Berita baik pada hari ini sempena Hari Pekerja ( 1hb Mei 2015), gaji kakitangan awam naik ?. Mungkin betul dan mungkin jugak tidak, ianya bergantung kepada bajet dan kewangan semasa negara. Walaubagaimanapun, pihak infosantai percaya, dengan kesan perlaksanaan sistem GST pada awal April lalu majoriti kakitangan awam mengharapkan kenaikan gaji bagi meringankan beban mereka. Tambahan pula kenaikan harga barang secara mendadak sejak sistem GST ini mulai diperkenalkan.
Kenaikan gaji penjawat ataupun kakitangan awam ini mungkin menjadi kenyataan sekiranya pihak kerajaaan merealisasikan cadangan mereka untuk menaikkan gaji serta menambah baik skim 252 skim perkhidmatan awam dengan kenaikan gaji sekurang-kurangnya 10%. Menurut sumber yang diperolehi daripada CUEPACS, Pada pembentangan bajet 2015 tahun lalu, Perdana Menteri telah memberikan jaminan penambahbaikan skim perkhidmatan awam termasuk skim gaji.
Pihak CUEPACS juga berharap gaji minimum bagi kakitangan awam gred 11-17 dapat dinaikkan kepada rm 1200 sebulan kerana dianggarkan 700,000 kakitangan awam masih menerima gaji pokok antara rm 802 hingga rm850 sebulan.
Diharapkan, pihak tertinggi pengurusan dapat menaikkan gaji seperti yang dinyatakan pada bajet 2015 tahun lalu. Kenaikan gaji sekurang-kurangnya 10% ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barangan pada masa kini.