi yang advance dan boleh anda miliki dengan harga bermula sekitar RM750.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K dengan 1/3.2 inch CMOS image sensor
  • Masa terbang: 26 minit
  • Jarak terbang: 1.2KM
  • Tambahan: height measure sensor, position sensor dengan gps dan optical flow positioning, 3 axis-mechanical gimbal.

Penerbangan drone ini agak stabil dan berupaya untuk kekal pada kedudukannya meskipun dalam keadaan cuaca berangin.

Sistem GPSnya juga agak tepat, membolehkan penentuan kedudukan yang betul dalam mode pointing flight dan return to home.

Kameranya mempunyai 3-axis mechanical gimbal, untuk pengambilan video yang lebih stabil. Kedudukan kamera boleh diubah dengan menggunakan remote control. Kualiti video adalah sederhana. Ia juga mempunyai slot untuk sd card untuk merakam video secara terus daripada kameranya bagi mengekalkan kualiti.

Fungsi tambahan yang ditawarkan adalah seperti optical flow positioning, zoom, gesture follow, pointing flight, one key return, flying around, auto follow dan low power return.

3 KF102 Max

KF102 Max drone murah terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

KF102 Max adalah drone yang dikeluarkan oleh KDiRC yang mempunyai kamera yang agak baik, mudah untuk dikendalikan dan juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan teknologi yang advance. Ia boleh dimiliki dengan harga bermula sekitar RM700.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K dengan CMOS image sensor 1/3.2 inci.
  • Masa terbang: 22 minit
  • Jarak terbang: 1.2km
  • Tambahan: GPS, 2 axis mechanical gimbal dan EIS, laser obstacle avoidance.

Ia dilengkapi dengan lensa kamera wide angle sesuai untuk rakaman video aerial. Kualiti videonya juga agak baik dan jelas.

Ia dilengkapi dengan teknologi 360 laser obstacle avoidance yang mana mampu berfungsi dalam keadaan kurang cahaya seperti pada waktu malam.

Ia juga mempunyai fungsi seperti gps smart return, yang mana apabila hilang kawalan atau low bateri akan kembali secara automatik ke tempat asal penerbangan.

Antara mod rakaman yang ditawarkan adalah seperti smart follow, gesture recognition, multi-point planning flight dan fixed point surround.

4 KF106 MAX

KF106 MAX drone murah terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

KF106 Max adalah drone keluaran KFPLAN yang boleh anda miliki dengan harga sekitar RM600 – RM700.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K dengan EIS (Electronic Image Stabilization)
  • Masa terbang: 30 minit
  • Jarak terbang: 3km max range controller
  • Tambahan: GPS, Obstacle avoidance, flight mode, 5G transmision, onekey return/takeoff

KF106 Max dilengkapi dengan sistem gps yang advance membolehkan anda menerbangkan drone dengan lebih mudah dan selamat, menggunakan fungsi tracking dan autonomous flight dan drone boleh kembali ke tempat asal jika mengalami masalah signal atau bateri lemah.

Ia juga dilengkapi dengan mode penerbangan seperti follow me, spiral up dan cool timelapse.

Kamera drone ini boleh merakam video HD 1920×1080 pada 25fps dan mengambil gambar 6K 4096×3072 pixel. Kamera juga dilengakapi dengan 3-axis gimbal dengan EIS dan kedudukan kamera boleh diubah menggunakan remote. Drone ini juga mempunyai slot SD card untuk merakam video atau menangkap gambar pada yang lebih tinggi kualitinya.

Secara keseluruhan, drone ini menawarkan pelbagai fungsi, dilengkapi dengan teknologi advance, boleh mengambil video dan gamabr dalam kualiti yang baik.

5 L900 Max

L900 max drone terbaik bajet

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI SHOPEE

Drone yang baik yang boleh anda miliki dalam harga sekitar RM350 – RM400 keluaran LYZRC. Syarikat ini mengeluarkan variasi drone khas untuk beginner.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K Ultra-clear
  • Masa terbang: 28 minit
  • Jarak terbang: 1.2KM
  • Tambahan: GPS, optical flow positioning, 360 obstacle avoidance, flight mode, 5G transmision, onekey return/takeoff

Drone ini mempunyai beberapa pilihan warna hitam, kelabu dan oren. Dilengkapi dengan brushless motor untuk lebih efisien dan tahan lama diudara.

Ia dilengkapi dengan kamera HD wide angle yang mana boleh dikawal posisinya menggunakan remote.

Teknologi GPS yang disertakan memudahkan sistem navigasi drone, ia juga membolehkan drone kembali ke tempat asal apabila hilang signal atau lemah bateri.

Beberapa fungsi tambahan untuk drone ini adalah seperi altitude hold mode, follow-me mode, waypoint mode dan juga fixed point surround mode.

Secara keseluruhannya, drone ini mempunyai kamera yang agak baik dan mempunyai pelbagai fungsi dan teknologi advance.

6 SJRC F11S

SJRC F11S drone murah terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

SJRC F11S adalah drone keluaran SJRC, dengan pilihan satu warna iaitu kelabu, yang boleh anda miliki dengan harga sekitar RM680.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K UHD F/2.15 dengan 100° FOV
  • Masa terbang: 28 minit
  • Jarak terbang: 3KM
  • Tambahan: GPS, Optical flow positioning, flight mode, 5G transmision, onekey return/takeoff

Kamera drone ini agak baik kualitinya. Dengan menggunakan slot sd card, ia dapat merakam 4K video pada 30fps dengan kualiti yang baik. Sudut kamera juga boleh diubah dengan menggunakan remote. Gambar atau video yang diambil distabilkan menggunakan 2 axis gimbal dan juga EIS.

Ia dipromosikan dengan jarak penerbangan 3KM, tetapi ini bergantung pada kewujudan gangguan frequensi. Biasanya dalam keadaan normal ia mampu untuk terbang sejauh 500m ke 1500 meter sebelum signal hilang.

Untuk mode penerbangan pula, drone ini mempunyai 3 kelajuan, sport (high speed), normal (medium speed) dan camera (low speed). Drone ini juga menawarkan mode penerbangan seperi follow me,waypoint flight, surround flight dan point of interest.

Secara keseluruhannya, drone ini adalah drone yang berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang ditawarkan. Ia mampu untuk merakam video berkualiti, mempunyai teknologi yang memudahkan penerbangan dan dilengkapi dengan mode penerbangan yang menarik.

7 SG108 Pro

SG108 Pro drone murah terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Drone SG108 Pro dikeluarkan oleh ZLL. Ia tampil dengan 2 pilihan warna, hitam dan oren dan boleh dimiliki dengan harga sekitar RM490.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K UHD, 2 axis gimbal
  • Masa terbang: 25 minit
  • Jarak terbang: 1KM
  • Tambahan: GPS, Optical Flow positioning,flight mode, 5G transmision, onekey return/takeoff

Drone ini tampil dengan 2 pilihan warna, warna oren untuk lebih mudah kelihatan di udara dan hitam jika anda mahu drone tidak mudah kelihatan.

Drone ini dilengkapi dengan kamera HD yang dipasang pada 2 axis gimbal untuk image stabilization dan membolehkan anda mengawal kedudukan kamera daripada remote. Ia juga mempunyai slot untuk sd card pada badannya untuk merakam video atau gambar secara terus dan mengekalkan kualitinya. Dengan kameranya ia mampu untuk merakam video pada resolusi 2048×1080 pada 25fps dan dan gambar pada 6096×3072 px. Kualiti video boleh pakai.

Drone ini juge dilengkapi dengan teknologi gps dan optical flow positioning untuk navigasi mudah dan beberapa mode penerbangan seperi smart follow, flying around dan custom waypoint.

Secara keseluruhannya, drone ini berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang ditawarkan terutama untuk para beginner.

8 K918 Max

K918 Max drone murah terbaik untuk beginner

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Drone K918 Max adalah drone yang dikeluarkan oleh KDiRC. Ia tampil dengan badan berwarna kelabu gelap yang boleh anda miliki dengan harga bermula dari sekitar RM350.

Spesifikasi:

  • Kamera: 4K Ultra HD
  • Masa terbang: 25 minit
  • Jarak terbang: 1.5KM
  • Tambahan: GPS, optical flow positioning, obstacle avoidance

Drone ini bersaiz kecil dan ringan. Ia tampil dengan teknologi GPS,optical flow fixed point dan pilihan untuk versi yang mempunyai sistem obstacle avoidance.

Ia juga dilengkapi dengan mode penerbangan seperti follow me, surround action, waypoint flight mode dan return home.

Untuk kamera pula, drone ini dilengkapi dengan kamera 4K HD yang boleh diubah kedudukannya menggunakan remote. Kualiti video yang dirakam oleh drone ini mungkin tidak mencukupi untuk membuat video yang baik.

Secara keseluruhan, drone K918 Max adalah drone bajet dengan harga murah yang sesuai untuk beginner untuk belajar asas drone sebelum memiliki drone yang lebih advance.

9 S1S Max Drone

S1S Max Drone anatara drone murah yang terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI SHOPEE

S1S Max Drone adalah drone yang mempunyai kebolehan dan fungsi yang agak baik yang mana sangat sesuai untuk beginner. Drone ini boleh dimiliki dengan harga bermula sekitar RM175.

Spesifikasi:

  • Kamera: 8K HD
  • Masa terbang: 25 minit
  • Jarak terbang: 120-150 meter
  • Tambahan: height measure sensor, positioning sensor, obstacle avoidance

Untuk fungsi obstacle avoidance, bunyi akan keluar jika menghampiri apa-apa halangan. Namun begitu, drone hanya akan berhenti bergerak jika terbang dalam ruangan kecil dan warna halangan adalah cerah seperti warna putih.

Kualiti rakaman atau video yang diambil daripada kameranya mungkin tidak begitu memuaskan untuk tujuan kegunaan membuat content.

Secara keseluruhannya, drone ini sesuai untuk pemula untuk membiasakan diri, belajar asas pengawalan drone sebelum memiliki drone yang lagi advance.

Semoga senarai drone murah terbaik ini bermanfaat untuk sumber rujukan anda.

Leave a Reply