Setiap lelaki atau wanita yang telah bergelar “ayah” dan “ibu” tentunya biasa mengalami situasi sukar atau senang untuk melelapkan anak mereka terutama bayi. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai sifat yang berlainan atau bermacam ragam. Ada bayi yang sering menangis dan sebaliknya. Ada pula bayi yang sukar untuk ditidurkan dan inilah keadaan yang membuatkan para ibubapa mengeluh kerana penat mendodoikan anaknya.
Berita baik bagi pasangan ini kerana mereka telah menemui cara untuk melelapkan anak mereka dalam masa kurang seminit, iaitu lebih kurang 40 saat sahaja. Sila tontoni Nathan Dailo dan isterinya bagaimana mereka melelapkan bayi mereka yang berumur 3 bulan hanya dengan menggunakan tisu muka.