Info Santai: Lelaki ini Mempunyai 39 Isteri dan 94 Anak !

Siapa sangka lelaki ini mampu menyara 39 isteri dan 94 orang anak!. Zion Chana adalah seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung di kawasan pergunungan Indian, Baktwang Mizoram sangat bertuah kerana beliau merupakan ketua keluarga kepada keluarga besar tersebut.

Lelaki Indian ini telah berkawin sebanyak 39 kali dan bapa kepada 94 orang anak serta mempunyai 33 orang cucu. Keluarga besar ini tinggal dalam sebuah rumah besar yang mempunyai 100 buah bilik. 39 orang isteri beliau tinggal bersama dalam sebuah bilik besar. Zion berkata kepada media bahawa keluarga beliau adalah ‘diberkati’ dan isteri-isteri beliau selesa berkerjasama antara satu sama lain.

“Hari ini saya merasakan telah menjadi anak Tuhan yang istimewa, mempunyai banyak ahli keluarga yang perlu dijaga. Saya merasakan diri saya seorang yang sangat beruntung kerana menjadi suami kepada 39 orang isteri dalam keluarga paling besar di dunia ini” katanya kepada media “Sun”.

Keluarga ini mengamalkan disiplin yang amat ketat diketuai oleh isteri beliau yang paling tua, Zatiyandji. Isterinya memberitahu bahawa untuk makan malam yang mencukupi, mereka perlu mengorbankan 30 ekor ayam, mengupas 60 kilogram kentang dan memasak 100 kg beras. Isteri Zion bergilir-gilir untuk bermalam dengannya. Zion juga menyatakan walaupun telah mempunyai 39 orang isteri, beliau masih berhasrat untuk berkawin serta menambahkan lagi bilangan isterinya.

 

 

Leave a Reply