Seorang remaja daripada Philippines yang hanya berketinggian 22 inch akan menjadi lelaki terendah di dunia.
Junrey Balawing yang kini berumur 17 tahun hanya perlu menunggu usianya mencapai 18 tahun untuk layak disenaraikan ke Guinness World Record dimana dia akan mengalahkan rekod manusia paling rendah yang kini disandang oleh Kagendre Tape Donkey yang berasal daripada Nepal. Kagendre Tape Donkey lebih tinggi sebanyak 12.7cm daripada Junrey Balawing.
“Ia akan menjadi sesuatu yang mengujakan jika saya adalah orang yang paling kecil di dunia,” kata Junrey yang tinggal di wilayah Zamboanga del Norte dengan ibu bapanya, dua beradik dan saudaranya yang lain mempunyai ketinggian normal. Ibunya Concepcion (35),merupakan ibu yang penyanyang melayannya sebagai kanak-kanak kecil disebabkan Junrey sukar untuk berjalan dan tidak boleh berdiri untuk jangka masa yang lama.
“Dia perlu dijaga setiap minit setiap hari. Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan dan dia tidak boleh berdiri untuk masa yang lama kerana ia adalah menyakitkan baginya,” kata ibunya, sambil menambah bahawa Junrey suka apabila ayahnya meletakkan dia di atas bahunya dan membawa dia berjalan mengelilingi kampung.
Sila tontoni video beliau disini:
kredit: YouTube