Info Santai: Pemandu Bas Ini Merasakan Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Penumpang Dan Budak Disampingnya Dan….

Selepas 3 jam tersebarnya berita mengenai seorang budak lelaki berumur 3 tahun diculik di luar perkarangan Perpustakaan di San Francisco, Tim Watson, seorang pemandu bas Valley Transportation Authority, mendapati seorang lelaki dan kanak-kanak disampingnya yang menaiki bas yang dipandunya menepati ciri-ciri penculik terbabit.

Menurut Watson, budak lelaki tersebut sedang menangis. Pemandu bas tersebut kemudiannya merancang sesuatu. Bagi memastikan rancangannya tidak disedari oleh lelaki tadi, Watson berpura-pura kehilangan beg hijaunya dan bertanya kepada penumpang lain jikalau mereka menjumpai beg itu. Watson kemudiannya berpura-pura mencari beg tersebut sambil tertunduk-tunduk kebawah. Dia kemudiannya mengambil peluang tersebut untuk menghubungi pihak polis.

Apabila mereka tiba di stesen bas, pihak polis sudah sedia menunggu dan kemudiannya memberkas penculik tadi.

Watson, ayah kepada 2 orang anak berkata bahawa dia bertindak mengikut gerak hatinya sebagai seorang ayah.

 

Leave a Reply