Pernahkah anda bercadang untuk menurunkan berat badan anda tetapi hasilnya kurang memberangsangkan ? pernahkah anda ambil peduli akan jumlah kalori harian anda ?. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal kita perlu mengira kalori makanan seharian. Paling penting pastikan jumlah kalori makanan yang diambil tidak melebihi jumlah kalori yang diperlukan dan digunakan oleh badan kita untuk aktiviti seharian.
Sebagai contoh, berat badan anda adalah 80 kg, jumlah kalori yang diperlukan oleh badan seharian ialah 2600 kalori, oleh itu purata jumlah kalori diet anda seharian adalah dalam lingkungan 2000 kalori. Barulah anda boleh mendapatkan penurunan dari segi berat badan. Untuk mengira jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda seharian sila rujuk di website ini.
Anda telah tahu cara mengira kalori yang diperlukan oleh badan. Sekarang, anda perlu tahu cara mengira kalori makanan yang diambil setiap hari pula. Untuk mengira diet anda, bolelah rujuk website ini atau www.twofoods.com.
Website ini berfungsi untuk membuat perbandingan kalori antara 2 jenis makanan yang dipilih. Yang uniknya, ia memaparkan jumlah kalori untuk keluarga makanan yang dipilih. Sebagai contoh, anda ingin mengetahui kalori “banana“, keputusannya, website ini akan memaparkan jumlah kalori untuk kebanyakan jenis pisang.
kelemahan website ini ialah, ia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Ini merupakan masalah utama bagi kita yang tidak tahu jenis makanan jika diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris. Infosantai mencadangkan anda untuk menggunakan website ini bagi menterjemahkan Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.
Betul ke air kopi banyak kandungan kalori?